Tuesday, December 24, 2013

.persediaan ke tanah suci.


 pejam celik pejam celik dah nak habis bulan December. tak sampai sebulan lagi nak g umrah. sebelum ni tak pernah pun terfikir checklist untuk Aaris sebagai persediaan ke Makkah, tapi pagi ni terdetik hati nak google dan baca pengalaman ibu-ibu yang pernah bawa anak ke sana.

nasib aku aku google, so dapatlah sedikit sebanyak info yang berguna (yang tak diajar semasa dalam kurus). contohnya: kalau kita bawa anak kecil, si ibu boleh pegang anaknya itu naik wheelchair sementara bapa boleh sorong wheelchair untuk melakukan tawaf. aku pun mengandung, so bolehlah buat macam ni. tapi pastikan pampers anak sudah ditukar (bersih tiada najis). selain tu, bulan Januari masih dalam musim sejuk so kena prepare baju sejuk, stokin semua. stokin banyak tapi semua dah kecik. haha. so sabtu lepas misi mencari sweater dan stokin Aaris. hoi boleh tahan rega dia. shopping pula bawak mak dan adik-adik so mak kata baik beli besaq terus (3-4y), stokin pun gitu. tapi macam tak la besar mana pun, budak cepat membesar kan. baba tak dapat teman sebab letih ada event ice-cream. minggu lepas dua hari berturut-turut ada event, Alhamdulillah.

hari ahad pula misi membeli persiapan mama baba pula. Siti Khadijah ada buat vip day hari tu, semua item dapat 20% kecuali jubah 15% sahaja. maka moh kita ke sana. tapi pergi dah lambat, telekung yang murah dah habis. so terpaksa beli yang mahal. haha. boleh gitu? takpelah, aku ni first time beli telekung guna duit sendiri. dah 27 tahun hidup weh. teruknya. bukan tak pernah beli, selama ni dapat free je dan ada yang mak belikan. mak aku pula memang suka sangat beli telekung, first time try pakai mak punya telekung Siti Khadijah ni terus jatuh cinta. so niat aku nak g umrah ni nak beli telekung Siti Khadijah. puas hati. belikan baba tshirt pagoda sehelai siap ada jenama Siti Khadijah lagi ha. belt mahal sangat so nanti kita cari tempat lain je. oh beli stokin sekali sebab stokin dia tebal. aku tak beli sarung tangan, tetiba dapat free gift. rugi je mak dengan bella beli. haha. rezeki. beli telekung je dah lebih rm500 and dapat lagi voucher 10%. pastu aku tanya mak; nak beli apa lagi? mak jawab; entahlah. haha.


kedai dia cosy sangat. Aaris sibuk nak main benda ni. asal takde orang duduk depan dia nanti dia suruh "dodok" sambil tunjuk kerusi depan. haha. nanti kita ajak babah g beli ye.


malam tu pula sebelum balik rumah Kajang, g singgah ambil gambar untuk buat visa. tapi macam tersalah print je sebab dah print baru depa kata visa sepatutnya lebih besar dari gambar pasport. alahai. bak kata baba, ni dugaan kecil sebelum menunaikan umrah. baiklah, marilah kita bersabar.


gambar kami bertiga. baba je yang kena renew pasport. kami berdua dop payoh.

so far tinggal kasut Aaris je nak beli. kasut lama dah kecik. haha. kain ihram Aaris pun takde lagi, maktok kata dia akan jahitkan nanti sebab kalau nak beli memang besar gila. saiz budak sekolah gitu. kebetulan, agensi yang kami pergi ni dia bagi 2 luggage dan 1 bag sandang. yang perempuan dapat telekung sehelai, yang lelaki dapat kain ihram sehelai. so far semua pun dah ada dua helai kain ihram so tak payah beli dah. yang dewasa tinggal persediaan mental dan fizikal je. haih berdebar.

semoga dipermudahkan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan. aku lagi berdebar nak tunggu next appointment untuk scan baby. kalau tak tahu jantina lagi boleh doa kat sana nanti (itulah hajat yang sebenar sebelum mengandung). apa-apa pun asalkan baby sihat dalam perut mama, Alhamdulillah. Allah dah beri lebih dari apa yang kita beri pada Dia. amalkan konsep bersyukur itu penting :')
 
Blog Template by Delicious Design Studio