Friday, November 12, 2010

.malam menunggu.

keadaan malam yang hening, sejuk sebab baru lepas hujan kot. tak silap aku la kan. hehe. mari layan pictures. :)

pandai baca tak? ;p (panggung seni)

encik hise, sibuk calling-calling.
"awat bus dok sampai-sampai lagi ni kan?"

kak hawa pun sibuk gak calling-calling. hehe. semua kalut gila bus tak sampai-sampai dan lagi kalut bila tahu bus kami diambil orang. last minute gila cari bus. siapa yang tak kalut dan panik kan? semua dah semangat berkobar-kobar nak pergi langkawee. sesi menghabiskan duit. siapa tak suka memang katak bawah tempurung. HAHA.

gossip mak-mak. AMPUN BUK. teehee.
iffat comel gila kau; macam anak orang korea. sebab mak ayah putih macam cina tapi anak korea, okay la tuh kan? heheh. :D

kak lina, ada orang doh dalam perut dia. aku bila lagi? hurm, sabar okay. :)

Thursday, November 11, 2010

.langkawee lagi.

update pasal sanggar kerja di langkawee~ :)

seminggu sebelum nak pergi, kecoh gila pejabat. sebab apa? sebab banjir! jalan tutup and so on. dan malam nak pergi lagi kecoh sebab bus ukm yang ditunggu tak kunjung tiba. kenapa? sebab tadika ukm pun pergi langkawee juga. nak di pendekkan cerita, mereka curi bus kami. dan pemandu bus tu tak take note siapa yang patut mereka ambil. haih. then contact bus kiffah, pemandu pula tak ada. bincang-bincang selaga dapat bus dan pemandu dan akan datang dalam masa sejam. tapi memang lama gila tunggu kat panggung seni tu. semuanya penuh dugaan. dan kami selamat sampai di jeti kuala perlis lebih kurang 8 pagi. hujan turun pada pagi jumaat yang hening itu. tapi hujan tidak sampai ke petang, maka kami bersukaneka pada petang yang kini sudah terang. :) sumpah seronok bersukaneka. mari lihat keseronokan kami.

baru sampai pantai chenang :)

tekun mendengar arahan la konon. siapa tah yang caputured? hehe.

acara utama, bina istana pasir! jom main pasir.

ha tengok, semangat kan aku? HAHA.

ini kumpulan saya!

lagi sekali, senyum. :)

judger's dari Holand! hehe.

ini kumpulan yang menang. benci aku. haha. tapi memang cantik la kan kan?

tengok orang main isi air dalam botol. nak tengok jugak? meh tengok bawah ni.

ha, meriah kan. jauh betul nak ambil airnya. picture yang mereka kecoh-kecoh nak isi-isi air dalam botol tu malas nak upload. boleh? hee.

eh, im menang apa ni?

ni ha, makan biskut gantung. dapat nombor tiga. :D

bersungguh-sungguh mereka kan? acara untuk pasangan kakitangan sahaja. para suami la kiranya.

main baling-baling belon.

aku awal-awal dah kalah. HAHA.

yeay, SERONOK gila. ini tak semua yang hadir. bos saya pun tak sampai ke pantai chenang, sebab dia call semua tak angkat. hp semua dalam bag. haha. ini baru sikit. penat pilih picture doh. banyak sangat. yang lain hari saya update bila ada kesempatan okay. :) hingga berjumpa lagi! tunggu~

Tuesday, November 9, 2010

.sedih.

saya sedih.
saya selalu makan hati.
tapi saya tak suka makan hati.
saya geram la.
sampai bila nak sabar?
dan bila nak pindah ni?
sumpah dah tak tahan.
makin lama makin teruk.
TOLONG,
saya dah tak tahan!

p/s: coklat pun dah tak dapat menggembirakan saya buat masa ini. dan saya benci kamu coklat!

Monday, November 1, 2010

.merah oh si merah.

awak suka merah.
awak sayangkan si merah.
semua yang awak nak, mesti awak pandang warna merah dahulu.
oleh kerana awak suka merah, saya turut kena tempiasnya.
lalu saya pun suka kepada warna merah juga.

sebab apa?
sebab cinta.
hati juga warna merah kan?
dan love is cinta.
love, awak tahu bentuk love tak?
kan love selalunya warna merah kan?

tapi bila si merah datang dekat saya,
awak kadang-kadang faham,
dan kadang-kadang tak faham.
haih.

bila si merah nak dekat-dekat datang,
mood saya horrible gila.
so sabar la sikit.
cuba layan je.
sbb saya ni tak reti sabar.
awak pun tahu kan?
hurm.
itu sahaja pesanan saya.
sekian.

salam sayang,
honey :)

Friday, October 29, 2010

.hidup ini.

hish, super dupper tension.
haih.

sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
kadang-kadang aku fikir bila berdua pun dah kacau-bilau.
bila ada anak nanti bagaimana?
but at least mungkin aku tak la setertekan ini.
sebab ada anak kan.
and at least boleh sejukkan hati.

aku ni hidup menumpang.
mengikut suami pula tu.
haih again.

cepat la pergi 'unstable emotion'.
sedih, sungguh sedih.
dan perut yang lapar membuatkan aku pening kepala.
hidup tak selalunya indah bukan?
 
Blog Template by Delicious Design Studio