Monday, December 20, 2010

.kepura-puraan.

hari ini terlebih rajin mengupdate belog.

ada tak orang yang tak rasa marah/geram dalam sehari?
saya tidak, hari-hari pasti ada orang yang akan buat saya marah/geram.
grr.

SAYA TAK SUKA ORANG PURA-PURA BAIK DENGAN SAYA.
di ulangi, PURA-PURA.

orang-orang yang macam ini, please go away. saya tak kisah tak ramai kawan dari ada kawan yang hipokrit macam kau atau kau. haih. malas ambil tahu hal kalian lagi. biar aku dengan hidup aku. tapi selalunya bila kau cakap baik-baik dengan aku, aku jadi lembut hati dan tak sampai hati. haih. itu kelemahan aku. sekian.

.gila bergambar.

pagi-pagi lagi saya telah di paksa-rela untuk bangun dan "berpotongshoot". al-maklumlah semangat masih menebal di dada, maka rajin la kan untuk snap-snap.

lokasi pertama: taman tasik cempaka.

find me. HAHA.

menguap, mengantuk betul doh -.-

eh, dia ke? ;p

senyum :)

model kereta. hot tak? HAHA.

lokasi kedua: pullman putrajaya - bersama adik-adik tersayang.

sumpah cantik! :D

mereka adik-adik saya.

sesi pertapaan. kreatif kan kami dan cameraman? amatur je pun. kamera pun kecik je. edit color je ni. kamera cikai kan, maka kena la edit supaya nampak lagi cantik. yang penting kerjasama! :)

ilovethisone, damnmuch!

pelakon terhebat!

<3

:)

pantai buatan manusia.

jambatan putrajaya.

hari kedua: ahad - putrajaya again.



then ke dengkil - kenduri rumah pengantin.

bersama-sama kawan dan si dia. :)

the bride and the groom.

malam: putajaya lagi. nak tengok narnia!

kita makan dulu! tapi tak sedap pun -.-

comel kan? patung tu la. ;p

banyak lagi, tapi letih dah nak upload. hihi. seronok sangat. dan hadiah anniversary untuk si dia dah beli (saya punya syer sikit je). hadiah saya postpone bulan depan, sebab bulan ni nak kesana-kemari. semua perlukan duit. takpe, saya cuba untuk sabar. senyum. :))

.aku bersyukur.

aku bersyukur atas segala rahmatMu, thank you Allah.

kita tidak pernah lepas dari rasa iri hati terhadap orang lain kan? aku juga begitu. tapi cepat-cepat muhasabah diri sendiri, bersyukur dengan apa yang ada.

  • aku bersyukur kerana telah berkahwin; dengan orang yang aku cinta dan menghindari maksiat.
  • aku bersyukur kerana mempunyai kenderaan untuk memudahkan perjalananku dan suami.
  • aku bersyukur kerana tidak lama lagi aku akan mendiami rumah sendiri, akan ku tunggu dengan penuh sabar.
  • aku bersyukur kerana telah mempunyai kerja tetap dan masih berusaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
  • aku bersyukur kerana kami masih lagi dalam tahap selesa dalam hidup ini serta masih mampu mengecap apa yang diingini.
  • aku bersyukur kerana mempunyai suami yang memahami dan mempunyai kesabaran yang tinggi berbanding diri ini.
  • aku juga bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memenuhi kehendak diri sendiri. (bila tah nak puas? setiap kali keluar nak membeli. haha)

Thursday, December 16, 2010

.spicy italian sausage.

saya ni tak lah pakar sangat masak benda ni. tapi bila dah "GILA" pasta tuh, terasa nak masak and makan puas-puas sampai perut buncit kan. maka, hari ini resepi saya adalah spicy italian sausage. first try ni, ilham dari gerai The Grato, seksyen 3 tambahan. tengok je dia masak, so agak-agak dan try kat rumah. ingat nak masak spaghetti goreng je. tapi encik suami suruh masak cenggini. hee.

goreng juga la ni kan? senang je nak masak ni.

kita hanya perlukan:

1 bungkus spaghetti/fettuccine
1 tin cendawan butang
1/2 biji tomato
1 bungkus sausage ayam/daging
beberapa ulas bawang putih yang telah dikisar
cili padi - ikut nak pedas kuasa apa ya puan-puan ;)
sedikit minyak masak/minyak zaiton (lagi sedap guna minyak zaiton)
lada benggala - hiris (tiada dalam gambar) *optional

cara menyediakan:
  1. rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan.
  2. goreng hirisan sausage sehingga garing. kemudian toskan.
  3. selepas itu, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili api (dikisar). goreng sehingga sebati. masukkan garam secubit rasa dan tambah sedikit air (jika perlu).
  4. masukkan cendawan butang yang telah dihiris, tomato, sausage dan lada benggala. selepas beberapa minit masukkan spaghetti yang telah direbus tadi. kacau sehingga sebati.
  5. akhirnya, siap untuk dimakan.
boleh juga sausage digantikan dengan ayam atau udang. ikut kesukaan masing-masing. selamat mencuba. tapi abg The Grato masak lagi sedap la. gian oh. ;)

Wednesday, December 15, 2010

.tak puas hati.

tak puas hati.

SEBAB?

terdelete post sendiri. haih. semalam puas try banyak kali untuk kecilkan tulisan macam sebelum-sebelum ini. dan setiap kali tekan publish, keluar berkali-kali entry yang sama. grr. tapi akhirnya pasrah. then pagi ini ingin mengemaskini segala deraf yang ada, but terdelete post yang semalam itu? adoi. T_T

sekarang sweet sudah jadi betul-betul sour. sedih. tapi tak boleh nak buat apa-apa. dan rasa tak puas hati. tapi macam mana nak puaskan hati ku ini?

 
Blog Template by Delicious Design Studio