Monday, January 10, 2011

.AJL 25.

omg, lama gila tak update belog kan? busy gila la ni, kalah PM. haha. banyak benda nak cerita benda yang tertangguh. tapi nak cerita pasal AJL semalam. korang suka tak ana rafali menang? grr. aku tak sukaaa! even ada orang cakap AJL based on lagu, bukan suara kan. suara dia satu hal, nyanyi over gila. annoying la. bila dia diumumkan sebagai pemenang, aku macam blur. diam je. lepas dia berucap baru macam, hah? adoi. but faizal tahir memang layak untuk menang best performance. kagum gila sekali lagi. tiba-tiba minat FT! minat sikit sebenarnya dari dulu, tapi ter"influence" dari encik suami yang tak suka si FT ni dan aku pun turut sama tak berapa suka. hihi. tapi lagu FT semua suka nak nyanyi, apa kes tah? heh. dan semua pasti nak tengok artis-artis atau bukan artis bergaya sakan di red carpet kan? maka aku nak sharing gambar dari belog redmummy. hihi.

comel gila mia sara ni kan? grr. nanti kalau ada rezeki pregnant, aku nak print out picture dia ni dan tengok hari-hari setiap masa supaya anak aku comel macam dia. hee. :D

sumpah comel, macam hot mummy.

super duper cute!

ini memang cantik gila! i adore her. time ni je lah. outfit yang sangat-sangat cantik dan sesuai. everything is PERFECT! i loike.

baju dia cantik kan?

ini juga adorable. saya suka zahiril adzim!

ini juga comel. menawan hati. heheh.

semua ni dari collection people yang aku suka tentang baju mereka. so yang lain-lain tu boleh tengok di belog gossip artis. hehe. tapi persoalan di hati sekarang, korang suka tak ana rafali tu menang? grr. *tak puas hati*

5 comments:

shidot said...

sapakah zahiril adzim??

♥ FeRra ♥ said...

np pic ku xd ??
ehh. lupe pulakkk!!! ku bkn artsssss! adoyai!! ^__^

MyeAqma said...

zeera, yg baju putih tu irma hasmi ke?
lain betul muka dia..
cantik giler!

anamizu said...

zahiril adzim yg enterframe dgn ana raffali tu! hihi
yg belakon dlm cite MERAH PUTIH tu..hihi

latest entry : SEGMEN AKU & DRAMA KOREA

zeera said...

dot: anamizu dah jawab dah. hehe.

ferra: GEDIK ye? hahah.

mye: yup. yang perfect dan cantik manis itu adalah irma hasmi. cantik kannn? :))

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio