Wednesday, May 11, 2016

26th weeks of number 3 :')

Assalamualaikum *sambil sendawa angin* Aaris kalau dengar aku sendawa angin ni mesti laju-laju dia tolong cakap Alhamdulillah (walaupun sedikit pelat). tapi bila dia sendawa kekenyangan tak pulak pandai cakap sendiri. hesh budak ni. selalu bikin mama geram marah dan geli hati tengok perangai awak ni >.<

tadi mama pergi check up adik baby. Ya Allah dari malam tadi active bebenor dah kenapa? senak perut aku asik menyepak je kerjanya. memandangkan jantina tidaklah nampak lagi maka kadang-kadang hati kecil ini bertanya adakah baby ini lelaki? walaupun sememangnya mama memang mengharapkan kali ini adalah baby girl :') yelah, dah ada dua lelaki kan so mestilah mengharapkan perempuan pula. since dah 4 kali (termasuk tadi) tak juga ketahuan jantinanya dan selalu rasa sedikit tertekan bila orang tanya dah reveal gender kah? mama pun rasa macam nak buat details scan untuk tahu gendernya. tapiiiii, maktok kata tak payah la. seperais sikit kononnya. maka sampai ke sudah mood membeli baju dan peralatan lain belum mari kata orang. hahah. tapi, doctor selalu kata "macam girl ma, tapi mama jangan berharap ya. dia kepit ni nampak (sambil tunjuk ke mesin scan) sopan anak mama ni" doctor menyambung. okay foine baby, taknak tunjuk dop pe lah asalkan mama tahu awak sihat dan cukup sifatnya. syukur Alhamdulillah. plus doctor kata kepala baby dah kat bawah. tiba-tiba mama rasa macam sayu, sebak dan hampir menangis waktu scan. cepatnya masa berlalu, cepatnya anak mama dah besar dalam perut mama :'(


ini gambar last week masa birthday abam Aaris. abam sayang benor dengan adik baby nyaa. dengan adik Ayed asiklaaaa nak bergaduh, berebut. orang kata jangan kacau adik pun dia still kacau dalam diam. eh pening kepala mama tau? 


ini baru sekejapan tadi. sambil menulis pun baby asik nendang nendang. yelah, kepala dah dibawah kan, apa lagi kasi side kick, front kick bagai la. adoilah. muka setiap kali pregnant memang kusam. kali ini ditambah pula dengan jerawat yang selalu datang tanpa diundang. hoih seteghess.

ok daaa. sampai ketemu bila mama ghajin untuk menulis semula. haha.

1 comments:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio