Thursday, March 7, 2013

.cukup sampai di sini.

lama rasanya tidak bercerita itu ini di dalam belog. dulu belog, instagram, facebook mahupun twitter menjadi salah satu cara untuk aku berkongsi, meluahkan dan bercerita di dalamnya. tapi, setelah disedarkan kadang-kadang ianya perlu menjadi rahsia kepada umum. sebabnya? tak semua orang berniat baik dengan kita. maka kadang-kadang aku lebih suka bersikap anti sosial walaupun aku aktif di dalam laman sosial.

kadang-kadang aku terlalu ramah dengan orang yang ramah pada aku, tapi tanpa aku sedar dia ada kepentingan tersendiri di dalam berkawan. ye, aku mudah ditipu. lurus. 

insyaAllah, kini tidak lagi. aku tidak punya apa-apa yang lebih untuk dibanggakan oleh kalian. kalau nak stalked aku dan cemburu dengan apa yang aku ada cukup sampai disini. kini, kenali aku sebagai orang yang tak punya apa-apa selain harta dunia akhirat aku iaitu suami, anak (dan bakal anak-anak) serta keluarga. kerana keluarga jika bergaduh tidak akan putus ikatannya, insyaAllah :')

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio