Tuesday, September 25, 2012

.sit me up cosy VS play gym.


 aku dah beli ini untuk anak aku sebelum dia lahir lagi. ini kira macam 2 piece la. yang bawah pelampung dan yang atas macam lapik ala-ala comforter tu. and kecik-kecik dulu Aaris tak boleh lagi masuk atau diletakkan macam gambar di atas, maka guna lapik dia je. and sampai sekarang pun still guna lapik tu je -.-" 

baba dah seplohjutakali tanya "bila boleh guna ni?" sambil jari menunjuk ke arah pelampung itew.

aku replied; "nantilah" :p

dan aku kan rajin gila tengok segala benda yang online. in conclusion, addicted to online shopping. tak payah nak pelik sangat eh? duit haku, sokati hakak la ye? haha. eh tapi yang tak online pun sokak je nengok and sokak juga beli. haih la :/


maka terjumpa ini. alah somel. kan kan? tapi usha bila baby dah keluar la. mula-mula jumpa orang yang jual mahal, tapi hari ini nampak orang jual murah dari sit me up cosy. nyesal tak sudah. tsk tsk.
*kadang-kadang apa yang ada di online lebih murah compared to beli di kedai atau di butik bukan? kita kena bijak membeli, barulah namanya pengguna yang bijak*

maka nak sedapkan hati, tunggu my baby girl nanti baru beli every single thing in pink. oh i loike. nama pun i dah reserved. tak payah tunggu 7 hari :p
*sumpah tak sabar* haha.

semoga akan diberi kesempatan untuk menambah zuriat bila tiba masanya nanti :')
*AMIN*

Wednesday, September 19, 2012

.Avent Promo.

buat penggemar Avent. bottle disini sangat murah. akak sokak!

memang nak cari bottle yang 260ml punya. sini dapat 4 biji tak sampai rm100. nak beli bottle teat juga sebab Aaris tak tukar-tukar lagi bottle teat since newborn. kahsihan anak mama!


yeay, HAPPY!

Tuesday, September 18, 2012

.Aaris dan Pengasuh.

hari ini nak cerita perihal Aaris dan pengasuhnya, yang kupanggil Mak Nab. dia dulu jaga adik aku yang Ajeem tu masa umur 3 bulan. kemudian Wawa penyambung warisan. hehe. la ni dia jaga anak aku. mula-mula plan nak hantar bulan Ogos, then since Cik Bella offer nak jaga anak aku sebulan sebelum dia practical maka makdeq lah yang jaga Aaris selama sebulan. mak aku pun kata biarlah dia jaga kan. so tunda bulan Sept Aaris dihantar ke rumah Mak Nab. 

Isnin lalu (3.9.2012), hari pertama Aaris dihantar ke sana. aku dah siap-siapkan satu beg baju, bottle warmer, pampers sepaket dan 4 botol susu macam biasa. pagi tu aku pergi kerja dengan incik somi. lepas brief serba sedikit aku pun mengundur diri. bila sampai office, baru teringat lupa ambil nombor telefon Mak Nab. terus hati gundah gulana fikir Aaris macam mana semua tapi ku tabahkan hati. tiba-tiba rasa nak cakap dengan Cik Bella, dan dia pun risau. maka dia pun pergi jenguk Aaris di rumah Mak Nab. sampai-sampai je, Mak Nab tengah pegang Aaris yang menangis kuat sambil ke luar rumah untuk menenagkan anak aku bila tengok Cik Bella sampai. Mak Nab terus tanya dia ni macam mana tidur? Cik Bella pun ambil Aaris dan menenangkan dia. kesian anak mama T_T *pause*

aku di office menunggu dengan debaran. masa tu dah jam 12.00pm, dah lewat nak pump. aku pun pergi ke surau. tiba-tiba dapat wassap dari Cik Bella. lebih kurang gini la dia cakap;

kak, kesian Aaris. dia baru nak tidur. kau tak cakap dengan mak ke kena letak air dalam warmer ni? dia tak tau macam mana nak guna. adeq rasa esok biarlah adeq jaga dia. sini bising, takde buai. kau beli la buai cokia-cokia letak sini. esok bawak bantal. tilam dia semua. 

dalam pada tu aku ada juga tanya dia macam-macam. dan air mata memang mengalir deras tanpa henti. sebab Aaris bukan jenis melalak-lalak sampai tersedu-sedan. tak pernah. paling teruk pun aku tak dengar dia menangis masa duduk tengok tv keluar air mata sikit. ini Cik Bella kata sampai merah-merah mata. ohoi, sumpah sedih hati aku sampai tak boleh dah nak fokus kerja. sampai orang lain pun perasan. bukan aku tak percaya dekat Mak Nab. cuma aku tahu ada juga salah aku. sepatutnya aku pergi sehari sebelum itu. but kami memang nak pergi malam Sabtu tu tapi ada orang datang pula rumah mak aku. hari ahad pula orang datang ke rumah aku sampai ke malam. tu yang hari Isnin terus terjah macam tu.

makanya, aku half day Isnin haritu. aku suruh Cik Bella ambil aku kat office dan pergi rumah Mak Nab. masa aku sampai semua budak tengah tidur termasuk Aaris Zaquan. dia tidur dalam bouncer depan Mak Nab sambil lipat kain. so aku fikir dia dah okey sikit maybe. tadi mungkin dia terkejut takde bau aku atau orang-orang yang dia kenali. kesian anak mama. *aku memang emo sikit*

sampai rumah aku cakap-cakap sikit dengan Aaris tapi Aaris diam. merajuk kot? ke mamai sebab kena kejut dari tidur kan. terus tidurkan dia balik. semua balik rumah pun still cerita Aaris buat sejarah melalak-lalak tu sebab semua pun kenal Aaris macam mana. Aaris manja, hek sikit mama angkat. tidur kena peluk sentiasa. dalam buai bergerak sikit ada orang tolong buai lagi. selalu ada orang cakap-cakap dengan dia dan dia pun memang rajin bercakap. bila tidur atas tilam semua orang pun kena jalan angkat kaki sebab nak senyap. haha. cucu sulong kan. untunglah.

mak aku pesan, malam tu juga dia suruh hantar buai dan tilam semua kat rumah Mak Nab. nasib baik baba dia memang dah beli buai kat rumah. baba memang semua benda dia nak beli tau. ayat dia "senang nanti honey nak tidurkan dia bila abang kerja petang ke malam, boleh honey masak masa dia tidur" end up bagi ke pengasuh je buai tu. bedak segala pun dah beli siap-siap letak di empat-empat buah rumah. senang. but tiap kali balik 'kampung' beg pump, bag Aaris, bag MamaBaba mesti ada. baru namanya balik kampung kan? haha.

paling best hari Selasa, makdeq ambil Aaris awal sikit. dan bila mama sampai rumah maktoq, makdeq cakap maktok pencen tahun depan sebab kesiankan cucu. comel kan? oh terharu sangat. tapi kena tunggu bulan Disember. sebab maktoq kata kalau pencen bulan 6 macam cepat je masa dengan kawan-kawan. ayahtok pun setuju maktoq pencen. hewhew. tenang hati mama bila maktoq jaga. boleh buat adik Aaris pula. eh? HAHA.

now dah hampir sebulan Aaris duduk dekat rumah Mak Nab. mama harap Aaris okay-okay je duduk sana. Mak Nab pun rajin update pasal Aaris. yang selebihnya mama tawakal je la. yang penting Aaris be good. Aaris Zaquan anak mama is a good boy kan? :')


muka budak good boy. selalu orang tanya "ni laki ke pompuan?" masa ni macam gegirl kan? hehe.


HAPPY :)



 muka blur baru bangun tidur. sayang anak mama :))

 
Blog Template by Delicious Design Studio