Tuesday, July 27, 2010

.spaghetti carbonara.

macam sedap je kan? sebenarnya teringin sangat masak spaghetti carbonara ni. memang boleh je beli di gerai pasta tu. tapi nak masak sendiri juga, baru puas makan. meleleh dah air liur ni, sebab puasa kan. so macam-macam benda rasa nak makan. haih. tadi tengok orang post makan sushi. oh, sedap oh. sangat berabad dah tak makan! NAK please. saya memang suka makan. :)

oh ya, macam senang je nak masak bila tengok resepi ini. tapi, sedikit rumit berbanding spaghetti yang selalu saya masak. teehee.

Bahan:
Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)

Bahan optional:
Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong-potong)
Mozarella cheese (jika ada)

Cara:
1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan.
2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.
3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.
4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.
5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.
6- Siap. Hidang dgn spaghetti.
7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.
8- Makan dan Enjoy!

jom cuba? saya pasti cuba secepat mungkin! nanti saya akan update later. :D

6 comments:

Aida Hartini Mohd Tajuddin said...

nanti pos kat sini!
lapaqq puasa jugak ni

Ali Imran Sarmin said...

huhuhu... best nyer..
bile nk masak utk saya?

zeera said...

hari sabtu! :)

s.h.a.z.a said...

wah3! best toi..wat ak terliur2 d cni..h0hoh0..x sempat ak mau mencoba nye b4 blk ari tuh..

zeera said...

hee. sy nak cuba buat hari sabtu ini! yeay. :)

s.h.a.z.a said...

pos cni... >.<

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio