Wednesday, February 13, 2013

.ini fakta bukan auta.

Assalamualaikum semua :)
hari ini nak share satu benda. tapi,

dah selamat proses bersalin baru terbaca fakta-fakta ini. haha. tapi bila baca terbayang semuanya; rasa sakit, sebak terharu semua ada. oh kenangan terindah buat kami suami isteri. teringat lagi mil sanggup tak pergi kerja sebab nak teman menantu dia pergi hospital sampai bengkak-bengkak kaki sebab duduk lama sangat. mak pun terpaksa pergi kerja separuh hari sebab short notice aku mengalami lelehan air ketuban jam 5 pagi. dan incik suami yang teman aku dari jam 5 pagi sampai aku selamat bersalin tak tidur-tidur lebih 24jam. mak pun tak lena tidur sebab dia sendiri tak pernah sakit sebegini lama. aku pula g mengadu sakit teramat jam 5 pagi yang mana mak baru nak lelap. padahal mak baru balik rumah jam 3 lebih pagi sebab kononnya aku mungkin boleh deliver tak lama lagi. dan lepas solat subuh mak mengaji depan pintu supaya aku senang bersalin. terima kasih mak, jasamu tak terhingga juga tak terbalas. dan bila dah ada anak sendiri baru kita tahu macam mana rasanya jadi emak/mama/mummy/ibu/ummi dsb dan sanggup berkorban apa saja demi anak. marah-marah sikit tu biasalah kan? :)

mari baca ini. tapi aku ambil bersalin normal dan vacuum sahaja. maaf. dah hilang page mana aku baca tu :(


Bersalin spontan melalui vagina

-Ia merujuk kepada proses bersalin spontan tanpa bantuan forsep, vakum atau alat-alat lain.

Prosedur:

1. Doktor akan menganggar saiz bayi dan saiz bukaan serviks untuk memastikan tiada halangan semasa bersalin.

2. Semasa proses kelahiran, bukaan atau diameter serviks akan mencapai 10 cm bagi memastikan bayi boleh melaluinya. *masa 8cm aku dah rasa nak terberak. kaum hawa yang pernah mengalaminya sahaja faham apa aku rasa. memang rasa nak berak sangat-sangat bila baby nak keluar. macam senang bukan rasa nak terberak itu? sebab itu rasa sakit contraction seribu kali sakit berbanding sakit bersalin. tsk tsk.

3. Vagina dan bukaannya juga akan meregang sehingga diameternya berukuran sekurang-kurangnya 10 cm.

4. Apabila bayi mula memasuki vagina, otot dan kulit anda akan meregang ke tahap yang ekstrim.

5. Labia dan perineum (kawasan di antara vagina dan anus) akan mengembang dan mencapai tahap regangan yang maksima.

6. Anda akan merasa kulit anda seperti terbakar. *hoih, tak rasa pun? sebab yang aku rasa masa tu rasa SAKIT je sampai tak tahu nak beza apa-apa dah T_T


7. Sekiranya perlu, doktor anda akan melakukan episiotomi iaitu insisi kecil di bahagian bawah vagina (biasanya di sebelah kanan). *okay fine, patutlah. aku mula-mula pelik juga. hihi.

8. Apabila bayi anda keluar, anda akan berasa kurang selesa. Doktor akan meminta anda berhenti meneran buat sementara. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada jururawat menyedut dan membersihkan hidung serta mulut dari cecair amnion dan mukus. *ye, masa ni doctor kata "okay puan kepala baby dah keluar, rileks sekejap tarik nafas dan teran sekali lagi bila saya kata teran (bila rasa sakit) untuk keluarkan semuanya"

9. Setelah selesai, anda akan disuruh untuk meneran sekali lagi untuk mengeluarkan bahagian bahu bayi.

10. Tali pusat bayi seterusnya akan dikepit kemudian digunting. *sebelum digunting tali pusatnya, doctor angkat baby dan tunjukkan pada aku. "ini anak puan, baby apa ni puan?" dan aku jawab, "it's a boy" dan terus sebak. tsk tsk. 


11. Plasenta akan keluar secara spontan atau mengambil masa lebih kurang setengah jam. Doktor anda mungkin akan menekan bahagian bawah abdomenuntuk membantu mengecutkan rahim dan melonggarkan plasenta. Anda akan disuruh meneran untuk membantu proses pengeluaran plasenta.

12. Doktor akan memastikan plasenta dikeluarkan sepenuhnya. Sekiranya terdapat tisu plasenta tertingal, doktor akan memasukkan tangan ke dalam uterus anda untuk mengeluarkan bahagian yang tertinggal.


*dan disebabkan jantung baby dah lemah, sebab lama sangat sakit. so doctor decided nak vacuum untuk bantu aku dan mempercepatkan proses bersalin. dan masa inilah incik somi disuruh keluar. sob sob. takpelah, masa ni aku dah tak sabar nak hilangkan rasa sakit yang unbearable itu. but I still can bear it, and I have to T_T




Bersalin menggunakan vakum

Prosedur:

1. Doktor akan memeriksa saiz kepala bayi dan bukaan salur kelahiran untuk memastikan tiada halangan semasa proses bersalin.

2. Berat bayi dianggarkan melalui pemeriksaan abdomen dan saiz uterus. pelvis diperiksa melalui pemeriksaan vagina.

3. Anda perlu meletakkan kaki diatas stirrups (kedudukan lithotomy) *haha. ini aku kena. sebelum vacuum lagi dia dah ikat kaki aku sebab asik gerak-gerak je kot? :p 

4. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengosongkannya. *ini pun aku ingat tapi masa sebelum nak teran kot? x suka!

5. Seterusnya doktor akan memasukkan cawan vakum ke dalam vagina. *macam ngeri, tapi aku pernah melaluinya. nasib baik tak nampak.


6. Cawan akan diletakkan di kepala bayi dan doktor akan memastikan tiasa tisu serviks yang terperangkap di dalamnya.

7. Semasa uterus mengecut, tekanan vakum akan ditingkatkan sehingga 0.7kg/cm2 dan perlahan-lahan doktor akan menarik pemegang cawan tersebut, membantu bayi menuruni salur kelahiran. 


8. Setelah tekanan yang dikehendaki diperolehi, doktor akan menarik pemegang di bahagian dasar cawan.


9. Ibu hendaklah meneran berselang seli dengan kuasa yang dikenakan. *tak rasa sangat pun vacuumnya sebab masa kita teran doctor vacuum.

10. Antara pengecutan rahim, tekanan dalam vakum dilepaskan tetapi cawan vakum masih berada ditempatnya.

11. Episiotomi perlu untuk memastikan bukaan vagina cukup besar bagi bayi keluar. *ada lagi ke? entah T_T


12. Sebaik sahaja kepala bayi berada di bukaan vagina tekanan pada cawan dilepaskan dan bayi dilahirkan seperti bersalin spontan melalui vagina.

13. Seterusnya, mukus di dalam mulut dan hidung bayi disedut. Kemudian baru lah bahu dan badan dilahirkan.

14. Plasenta akan dikeluarkan.

15. Luka pada vagina akan dijahit menggunakan benang yang boleh mereput secara semulajadi.

16. Selepas kelahiran vakum, bayi akan mengalami pembengkakan tisu lembut di bahagian kepala. Ia akan hilang selepas 3 bulan. *alhamdulillah, masa Aaris dulu cepat je hilang. masa dalam seminggu ke dua minggu macam tu je kot? aku pun tak ingat. banyak dah lost memory aku sekarang ni. haha.


kalau tanya pada aku, dari awal pregnancy lagi aku dah takut pasal proses bersalin. selalu google macam mana proses bersalin. dan rata-ratanya amat ngeri. dan mind set nak bersalin dekat private(konon). tapi pesan mak, mana-mana pun sama, sakit pun sama cuma yang berbeza adalah layanan. tapi kalau kau behave, nurse dan doctor pun layan baik la. aku nasib baik dapat team yang best sangat masa tu. unforgettable moments. semoga next baby aku dapat baby girl. please, please ya Allah. nak sangat :') tapi bila? hanya Tuhan saja yang tahu, kita hanya merancang. tapi kalau boleh bagi Aaris puas-puas manja dulu. hikhik. oh, dah rindu dah anak mama si takde gigi ni :D


thanks for reading :))

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio