Thursday, June 7, 2012

.gila shopping.

aku ni gila shopping tahap gaban. online ke, depan mata ke semua NAK! haih -,-"

bulan baru ni lepas bayar hutang plus bagi mak duit sikit, online sahaja aku dah habis dekat rm500+ kot untuk barang aku sahaja? GILA. bagi aku gila sebab aku selalu shopping benda mahal bukan sekali gus habis macam ni, durhh. baru nak durh kenapa kan? sengai.

ini belum masuk nafkah suami kepada isteri, hewhew. bil-bil semua pun incik suami yang bayar termasuk bil telefon aku. sebab tu aku akan belanja sakan kot? tapi masih lagi menyimpan. sekarang ni pun aku TAHAN je tengok bag-bag online ni. lagi-lagi yang di bawah ini.




sebab apa aku tahan? sebab aku dah ada dua handbag yang belum lagi digunakan. 
dan kenapa aku suka handbag ni? sebab dia boleh jadi besar dan kecil. best bukan? from ZARA. 

but setakat ni aku ada dua handbag, lima helai baju baru dan sepasang fitflop yang belum digunakan lagi. tak sabar nak habis pantang! lepas pantang misi pencarian baju dan barang-barang aqiqah Aaris Zaquan pula bermula. duit lagi? T_T

nasib baik duit catering, khemah dan kambing dah bagi siap-siap ke emak masing-masing untuk simpanan supaya tidak terjebak membeli benda bukan-bukan lagi. seperti? iPhone dua biji. satu aku, satu kau. kata pasangan sejati kan? nah, berzanji tidak akan tukar henpon lagi ye untuk jangka masa yang lama? Amin.

pesan mak, jangan ikut kehendak diri sendiri sahaja. anak makin lama makin membesar, keperluan anak lagi penting dari keperluan kita. ye betul tu mak, terima kasih mak kerana mengingatkan :)

dan mungkin terpaksa hold dulu barang-barang rumah disebabkan terlebih spent on iPhone yang tak perlu itu kan? takpe lah. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. henpon lagi penting dari barang rumah kan? HAHA.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio