Monday, November 5, 2012

.kehilangan seorang teman.

Tanggal 3 Nov 2012, aku kehilangan seorang teman di pejabat buat selamanya. Puan Aishah Samsuri.


Bermula dengan panggilan telefon dari mak aku pagi itu (ayah aku satu office dengan suami arwah) Mak tanya aku dah tahu ke yang Kak Aishah dah meninggal? Aku yang baru bangun tidur blur sekejap. Tak ada pun orang bagitahu aku. Mak minta aku pastikan berita itu dengan rakan-rakan office. Letak je panggilan dari mak, Kak We pula call aku menangis-nangis. Dia tanya aku dah tahu ke? Aku tanya betul ke kak? Dia jawab betul. Aku terdiam. Lepas letak telefon, aku diam lagi. Tak tahu nak buat apa? Apa yang perlu aku buat? Incik suami tanya kenapa? Aku cuma jawab Kak Aishah, dah meninggal. Dia jawab, Ya Allah dan Innalillah. Aku masih duduk merenung telefon. Lalu dia suruh aku bersiap. Baru aku tersedar. Aku bangun, cium anak yang masih tidur dan capai towel menuju ke toilet.

Dalam kepala fikir macam-macam. Dan terkilan sebab aku tak sempat jumpa dia balik Jumaat lalu. Selalu sebelum aku keluar office, aku mesti cakap "saya balik dulu kak". Tapi tidak hari Jumaat lalu. Dia takde ditempat masa itu. Aku berlalu pergi sambil berkata di dalam hati, Isnin nanti jumpa lagi. Tapi Allah lebih sayangkan arwah T_T

Sampai di hospital, cuma ada 4-5 orang dan tunang anak dia. Ye, anak dia dah bertunang dan akan kahwin tahun depan. Sedih. Aku salam dan bertanya apa terjadi. Apa terjadi? Dia muntah-muntah sebelum dia pergi pagi itu. Itu sahaja. Tapi mungkin ada sebab arwah pergi, cuma tak dapat dipastikan kenapa pada masa itu. Yang pasti arwah telah pergi tinggalkan kami. Tak lama lepas tu aku masuk nak tengok jenazah yang masih ada di wad kecemasan. Suami arwah berada di sisi sambil menangis. "Kak Aishah dah takde, cepat betul dia pergi tinggalkan abg. Abg tak kuat untuk semua ni" setiap orang yang datang pun dia akan cakap benda ni. Siapa yang tak sedih? "Aku cakap sabar bang", dia menangis pandang muka aku sambil panggil nama aku. Sedih, memang sedih. Air mata mengalir tanpa dipaksa, deras sekali. Sangat menyentuh hati melihat dia memegang kaki arwah sambil menangis. Siapa tak sayang isteri bukan? Dan teringat melalui penceritaan arwah semasa mak abg pergi buat selamanya juga tahun lepas. Arwah cerita abg lemah, abg anak bongsu. Kini dua-dua wanita kesayangan beliau pergi meninggalkan dia selamanya.

Tak lama lepas tu rakan-rakan yang lain sampai. Kami turut bersedih dan menangis bersama. Kami ikut hingga ke bilik mayat. Tapi mayat perlu dibedah siasat sebab takde rekod kesihatan yang mengatakan dia sakit sebelum dia pergi. Memang arwah tak mahu pergi hospital dan lebih suka ambil ubat di klinik je. Banyak kali dah kami nasihat :( dan memang minggu ni dia ada sebut dia tak berapa sihat. Sakit dada, tak lalu makan. Ada sebut kuku dia biru, macam arwah mak dia meninggal kuku biru sebab masalah jantung. Tak lalu makan macam arwah abah dia sebelum dia pergi. Dan siapa sangka itu yang dia nak beritahu kita bahawa dia akan pergi. Di usia 55tahun, arwah pergi buat selamanya.

Aku memang terasa kehilangan sebab kami sama-sama PA. Dari hari 1st kerja, dia yang banyak bantu aku. Dia yang tegur aku dulu dan bercerita itu ini. Semua tu terimbas kembali tanpa dipinta. Arwah memang peramah sangat. Dan kami memang berdua saja di Pejabat Pengarah. Arwah PA kepada Pengarah. Isnin ni aku akan pindah ke Bangunan baru, arwah risau sangat duduk sorang-sorang nanti. Pejabat kami terpisah dengan Pejabat Am. Siapa yang pernah pergi pasti dapat membayangkannya. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dia dah pergi mengadap ilahi, aku juga akan pergi ke Bangunan baru. Kosong disitu. Kalau tidak, aku akan lebih sedih melihat ruang kerja yang kosong dan tidak berpenghuni buat sementara waktu.

Banyak sangat kenangan bersama arwah. Selama 3 tahun aku bekerja aku memang lebih banyak masa dengan dia. Dan boleh bayangkan orang yang dah lama kenal dan bersama dia di office rasa macam mana? Sedihnya tak terungkap dengan kata-kata. Terasa kehilangan. Amat kehilangan. Walaupun kami tidak mempunyai pertalian darah, tapi kami akrab. Bagai satu keluarga. How I missed the old CRIM.

Sabtu lalu, aku tak tunggu sampai jenazah berangkat ke Penang. Dalam jam 12 tengah hari aku dah berlalu pergi mengenangkan anak yang ku tinggalkan di rumah. Hari ini aku dapat tahu bahawa keputusan post mortem mengatakan yang 3 dari 4 saluran jantung arwah tersumbat. MasyaAllah, kesian arwah. Sakitnya ditanggung lama sendirian. Pilu hati mengenang semuanya kembali. Sekali lagi air mata berjujuran mengingatkan arwah dan betapa menyesalnya kami kerana tidak mengambil berat. 

Hari ini aku datang office, depan traffic light sebelum masuk UKM aku dah sebak dan terus mengalirkan air mata. Ye, sejak balik semalam aku terbayang-bayang, terkenang-kenang, teringat-ingat lalu menangis kesedihan. Ketahuilah Kak, kami pasti merindui akak selamanya. Berehatlah Kak, semoga akak tenang di sana :'(



 gambar curi. kak, kita takde gambar bersama ke? :(


Kak Aishah, kami akan ingat akak sampai bila-bila. semoga tenanglah disana


cubaan untuk mencari borang di rak borang baru.



Semuanya tinggal kenangan T_T

1 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak,
takziah daripada saya.. saya iringkan al-fatihah buat allahyarham kawan akak..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio