Tuesday, May 8, 2012

.pengalaman melahirkan.

Setelah sekian lama menunggu kelahiran anak tercinta dengan sabar, tanggal 2 mei air ketuban meleleh sedikit demi sedikit mulai jam 5 pagi. Aku kejut incik suami..suruh tanya mak betul ke ini air ketuban? Tapi mengikut pengalaman kedua-dua mak aku air ketuban pecah sekaligus. Dan aku tak rasa sakit langsung. So rileks dulu kat rumah basuh kain baju dan siap sidai semua then baru pergi klinik. Bila cek, doctor kata betul itu air ketuban tapi takde bukaan lagi. Okay mari kita pulang. Ingat nak pergi tinted kereta, tetiba aku rasa sakit dan mungkin itu dinamakan contraction. Ikut kiraan lebih kurang setengah jam sekali dia datang. Oh sebelum tu aku dah minum air selusuh *konon nak bagi lekas bersalin. Dan aku sempat makan ciken foldover sedikit then dah tak lalu nak makan sebab sakit. Balik rumah in law sakit dah jadi 20minit sekali. Then mil kata jom pergi hospital terus. Sampai hospital sakit dah jadi 10minit sekali. Masa tu dalam jam 1pm mungkin. Tunggu di luar dalam sejam baru dapat masuk dalam Dewan Bersalin. Cek bukaan dah buka 3cm. Aku disuruh salin kain batik. Maka menunggu la bukaan sehingga 10cm dengan penuh dugaan.

Sakitnya Allah sahaja yang tahu T_T sakit kena seluk lagi. Menggigil gigil kaki aku tahan sakit. Darah meleleh tok sah cerita. Aku sakit menggila tapi bukaan sangat lambat. Nurse kata mungkin tak serasi dengan air selusuh yang di minum terlalu awal. Jam 12.30am aku disorong masuk ke Labor Room. Masa tu bukaan baru 5cm. Nampak muka incik suami terus menangis sebab tahan sakit yang menggila. Mak aku masih menunggu di luar. Kesian mak. Jam 3.30am nurse masukkan ubat bagi contraction kuat semoga supaya bukaan cepat dengan doa. Tapi tidak pada aku. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata sakitnya Ya Allah. Berkali-kali aku merayu nak czer tapi tak dilayan sebab bukaan dah 7cm. Incik suami memandang dengan hati sayu setiap kali aku merintih kesakitan. Zikir Nabi Yunus tak lekang di mulut sambil mengingati dosa. Jam 5am mak pulang sebab dah lama sangat duduk dan tak ada orang sangat di luar yang menunggu. Dan aku suruh mak bawa kipas bila datang hospital balik tapi ayah terus hantar kipas selang beberapa minit. Terima kasih ayah. Jasa kalian akan kak long ingat sampai mati. Jam 5.30am aku dah tak tahan aku minta suami buat solat hajat minta dipermudahkan. Aku call mak menangis-nangis sebab sakit sangat-sangat dan minta dia mendoakan aku. Aku call cik bella juga minta doakan aku. Dugaan yang Allah beri sangat hebat untuk melahirkan anak sulungku ini. Aku menunggu dengan sabar jam 7am untuk mendapat keputusan czer atau normal. Pagi tu doctor cek bukaan sudah 8cm dan aku tidak boleh di czer dan perlu menunggu bukaan sehingga 10cm juga. Tapi dalam jam 8.30am aku dah rasa macam nak berak sangat-sangat dan nurse cek bukaan dan suruh aku try push. Aku tak tahu bila dan banyak mana kepala baby dah keluar tapi mengikut kata incik suami sikit lagi tapi kepala baby masuk balik sebab aku tarik nafas dan tak meneran dengan sepenuh hati. Jantung baby pun dah lemah so mereka decide nak bantu dengan bantuan vacum. Dan akhirnya kepala baby dapat juga dikeluarkan. Aku menarik nafas lega sebentar dan sekali lagi meneran untuk mengeluarkan semuanya. Saat melihat anak itu selamat dilahirkan aku mengalirkan air mata terharu dan sebak. Baby diletakkan di bahu aku sebentar dan aku terasa kehangatan tubuhnya sebelum dia dibawa keluar untuk dibersihkan.

Tiba masa untuk menjahit, sekali lagi menduga kekuatan fizikal aku untuk menahannya. Sampai kering tekak aku menyedut mesin oksigen yang konon-konon boleh mengurangkan sakit itu. Bila dah siap jahit dan aku sudah dibersihkan, nurse datang bawa baby untuk aku susukan. Bahagia sungguh saat itu. Tapi aku pelik, mana incik suami ni? Rupanya dia balik mandi sebab masa proses menjahit dia memang tak boleh masuk untuk tengok. Ramai sangat yang aku jumpa sepanjang lebih 24jam aku berada di hospital. Tapi team deliver aku is the best termasuk Dr. Bija (apa tah nama penuh dia) aku tak henti-henti mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka dengan senyuman. Pengalam pahit bertukar menjadi pengalaman manis dalam sekelip mata setiap kali melihat anak sendiri di depan mata. Terima kasih Ya Allah di atas anugerah yang telah Engkau berikan kepada kami :')

Published with Blogger-droid v2.0.4

8 comments:

farahani said...

kak Zyra,bergenang air mata hani baca post ni ): apapun congrats baby omel sgt!hee

NABIHA MOHD MASHUT said...

Sebab tulah orang ckap, melahirkan ni suatu jihad. Sakitnya adalah tahap tertinggi. Antara hidup dan mati. Tapi, Lepas bersalin, Allah akan lupakan kesakitan tu.

Congrats zira.. :)

Ummiamsyar said...

Nikmat jihad.terhapus segala dosa.tapi yg pakai epidural mcm mane?. :) apapun u strong zira. akak pun tak larat time awal2 dlu. mintak epidural gak time dh 6cm.tu yg bila dh 10cm tak larat nk teran. last2 czer..

MaMa sYahMi said...

pengalaman yg hampir serupa...sakit yg teramat sgt..bila pikir sakit tuh rasa mcm ada dosa besar kat suami n mak abah plak..tpi b4 bersalin dah mintak mahap awal2 kat seme..huhu..sy terpaksa emergency czer sebab baby dah lemas.. even dah bukak 10cm...alhamdulillah awak n baby selamat..selamat berpantang..comel baby !!!!

MyeAqma said...

sebaknya baca... huhu suspen juga bace bila fikir turn mai nnti.. apa2 pun tahniah dah selamat melahirkan.. gembirakan bila tengok baby sendiri selamat and sihat je.. huhuhu tak sabar! :)

zeera said...

Alhamdulillah terima kasih atas komen anda semua. memang sebak dan mengharukan bila teringat saat-saat cemas ketika melahirkan itu.

Kak June: zyra tak ambil epidural pun. huhu

armouris said...

terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

Hunny Kitty said...

nak nanges baca....

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio