Monday, September 22, 2014

.namanya perempuan.

aku selalu tertanya-tanya, aku ni annoying tahap apa eh?

sebab aku pun sendiri tahu dan sendiri sedar, kadang-kadang or most of the time aku ni memang menjengkelkan. sebab apa? mungkin sebab aku perlu lebih perhatian.

maksud aku, lebih perhatian bukan asik nak kena berkepit dengan aku doplohpatjam. at least share the happiness, and the sadness together. itu sesuatu yang besar di dalam setiap perhubungan. tak kira lah perhubungan dalam bercinta ke, dalam berkawan ke kan. bagi aku setiap kata-kata dan explanation tu penting. buat orang tak salah faham dan salah anggap. mungkin orang anggap remeh benda tu tapi bukan dengan aku. sebab aku seorang yang details. aku nak tahu atau perlu tahu. i'm that kind of person.

so kalau tak boleh terima aku no point of being together. aku boleh je nak cerita panjang lebar on everything apa yang aku tak puas hati. tapi aku juga bukan jenis macam tu. benda tu penting on relationship, but if benda tu kau sendiri tahu ianya akan menyakitkan hati sebelah pihak so better kau pendam dan diamkan sahaja. biar kau sendiri yang sakit hati sampai satu hari nanti kau sendiri yang sakit macam nak mati. pernah tak kau rasa macam ni?

like now, i'm explaining to nobody. aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa melalui tulisan. sebab kadang-kadang lidah kelu untuk berkata-kata. aku jenis yang mudah untuk menangis untuk luahkan segala kesedihan dan dengan tulisan lebih mudah untuk aku coretkan betapa kecewa dan ketidak puas hatian aku pada sesuatu perkara.

mak aku selalu cakap, aku ni ego. memang aku ego. dan kadang-kadang ego tak kena pada tempatnya. aku juga kenal diri aku sebagai orang yang tak sabar. tapi ayah pesan, sabar tu takde had masa, sabar tu sampai bila-bila. dan bila dah jadi ibu, naluri keibuan tu kuat. dan kalau dulu aku selalu menangis bila rasa sedih, marah, kecewa kini lagi ketara. tak tahu kenapa. walaupun konon-konon cuba untuk berlagak kuat dan hebat, dalam hati tak siapa tahu betapa lembut dan rapuhnya hati aku. macam tauhu. yang kini sedang menangis sambil menaip T_T

biar orang tak nak dengar atau baca sekalipun. biar orang taknak berubah pun. or biar orang tak kisah pun, tapi hati kita sedikit lega. sebab beban di kepala sudah diringankan even masalah itu masih belum selesai.


footnote: dahlah masa ni aku tengah bersedih sebab mak bakal adik ipar aku eksiden bila otw nak pergi mengurut pagi tadi. ada pendaharan dalam kepala dan sekarang dalam icu. makcik, saya doakan supaya makcik tak apa-apa. makcik kena kuat untuk anak-anak makcik.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio