Monday, June 13, 2011

.keluh kesah.


bohonglah jika aku kata tidak ada perasaan cemburu di hati ini.

namun, hanya pada Mu tempat ku berserah dan mengadu segala.

semoga akan ada rezeki untukku di sekian kali. dan aku bermohon supaya sentiasa dimurahkan rezeki. terima kasih juga buat orang-orang yang sentiasa mendoakan aku.

Friday, June 10, 2011

.sayangku lari rumah lagi.

sayang saya lari rumah lagi?
SUMPAH SEDIH.
sedih sebab tak jumpa lagi seekor. :'(

dulu pernah jadi sekali. tapi saya bernasib baik sebab jumpa balik semua. alhamdulillah.

tapi semalam sliding door rumah lupa nak tutup *incik suami la ni yang suka open sliding door rumah. saya lupa nak tutup sebab duduk dalam separa gelap dan langsir bertutup rapat. dan semalam saya sakit perut lalu terus masuk tidur. mungkin kah saya bernasib baik lagi kali ini? oh, please bagi saya jumpa balik. tapi pelik, dah dua kali mereka ni je yang keluar bersiar-siar. sekor lagi (si gemuk) takde nafsu pun nak ikut sekali. haha. bagus cik mok. duk rumah diam-diam tau. si garang ni tah mana? show yourself please. haih.

dulu si garang ni nyorok bawah kerusi depan tv. la ni tak tahu nyorok mana. lagi bertambah risau bila sliding door tak tutup malam tadi. :S si kelabu pula dulu nyorok belakang coffee table dalam bilik. cik bella jumpa dia. dia lari-lari belakang coffee table tu. ni tadi aku jumpa si kelabu lari-lari kat dapur so aku pun main kejar-kejar dengan dia before g kerja. tolong jangan nyorok lama-lama ek si garang. balik cepat! :(

ini cik kelabu. dia comel sangat compared to dua lagi. heh. dia suka tido kat bulat tu. kadang-kadang tido terbalik bagai. kelakar betul.


tu si garang tu. yang belakang. yang depan tu si gemuk. si garang tu tiap kali orang bagi makan aku dah belah dari depan sangkar tu baru dia keluar dari dalam rumah. dia asik duduk dalam rumah je tau.

doakan sayang saya pulang ke sangkar dengan selamat ek? :(

Wednesday, June 8, 2011

.domokun.


ya, saya sedang gila dengan mendalah ni. hari tu saya kenen-kenen dengan cik bella nak sarung hp domokun, tapi cik shidot yang sudi belikan saya domokun ini. terima kasih cik shidot ku sayang. :)

tapi ekseli, aku tak tahu pun dari mana datang si domokun ni? ada sapa-sapa nak tolong cerita dekat saya? ala-ala bedtime stories gitu. sebab saya cuma membaca bila perlu sahaja. saya lebih suka orang bercerita dengan saya. sebab saya suka bercerita juga. maka tu pasal la kadang-kadang badan binasa kerana mulut. kann?

hai, nama saya domokun. :)

jom kita kejar kucing ni? gigi kami tajam! :D


oh heaven kalau dapat memasak di dapur dengan domokun yang comel ini. sekarang saya cuma guna selipar hotel yang di rembat dan bawa pulang ke rumah sahaja. -.-

kuku domokun. tapi tak berminat pun nak buat. hoho.

NAK PLEASE! mana nak dapat tah?

okay, ini sumpah jeles. nak juga. sebab domokun pink. iPhone tu tak nak pung. *eksen :p


p/s: gambar cik shidot belikan saya punya cover henpon tu nanti-nanti update. sebab pc kat opis macam sengal. dah format pun lagi macam harem. nyampah.

.stress & makan.

perasaan tidak senang ini sangat senang hinggap kat perasaan aku ni tau. benci la. haish.

dengan tiba-tiba je aku boleh jadi diam sebab bengang (plus muka mencuka). bila diam means aku berfikir dan merungut-rungut dalam hati. aku sorang je tahu apa yang aku rasa. malas nak heboh-heboh kat orang. bukan orang faham pun kan? kalau faham pun nanti g heboh kat orang lain. dalam erti kata lain suka menyampai. kalau sampaikan benda betul takpe. ini nanti orang tu pula yang tak pasal-pasal benci aku sebab mulut longkang kau. lantak la nak benci pun. ada aku kesah? (pesen jambu) serik dengan orang begini. bersepah kan? grr.

bila aku stress, mula la nak membeli-belah. -.-

tapi aku nak merungut pasal orang yang suka membazir. dia tak pernah keluar duit dia. manja. apa nak semua dapat. so kalau kikis duit orang lain pun tak rasa bersalah. kalau pasal makan minta itu ini tapi makan sampai habis aku tak kisah lagi. ini jenis makan dua tiga suap then taknak terus buang. macam mana nak sound? atau dalam bahasa baik "tegur". kau bukan budak umur 7, 8 tahun nak marah-marah. tak boleh fikir ke? hish. GERAM!

Tuesday, June 7, 2011

.short update.

fuh, fuh FUHH!

eh, eh ini bukan segmen fuhh! bersama awal scha tu ek. segmen tu tunggu malam ni jam 11.00pm. ini segmen belogbarubahagia yang dah bersawang-sawang tak berupdate. hee. sebenarnya banyak gila benda yang tertangguh. semoga Allah kuatkan semangatku untuk buat benda yang lagi berfaedah dari tidur. hihi.

semalam berjaya habiskan segmen melipat kain baju yang dua minggu lepas punya. ahad lepas punya baju masih ada sikit lagi, tak sempat (eh tak sempat ke?) sebab encik asben da masuk tidur. ai tergugat. nak tidur gak. HAHA. isteri kan kena saing tidur dengan suami. kan? ngee.

last weekend kami busy gila dengan wedding, engagement dan cukur jambul dsb. dengan encik asben kerja malam petang pagi silih berganti. maka terpaksa ketatkan jadual. aku ni jenis kena tunggu suami baru boleh nak kemana-mana. ikut jejak langkah bonda tercinta :')

semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali, insyaAllah.

short update dari saya. sampai jumpa lagi!
 
Blog Template by Delicious Design Studio