Tuesday, May 22, 2012

.stretch mark.

wah, tengok tajuk pun dah meremang bulu tengkuk ken? haha. bagi ibu-ibu mengandung khususnya tajuk ini amat menggetarkan jiwa. haha. ke aku yang hover ni? sebab aku memang tak suka stretch mark ni tau. awal-awal mengandung lagi dah beli awal-awal Bio Oil sebab orang pesan letak awal-awal di perut supaya stretch mark tak sempat keluar. Alhamdulillah perut aku memang tak ada stretch mark pun, lepas deliver pun still tak keluar gatal-gatal yang akan menyebabkan keluarnya stretch mark itu. tetapi malangnya, dia keluar di peha dengan banyaknya T_T 

mula-mula peha aku macam gatal-gatal so aku pun sedap je garu. tiap-tiap malam nak tidur mesti gatal gila. aku ingat macam penyakit gegata tu, tapi dia kecik-kecik je. dan aku fikir mungkin sebab cadar dah kotor ke hape kan sebab aku memang tidur pakai boxer je masa mengandung sebab panas gila kan (banyaknya sebab?). tetapi meleset juga tekaan hamba. incik somi pula marah tiap kali aku garu beria-ia, dah gatal gila. tak tahan acik. dia ada cakap, itulah stretch mark nak keluar tapi aku tak percaya. haha. sebab aku ingat dia akan keluar kat perut je? heh. dan last choice aku pun pergi jumpa doctor sebab dah tak tahan, doctor kata mungkin alahan semasa mengandung. dia bagi ubat Elomet tak silap aku. tak berapa nak berkesan la penangan ubat tu. last-last dia keluar macam urat-urat merah yang huduh T_T *sedih tengok peha sendiri. belakang betis pun dah keluar sikit-sikit sampai adik aku tegur kenapa dengan betis kau kak? ye, saya memang duduk rumah pakai short je. mak aku kata dah macam cina dah aku ni mengandung pakai seluar pendek, perut buncit. hihi ;p

dan lepas deliver, aku ingat makin kurang. tetapi makin gatal. tak tau pasai pa tah? terus aku google macam mana nak hilangkan stretch mark. rata-rata kata tak boleh hilang. betul ke? T_T tapi orang kata pakai cocoa butter. ada je lagi Bio Oil tapi aku nak juga beli cocoa butter. so aku suruh incik somi beli. setakat ni, aku ada Bio Oil, Virgin Coconut Oil Tanamera dan cocoa butter dari Palmer. tapi kadang-kadang aku garu juga T_T
but haritu kawan aku cakap stretch mark ni akan hilang juga, but selepas 12bulan after deliver. meaning setahun juga la nak tunggu dia hilang? haha. but aku gigih juga la bubuh cocoa butter setiap masa lagi-lagi bila datang gatal dia. bersabarlah dengan dugaan ini. kadang-kadang cakap dengan incik somi,
sayang honey lagi tak even peha honey dah buruk? :p 

kita cantik, jaga badan semua untuk suami kan? tapi kalau aku lebih kepada kepuasan diri sendiri. sebab aku seorang yang cerewet yang amat! hewhew. maka aku sarankan kepada ibu-ibu mengandung, letaklah minyak disetiap pelusuk tubuh anda supaya dapat menghalang stretch mark dari keluar dan hinggap ke tubuh anda. pesanan ikhlas dari saya. sekian terima kasih.

p/s: rindu nak mengandung lagi, akan tetapi saya mengamalkan konsep pantang 100 hari. heh :')

2 comments:

Hunny Kitty said...

sana la gatal2 halus2 naik kat peha ngan pinggang je..siap kadang2 diam2 garu pakai pembaris!! hahahah..kalao nampak dek hubby..dia penampa tangan skali..lepas tu buat dekk lepas tu buat balik... :P

Tom Watson said...

sebab aku memang tak suka stretch mark ni tau. awal-awal mengandung lagi dah beli awal-awal Bio Oil sebab orang pesan letak awal-awal di perut supaya stretch mark tak sempat keluar. http://beststretchmarkcreamhelp.com/revitol-stretch-mark-cream-reviews

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio