sampai bila kita nak duduk di takuk lama je kan? jadi katak bawah tempurung selamanya? taknak juga kan. atau siapa taknak kaya? aku materialistik punya orang, tapi bukan dengan cara meminta-minta atau berhutang untuk mendapatkan sesuatu. kalau ada rezeki, ada lah. tapi sebelum tu kenalah usaha bukan? bila dah uasaha kenalah tawakal.
dan, wujudlah Aishar Resources. Aishar lahir dari ketidaksabaran incik suami dalam menceburi bidang perniagaan. penat kerja makan gaji ni kan. tetiba. haha. dia ni memang dari dulu lagi, dari sebelum kahwin impian dia nak buka kedai komputer, tapi takdok modal dan pekerja. lepas berangan nak buka kedai komputer, dia pernah pula cakap ke aku nak buka car wash. tapi aku malas nak layan sangat. tapi kali ni dia nekad, bila aku cakap "nantilah dulu" tapi dia nak juga. so aku diam je lah sebab dia kata aku nak downkan dia. tapi dia ada kawan-kawan yang based on business juga so dia tetap teruskan tanpa hiraukan cakap aku. durhaka ye? muahaha. lepas dah register nama company semua, aku dah agak rutin akan bertukar, dulu bila off day dan rest day dia akan ambil overtime. tapi kalau tak overtime bolehlah kiranya dia mem'vacuum' rumah, mengemop lantai bila aku tak sempat. tapi kini dah tak sempat. kesini kesana terkejar-kejar. sampai terbatas pergerakan bila mana hujan sebab dia bawa motor je. bukan taknak beli kereta baru, tapi belum mampu. memang secara kasar kami pakai satu kereta, satu motor. hakikatnya kami bayar dua kereta dan satu motor. sama je macam orang pakai satu kereta mahal. ewah, padahal nak sedapkan hati. yelah, ukur baju dibadan sendiri ye tak? hihi.
kenapa Aishar? ianya gabungan nama kami berdua. sila find out yourself. hehe.
Aishar Resources menjalankan perniagaan terhadap perkhidmatan, contohnya macam supply pc, notebook, printer, toner, printing baju, dan apa tah lagi. #MaafkanSaya. aku office hour PA bos, sepanjang masa PA dia. konon-konon nak jadi tukang jahit terpaksa dilupakan. haha. dan sekarang, dia berjinak-jinak pula jual aksesori handphone. kepada yang berminat, sila like Dunia Gadget. pada sesiapa yang dah like, terima kasih diucapkan :)
Aishar Resources menjalankan perniagaan terhadap perkhidmatan, contohnya macam supply pc, notebook, printer, toner, printing baju, dan apa tah lagi. #MaafkanSaya. aku office hour PA bos, sepanjang masa PA dia. konon-konon nak jadi tukang jahit terpaksa dilupakan. haha. dan sekarang, dia berjinak-jinak pula jual aksesori handphone. kepada yang berminat, sila like Dunia Gadget. pada sesiapa yang dah like, terima kasih diucapkan :)
tapi sebenarnya, company ni belum boleh beroperasi sepenuhnya sebab account bank pun belum ada, logo company pun belum design. so buat job kecil-kecilan sahaja dahulu. apa yang boleh saya kata kepada incik suami, semoga anda berjaya. walaupun kadang-kadang saya annoying sebab awak buat saya annoying, saya tetap sokong awak sebab awak suami saya, syurga saya.
baba, mini office and his lil assistant. si kenot amazed sangat bila printer tu berbunyi dan keluar kertas. haha. ini sementara je sebab bilik yang konon-konon nak buat office tu masih belum ada kipas dan perlu dikemas semula.
menyesal kata taknak bila bos tanya nak tak iPhone5? sebab ianya sangat ringan.
me is jeles -____-
permata hati saya, sentiasa dihati.
"me is Selangorean", Aaris Zaquan Ali Imran
sekian buat masa ini, thanks for reading :')
0 comments:
Post a Comment