Wednesday, February 11, 2015

.my first ssc.

royan baby wearing kembali. kali ni aku macam nak jugak beli satu ssc. NAK JUGAK! 

sebab apa NAK JUGAK? 

satu sebab wedding bella. tak kan nak dukung gitu je. letih pegang Ayed gitu je sebab dia suka pusing badan nak pandang depan. dan tak reti duduk diam. grrr.

dua sebab tahun ni dua kali nak travel oi. satu dengan family besar aku. satu lagi dengan family kecil kami. baba belanja konon nak sambut anniversary dekat over the sea (lah sangat). 

lagipun ssc ni compared to my mei tai sangat lah mudah. mei tai kan kena ikat, mudah juga tapi leceh. kalau ssc kau boleh stand alone je pakai. macam pakai back pack kat depan. gittew.

dulu aku ada propose nak beli #jumpsac kat im, tapi dia tengok rega rm300 plus terus replied "tak payah". so masa tu aku pun ikut je kata suami. bila nak dekat dekat majlis ni aku dah macam panic. sebab kalau sewa pun deposit rm250. tapi for 2 weeks rm50. postage lagi, cleaning lagi bla bla bla.

dan pada satu hari, kawan aku yang lagi lebih royan dari aku offer beli #kinderpack dia. siap kata payment plan up to 5 times sebab dia nak beli lain. haha. and kitorang borak-borak cakap aku pun tengah usha #tula tapi semua kena pre order. aku malas nak berebut-rebut macam kawan aku ni beli dekat international online. then dia kata #tula arrow ni ada ready stock now dekat Most Precious Tots. terus aku PM tanya, masih available. tapi sebab harga dia a bit pricey so aku fikir lagi. sampai malam tu baru aku decide nak beli diam-diam. tapi sikit lagi nak kantoi tapi aku buat dek je kat im. bila dah dapat baru aku berterus terang. tapi part harga still berahsia :p

and kawan aku pun tak jadi nak jual #kinderpack dia sebab apa yang dia nak tu tak dapat. hihi. nasib baik juga aku beli #tula tu. oi sumpah best kot pakai. mula-mula memang rasa sakit pinggang. tapi part bahu sangat selesa sebab dia cushy sangat. 

Ayed pun memula dia asik nak pandang depan tapi tak boleh so suka dongak-dongakkan kepala. bila dah selalu pakai dia dah okay sikit. kaki pun pandai kangkang dengan mudah. and haritu baba konon nak try pakai #tula. sekejapan je dah tidur anak aku, so mama boleh shopping dengan mudah. hihi. siap nganga-nganga si Ayed. so far boleh kira berapa kira berapa kali aku pakai Quinny tu letak Ayed/Aaris. dulu masa Aaris aku beli Quinny Zapp Xtra, tapi dah jual. then aku beli Quinny Zapp Xtra 2.0 untuk Ayed tapi tak guna. haha. but still taknak jual sebab sayang. aku minat sangat dengan Quinny Zapp. huhu. yang maclaren pun sayang nak jual sebab senang nak manage. so simpan je lah sampai anak dah besor sok baru pikiaq. dan aku memang jenis kalau untuk baby gear tak berapa nak berkira sangat. tapi ukur baju di badan sendiri la. takkan la tak berkira sangat sampai sanggup berhutang kan. ada duit beli, tak ada duit simpan duit baru beli. gitu konsep aku :)


yang kiri sekali ex-officemate, yang tengah masih officemate (yang dia tengah pakai tu la #kinderpack yang konon nak jual) and me. aku tinggalkan Aaris masa ni. pergi kelas, tapi taknak belajar ikat-ikat tu. nak pakai ssc je and ring sling. hihi. semua ssc dalam gambar ni aku dah try. ergo performance tu pun best. ngam-ngam je dengan Ayed. kaki pun k2k.


di hari kejadian. memang ingat nak ambil gambar tapi tak sempat. nasib baik photographer alert nak ambil gambar kitorang 4 beranak ni. hihi. thank you f'zuan :)


baba in action. cenggitu la posisi Ayed masa baru-baru masuk. sibuk nak keluarkan kepala siap angkat-angkat buntut macam nak keluar dari carrier. haha.

lastly, i'm happy iwth my #tula carrier. nak corak prism pulak boleh? tett :p

4 comments:

RiNa FaRiD said...

Salam..

Maaf ye tumpang jual ssc tula saya-berminat boleh whatsap 011-28840768

Mazlina Mat Rabi said...

Assalam. Sy pun suka tula. Mahal sikit tapi berbaloi...

Jemput melawat blog saya mazlinamr.blogspot.com

Mazlina Mat Rabi said...

Assalam. Sy pun suka tula. Mahal sikit tapi berbaloi...

Jemput melawat blog saya mazlinamr.blogspot.com

Amin Mendez said...

kat mana ye nak beli tula selain online?

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio