Wednesday, January 7, 2015

.azam tahun baru.

as usual, azam SETIAP tahun baru tinggal gitu je. tahun lepas langsung takde azam sebab malas nak berazam. bahaha. loser. tahun ni aku ada SATU. cukuplah satu je kan. 

apa dia?

nak cari landed house.

aku dah bosan, fed up dan annoyed duduk rumah apartment. pfftttt.

sebab?

  1. tahun lepas baru je naik bill maintenance. tahun ni nak naik lagi apehal? hangin aku. dulu bayar rm100 every month. tahun lepas naik ikut sq ft konon, so aku kena rm118.50 kot? tahun ni naik lagi berapa rm tah? sebab bill belum keluar. im baru dapat email je yang persatuan penduduk bersetuju (kepala hangguk dia) untuk naikkan bill maintenance. tu belum cerita bill sinking fund naik juga. semua la nak naik kan.
  2. kami ada ambil additional parking. sebab kadang-kadang im bawa balik kembara untuk job weekend. dulu charge rm1 per day. so dalam sebulan rm30. tapi kena bayar lump sum untuk 6 bulan. BUT effective on Jan 2015, additional parking akan dikenakan rm50 per month. takleh bla betul. suka hati je nak naikkan. parking bawah bukan ada bumbung pun. stress.
  3. masa nak beli rumah buat loan bank dengan RHB Islamic. tapi BLR fluctuate. so sekarang BLR dah naik, so bayar bulan-bulan pun dah naik rm40. bestnyaaaaa. tak tahu nak salahkan siapa. islamic sangat kan? aptb.

ni gst belum effective. lepas ni taktau apa nak naik lagi. memang orang kata aku dah ada rumah, so selamat. boleh cari rumah slow slow. tapiiiii sebelum gst effective aku rasa baik beli rumah kot? rumah ni sewa je nanti sebab im takmoh juai. dah la tak dapat air free. guna ke tak guna bil air start from rm6. mak aku sebulan air rm6. hoi geram je beta. 

so hopefully kalau ada landed house dapat la jimat sikit-sikit. and tak payah la im tumpang letak kereta and machine dekat rumah mak dia lagi. balik job singgah rumah mak senang nak basuh machine bagai. yela, duduk rumah apartment celah bedah mana nak cuci machine kan. machine dah la berat kedaung nak ngangkat.

and bulan september kancil habis bayar. so boleh tukar nama segala dan settle satu beban. motor pun habis bayar tahun ni kot. so im ada la duit lebih sikit since dia sekarang OT dah tak menentu. nasib baik ada job ice cream. so boleh topup sambil ada saving sikit. nasib interview haritu langsung takde khabar berita. tsk. aku pulak sedih. baru berangan nak dia ada tiap minggu on weekend. takpelah, belum ada rezeki. esok ada rezeki siapa tahu kan? redho je la.

so far itu je sekarang aku punya azam tahun baru. tahun lepas nyaris juga beli rumah kat Bangi Lama. tapi ayah tak kenan rumah tu. mungkin belum rezeki kat situ. so kita cari rumah lain dulu. pelan-pelan kayuh. moga ada rezeki aku nak beli rumah ada tanah. tapi taknak jauh-jauh. senang nak g kerja. paling penting nak murah. bahahaha. 

okay bye :p

2 comments:

QUEENPINK said...

rumah queenpink baru lepas kena banjir. ;(

zeera said...

Allah sedihnya. semoga bertabah queenpink :(

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio