Friday, February 1, 2013

.salah aku.

bila aku rasa sedih dan tak tahu nak luahkan pada siapa, aku lebih suka menulis. meluahkan apa yang terpendam. selain menangis. 
kerna bila menangis, tidak semuanya hilang. tidak semuanya dapat diluahkan. 
bila makan, yang dapat hanyalah kenyang, yang lain tiada apa yang berkurang. 
tapi dengan menulis, sekurang-kurangnya aku meluahkan dengan cara tulisan jika tidak dapat meluahkan dengan kata-kata.

topiknya hanya sebuah topi.
atau cap atau pelindung kepala kepunyaan anak aku.


orang seperti aku, memang tak suka hilang barang. dan bukan sikit-sikit duit beli topi itu. hmmm. 

mungkin salah aku, suruh orang lain tolong pegangkan sementara aku pegang Aaris. but bila aku sedar yang salah aku juga mungkin silap letak, aku bertanya mana topi anak aku? ada yang menjawab "ada, ada. dalam bag plastic ni" salah aku juga yang percaya topi anak aku selamat berada dalam bag plastic itu. dan ada suara menjawab " dah cek dah tadi, takde barang tinggal" dan ianya masih silap aku kerna percaya. dan aku mahu tekankan disini semuanya salah aku.
JANGAN NAK SALAHKAN ORANG LAIN.
*sigh*

topi, it sounds simple. tapi bagi aku kepercayaan aku terhadap mereka ini hilang seperti mana topi itu hilang. sebab bila aku tanya balik "eh mana topi Aaris?" semua boleh cakap TAK TAHU, CICIR la tu. oh cicir. semalam cakap ada? macam mana nak kira ni? 

mungkin bagi orang lain senang je kan? dah hilang, cicir tah mana. biar je lah. kan? but responsibility tu ada tak pada diri sendiri? aku bagi kepercayaan, tapi kepercayaan tu macam tak penting. nothing. sebab barang orang lain mungkin. dan barang orang lain tu mungkin tak penting. sebab tu boleh hilangkan. macam tu je. sedih. memang aku sedih. sebab ini bukan hanya pasal topi, its about everything.

ada say sorry? HARAM tak ada. eh ada ke yang rasa bersalah? semua salah aku kan? lupa. yang ada aku je yang kena tingkatkan kesabaran. mungkin betul cakap adeq, kadang-kadang aku perlu hipokrit. tunjuk muka manis to everyone tapi dalam hati membara. aku akan cuba dan mungkin perlu cuba. lembutkan hati. memang hati aku keras, takde perasaan bila barang hilang. dan sebenarnya aku bukan jenis hipokrit. sebab bila marah terus terpancar pada muka. bila tak dapat luahkan, menangis. bila sedih juga menangis. lembik. ye, sangat. sebab tu wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki bukan?

erm. aku rasa cukup setakat ini sudah membebel, melalut dan jangan biarkan sampai ke laut. sekian.

insan terkilan :/


tinggal kenangan :(
muka mama yang keletihan teramat tukar MRT dan jalan kaki segala, sila abaikan -____-

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio