Thursday, February 21, 2013

.wishlist 2013.

wishlist tahun ini masih lagi untuk anakanda tersayang je yang banyak. baru aku faham macam mana perasaan mak ayah nak menunaikan permintaan si anak. dulu mak ayah aku bukan orang senang, so aku payah la sikit nak minta itu ini dengan tidak rasa bersalahnya. bukan aku je, adik-adik aku pun sama macam aku. ada perasaan belas dan kasihan terhadap mak dan ayah yang sememangnya sentiasa mendahulukan anak-anak daripada diri sendiri. kini aku dah bukan tanggungjawab mereka sepenuhnya, maka aku kira kuranglah sedikit beban untuk mereka. maka senang je adik-adik aku dapat henpon baru sekarang. 
me is jeles -___-

wishlist yang pertama untuk anak, car seat. dah pun tercapai nak beli. semalam pergi ke Hospital Selayang nak tengok abah, tapi disebabkan Aaris tak boleh naik maka baba naik lawat tok abah sekejap je. dan waktu itu pula orang duk balik kerja dan memang jammed la. maka baba tanya nak pergi Sogo tak? terus aku jawab NAK. haha. sebenarnya nak beli stock sayur mayur Aaris dan beras pun dah habis. lagipun Ahad haritu dah ikut mak g pasar beli ikan, ayam, sotong segala. mak dah siangkan dan siap basuh. ai kan anje *bak kata kak Filla. hehe. paling suweet bila mak pesan dekat Bella nanti dah kahwin duduk dekat-dekat je so mak boleh tolong siang ikan and tinggal bawa balik rumah je. kalau tak masak juga tak tahu la. comel je mak :')

okay back to the topic, car seat tu kebetulan saja nak tengok harga. dan promoter tu siap kata tingkat 5 ada baby fair tapi tinggal kaler biru ja. kami laju-laju naik dan terus beli sebab murah. dan so far pagi ni Aaris behave je duduk dalam tu, but mama kena beli cermin untuk tengok Aaris kat belakang la sebab tak nampak. kalau nak tengok kena toleh belakang. hopefully Aaris behave la hendaknya duduk dalam tu bila nak jalan-jalan ye sayang? :) 


so wishlist untuk Aaris, mama nak belikan almari untuk letak baju-baju awak je lagi. basikal ke apa tak masuk dalam wishlist mama. heh.

wishlist untuk mama? banyak sangat.
tunggu bonus baba, mama nak itu i.
yang lain more to perkakas rumah.
nak cat rumah, nak langsir baru, perabot baru, eh?

sekian, terima kasih.

jap, baba ada wishlist juga ke? :p

1 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, betul tu. mak ayah paling banyak berkorban utk anak2nya. bestnya ada Aaris wishlist yang banyak. harap2 mama dia tunaikan semua yg penting2. hehehe sila tanya suami apa wishlist dia. mungkin tambah lagi sorang adik Aaris ke. hehehhehe

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio