Thursday, November 1, 2012

.susu dan solid foods.

hari ini saya mahu cerita pasal susu ibu dan makanan Aaris. yes, Aaris dah makan solid foods :)

awal-awal pregnancy dulu, memang plan nak susukan anak selama yang mungkin dengan persediaan beli manual pump, disposable breast pad (tapi aku tak pakai pun, sebab rasa tak selesa :/ ) benda-benda lain aku tak buat. haha. tapi bila biras tanya sampai bila nak susukan anak, aku jawab tak tahu la sampai bila ikut susu ni la kalau ada. sekali kena marah, eh kena la susukan sampai 2 tahun. hehe. Alhamdulillah, so far bila aku stress pun aku akan positif kan minda selepas google macam mana nak increase kan balik susu badan. ye, yang penting kita kena positif ye kawan-kawan.

persediaan melalui pembacaan aku kurang meng'google'. susuibu.com pun incik somi yang register kan. tapi aku tak berapa minat join forum. aku suka baca, tanya orang, dengar pendapat dan pengalaman kemudian aku analyse sendiri. lama-lama aku dan pandai manage susu dengan sendiri. bila agak-agak susu kurang dari 5oz aku stress sebab so far Alhamdulillah selalunya sekali pump mesti dapat over than 5oz. so usia Aaris 5 bulan lebih aku dah start bagi dia makan konon dengan harapan dia akan kurang minum susu. jangkaan meleset. kadang-kadang aku pump hari ni esok bagi anak minum. gigih la aku pump untuk dapat 16oz sehari. kalau terlebih baru aku akan bekukan. dan kadang-kadang tak guna yang beku tu sebab nak buat stock lama sikit. just guna susu baru ja. sebab kalau defrost susu yang telah dibekukan, kita kena habiskan dalam masa 24hours. susu yang telah dipanaskan pun kalau tak habis kena buang jika tak habis dalam masa 2 jam.

tapi sekarang ni bila kita susukan anak dengan susu badan selama yang mungkin menjadi satu kebanggaan bukan? semalam aku kursus, dalam group aku ada 3 orang yang breast feed anak. sorang anak 5 bulan, sorang anak 6 bulan (aku) dan sorang lagi anak akak tu dah 1 tahun 4 bulan. dan gigih la ibu-ibu ni membawa bag pump dan bila tiba waktu pergilah mereka ke surau untuk menunaikan kewajipan. hehehe. dan kadang-kadang berkongsi cerita dan pengalaman dalam penyusuan anak. seronok. hehe. bila aku stress susu sikit, mengadu dekat incik somi. dia pun selalu tanya aku berapa oz dapat hari ni, mana aku tak stress kan? haha. bila dapat sikit, dia mesti cakap aku ni stress kot, ce relaks. dan aku selalu fikir kalau aku takde stock yang banyak pun, aku yakin susu aku mesti cukup untuk Aaris. insyaAllah. sebab dia still nak melekap/direct feeding. tapi belah kiri dah kurang, aku pun dah jarang buat power pumping sebab mengantuk. boleh? haha. bila rasa terancam baru hegeh-hegeh nak buat power pumping balik. so sekarang maksud kau, kau kata kau selesa la sekarang? Alhamdulillah, itu je aku boleh kata sekarang. bila orang kata susu aku banyak, aku akan cakap takla banyak tapi cukup untuk anak aku minum. insyaAllah, semoga diperkenankan.

kita bagi susu badan sebab kita sayang anak kita. kita nak yang terbaik untuk anak kita. itu mind set aku, orang lain aku tak tahu. bukan bermakna orang yang bagi susu formula tak sayang anak, tapi rezeki Allah beri ke kita tak sama setiap orang. maka yakinlah bahawa setiap apa yang Allah beri ada hikmah di setiap kejadian :')


 Alhamdulillah. masih diberikan rezeki untuk menyusukan anak. 6 months already :')


 dulu beli Avent manual, nak beli Avent electric mahal sangat. maka beli ini sahaja pun sudah memadai.


eh eh apa pasal senget cooler bag ni? haha. cooler bag cikai je aku beli. instant punya cari. sebab nak cari yang Autumnz tu payah sangat (aku minat yang tu).

konon-konon ini makanan Raya Aaris. haha. tapi Aaris tak berapa mau. masih belum boleh adapt kot? teehee.


1st time try resepi Annabel Karmel’s. tapi takde chicken stock, maka sebab tu Aaris tak berapa suka kot? hehe. last minute plan aku tak masukkan kentang tu, aku cuma masuk apple, carrot dengan ayam. but today i found out Dr. Harlina punya resepi macam lebih interesting. nanti nak cuba!

semalam beli barang dapur sikit dekat Tesco, bestnya macam-macam ada. ingat nak ambil purple cabbage tu untuk Aaris, tapi bila fikir balik eh berapa bulan tah boleh makan cabbage tu? so tak jadi ambil. ambil yang penting-penting je. dan jumpa celery yeay. maka tak sabar nak buat chicken stock untuk Aaris.

balik-balik gigih masak untuk incik suami yang tak makan dari tengah hari. ha nampak, sangat gigih sampai hangkut periuk nasi sekali atas meja? 


ini incik suami yang hidang atas meja while me sedang kemas dapur a lil bit ;)


 jemput makan semua. portion of mine. aku suka sangat letak tomato dalam masakan. kari ke, asam pedas ke, masak kicap ke ataupun sup sayur. tapi muka tak licin pon nyah oi. tsk tsk.


 aku siap google nak buat bendalah ni ha. hehe. tapi aku tak letak rempah ratus beribu tu. aku cuma letak celery stick, carrot, bawang Holland sebiji, bawang putih seulas, halia, dan ayam (bahagian tulang dan sedikit isi) rebus tiga jam. sumpah sedap wa cakap lu. tapi aku masak kurang air lah, maka dapat sebekas je chicken stock tu. takpe, nanti mama buat lagi ye Aaris.


ini rupa dia selepas 3 jam :)) tapi aku confuse, yang isi-isi lain tu nak buat apa ek? ke bagi mak bapak nya makan? tah lew labu.


 ini contoh makanan yang aku buat untuk Aaris selalunya. aku selalu berangan nak bangun pagi-pagi buat but selalu tak berjaya. maka aku masak malam-malam dan masuk dalam fridge. nasib baik pengasuh aku rajin untuk panaskan makanan untuk anak aku. terima kasih mak (aku panggil dia mak, Aaris panggil dia wan). belah kiri tu bubur dengan pumpkin yang mana Aaris suka sangat makan, belah kanan tu kentang dengan isi ayam tapi Aaris tak suka. yang depan resepi Annabel Karnel's without chicken stock. selain tu aku selalu buatkan Aaris carrot+ikan bilis dan bayam+ikan bilis/isi ayam.


 biskut untuk tea time atau breakfast Aaris. Baby Bites tu maktok belikan. kadang-kadang Aaris makan biskut Jacob Wheat-meal tu. dia suka gila sampai menganga je mulut, yang dalam mulut pun belum habis telan dah nganga. haha.


malam tadi mak kau terlebih rajin nak buat puree pear. maka aku rebus, aku tak steam pun, sebab air dia boleh buat untuk blend nanti. sedap juga, manis dia manis buah.


dan pagi ini mama bekalkan Aaris bubur nasi lauk kentang dengan ayam+chicken stock, puree pear dan biskut Baby Bites perisa pisang. susu pulak dapat bagi 12oz je harini. pagi tadi dah siap-siap bagi Aaris susu. hopefully cukup la. petang nanti nak dengar review wan pasal Aaris. setiap hari wan akan update Aaris punya perangai and so on. hehe. esok wan cuti sebab Ahad anak dia yang bongsu nak kahwin, maka esok baba jaga Aaris :)

eh panjang benor update hari ini? sebab lepas ni tahun bila tah aku nak menulis lagi? al maklumlah, sibuk dah bila ada di rumah ni. mana nak kemas rumah lagi, nak jaga anak lagi. macam-macam nak dibuat dalam satu hari sampai tak cukup tidur. okey, sampai jumpa nanti di lain entry :)

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio