Thursday, April 26, 2012

.J Card Day.

semalam aku cuti. yeay! memang dah plan nak pergi J Card Day kat Mid Valley, niat hati nak cari stroller baby *pengganti kereta merah baba. orang kaya tu pun nak beli iPod ken. hewhew. maka bertiga lah kami pergi. nasib baik pergi awal, sebab mula-mula aku ingat nak halfday je.
sekali orang punya ramai dan parking penuh!


sisters <3

dulu kecik-kecik aku selalu buli dia. haha. pastu bila tah dia dah pandai melawan :p dah lama kita tak keluar shopping sesama kan? tapi semalam bila tengok baju-baju kenapa macam takde nafsu macam dedulu? tapi ada selai aku berkenan untuk maternity wear ni, but dedua orang penasihat ni cakap nak buat hape nak beli? tapi cantik dan comel serta matching dengan tudung yang aku ada tapi jarang pakai. hewhew. but then lupa nak beli sebab aku duk pilih underwear lama sangat sampai incik somi peluh-peluh nunggu plus dia sibuk dah cepat bayar.
-____________-"

dia kata ladies department ni panas. aku suka beli underwear time J Card Day :') memang beli underwear je haritu laki bini. untuk baby beli payung kelambu plus puting Avent. baby belum lahir dah beli puting, layan je la baba kau ni baby ek? heh. oh cakap pasal baba, aku suruh la dia beli jeans dah alang-alang shopping ni kan. dia pergi kerja kan casual dan hanya pakai jeans kecuali ada something yang kena pakai smart, so senang sikit if banyak jeans kan. dan dah alang-alang time sales. pastu cerewet nak Lee je, dah nampak Lee kat dalam tu tak nak beli juga sebab bila potong tak boleh keep ori. gedik tak asben ai? yih, geram kuasa sepuluh. *aku lupa nak jawab beli je nanti potong kat Kajang yang boleh keep ori tu ha. pastu jalan-jalan lagi singgah kat tempat kasut/selipar. nampak selipar Bonia cantik. seb baik dia kenan terus beli. yes, aku suka tengok orang shopping. hee.


rehat kejap, main tangkap-tangkap gambar masuk Instagram :)


ini masa di Manjaku, dekat JJ ada brand Graco sahaja. aim memang nak beli Esprit sebab dah beli awal-awal car seat Esprit. masa aku pergi sales dah takde. so sad, but dah alang-alang pergi maka beli je terus. yang bestnya, dia ada warranty life time. kalau rosak, koyak, bengkok and what so ever kau boleh minta ganti. within 6 bulan warranty di kedai, dan the rest boleh minta terus dari kilang. wah gitu. dah beli baru tahu. 


cubaan untuk sorok perut. *tidak berjaya -_____-"


iPod. alasan orang kaya beli iPod sebab? nak tangkap gambar plus dengar lagu. boleh? 


orang kaya belek iPod dia. reti guna kew? hewhewhew.

lepas beli stroller, lepak mapley dan berehat sebentar bersama kit kat.


tu dia, habis duit dekat seribu kot? haih la duit, serupa air mengalir :/

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 comments:

MaMa sYahMi said...

seronok tgk mummy to be ni wat entri..hye.salam blogger dari saya...perut comel jer..baby gurl ea.?

zeera said...

salam perkenalan..baby boy la. kenapa cakap baby girl? hehe

MaMa sYahMi said...

boy ker...takde la..nmpk bulat perot tuh..org kata klu perot bulat jer baby gurl..huhuhu...anyway dah selamat dah ea awak bersalin..welcome home baby boy..!!! :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio