Wednesday, June 30, 2010

semalam saya puasa. -__-

berbuka dengan mee rebus, abah masak. tapi takde picture. sebab dah lembik sangat. hehe.

lepas berbuka, solat, mandi then lapar balik. maka encik suami mahu masakkan burger ayam untuk saya. double cheese okay! tapi sayur semua takde. bedal je lah. :)

hari ini puasa lagi. kuatkan semangat. lagi lima hari? hurm. :(

dan hari ini teringin nak berbuka ini;

dan ini;

boleh? :)

dan lain-lain seperti mushroom soup. haih. sedap!

.suka hati.

kenapa suka hati? sebab since dapat gaji, asyik berjalan. bila berjalan HARUS lah keluar duit. keluar duit untuk apa? untuk shopping lah. haih. tapi takpe, sebab kita tak menyesal dengan apa yang kita beli. mari ikut saya senyum lebar-lebar. :D

hari pertama;

nak beli wedges itu. tapi bila fikir-fikir mahal and not worth it. mujur bawa bella. kami saling nasihat menasihati. bila dia shopping tanpa saya, dia mesti akan call tanya pasal baju and so on. lagi-lagi bila baju tu cantik dan mahal. heheh. maka, di alamanda hanya dapat rembat dua helai baju nichii. bella? rembat jugak sehelai. on the way pulang, laju-laju text cik kinkin bilang nichii tengah sales babe! :)

(gambar tiada, oh ada baju purple kat jalan TAR - adeq punya. then, baju yang keluar dengan bff hari ahad - cute flowery is mine. lagi satu baju nak pakai masa di indon. ;))

hari kedua;

memang dah lama rancang dengan emak nak pergi jalan TAR, mak ada kable untuk beli tudung ekin dengan murah. kain pun okay. not bad. dan tujuan utama nak beli baju raya. suka sangat pergi jakel. saya suka kain cotton. atau viscose. atau cotton voile. so disini sangat banyak kain begitu. ada yang murah, ada yang mahal. kena pandai pilih. boleh juga dapat diskaun. emak dan bella, serta wawa semua dah beli baju raya. saya je belum. sila kesian. -__- tapi wawa masih dapat sehelai. bella dapat dua helai lagi. emak? tak usah bilang, "niat tak nak beli apa-apa" tapi? dapat 2 helai lagi kalau tak silap? saya? oh, malu nak cerita. HAHA.

ohoh? hehe. yang atas sekali mak belikan masa di surabaya. kainnya, encik suami belikan di langkawi suatu masa dahulu. yang lain beli di jakel. polkadot beli di kamdar.

proses mencari tudung untuk dikenakan dengan baju. so selongkar baju dan cari tudung. hehe. rambang mata kan?

hari ketiga;

ini pun memang dah lama plan. mahu jumpa my darlings. at last, berjumpa juga even hanya kita bertiga. thanks a lots my dior. i LOVE you all. dan thanks fera belanja pizza. lain kali kerja lagi time cuti dan belanja lagi. HAHA. but take care si capik. ;p GURAU je yang! ini pun ada beli "something", nantilah cerita. hee. konon-konon tak mahu beli, tapi banyak dugaan oh. terpaksa beli juga. ceh, terpaksa. tapi, "something" itu tiada gambarnya. huhu.

my truly BFF. :)

thanks adeq jari jurufoto. sayang kau lebih! :D

hari keempat, kelima, keenam, hari untuk bekerja.

hari ketujuh?

FLY AWAY to JAKARTA!

goodbye Malaysia for a while. i'll be back soon. :)

last but not least, balik-balik hari tu ada binatang peliharaan sudah di rumah mil.

selamat datang ke zoo encik sarmin! :D

Tuesday, June 29, 2010

.rasa.

bila mahu hilang rasa sakit hati?
bila mahu hilang rasa benci yang penuh di dada dan membuak-buak?
no, tidak mungkin akan hilang perasaan itu padamu,
sampai kapan pun aku tidak tahu.

sangat sakit bila orang yang kita percaya membunuh rasa kepercayaan itu,
dan aku tidak tahu mengapa aku mempercayainya,
oh Tuhan, kuatkanlah hambamu ini,
teguhkanlah iman di dada,
sesungguhnya, rasa benci itu sudah terlalu dalam,
terlalu parah lukanya,
hingga aku sendiri tidak tahu apa ubatnya.

aku memohon padamu ya Allah,
kuatkanlah aku,
hanya Kau tempat aku mengadu,
amin.

.bubur ayam mcd.

haha. bubur mcd tu selepas pergi klinik malam yang encik imran sakit. semalam, tengah hari, saya cepat-cepat balik dan masakkan bubur untuk si dia. doktor kata dia tak boleh makan nasi lagi. kena makan makanan yang lembut-lembut seperti bubur dan roti. maka, saya yang sayangkan suami masakkan la bubur untuknya. buat sambal ketuk-ketuk. dan bila tanya nak telur tak? dia jawab nak. so inilah menu si orang sakit semalam. :) tambah sedikit kicap.

saya suka makan bubur! :)

Monday, June 28, 2010

.amsyar wafiq.

ini dia si amsyar wafiq yang sangat comel. sila cakap comel okay? hee.

amsyar wafiq. :D

saya suka main hp! :)

amsyar with uncle. ;)

amsyar sangat suka ball/bola. kalau baca paper mesti tengok ruangan sukan. tengak pasal bola dan dia akan khusyuk tengok gambar orang main bola. dan dengan tiba-tiba dia akan cakap "gol, yeah, yes!" haha. sangat comel weh. sumpah! dan bila tengok benda bulat, tak kesah la lampu bulat ke, apa ke, mesti cakap "ball/bola" tak henti-henti. hehe. kalau nampak benda yang berkubah, dia akan cakap "Allah" means masjid la tu. bijak budak ni, cepat tangkap. sekarang dah pandai cakap sikit-sikit. so semua yang dia buat tampak lebih comel. eh, pernah ke amsyar tak nampak comel? hehe. AMSYAR COMEL, sangat! :D

nak aim benda, nak sepak lagi.

baru lepas sepak bola ni.

semalam amsyar datang rumah mak tok, as usual itu adalah rutin setiap minggu. if not, mak tok akan rindu amsyar. then, mak su keluarkan toys nak main dengan amsyar, tapi amsyar sepak-sepak sebab sangat suka main bola. mari kita saksikan keletah amsyar. :)

video

dan akhirnya, amsyar nampak hp aunty, amsyar tekan-tekan then nampak bola bowling (wallpaper hp saya, saya dengan bola bowling) maka dia pun cakap, "bola, bowling". so clever! lagi satu bila amsyar nampak hp yang ada camera, dia akan cakap, "acor" means nama dia la tu. biasanya kami akan panggil nama dia, nak suruh pandang camera nak capture muka dia. pandainya si kecik ni. haih. geram aunty. hehe.

.sian orang itu.

kesian orang itu, siapa dia? ali imran bin sarmin a.k.a suami saya. kenapa kesian? oh, sebab dia demam, plus muntah-muntah, dan berpunca dari cirit-birit. sian dia. semalam aku berjumpa dengan my bff. so, dia balik kerja berehat bersendirian sebentar di kamar. bila aku pulang, sibuk mengadu, isteri tiada bila suami sedang sakit. aloh-aloh, bukan lama pun saya berdating dengan mereka. huhu. mula-mula rasa badan tak la panas pun. lepas mandi je badan dia jadi panas. dan at first, tak nak mandi, tapi bila pujuk-pujuk mandi juga akhirnya. then ajak pergi klinik pun tak nak. at last, tak sampai setengah jam kemudian, dah tak tahan sebab pening sangat, terus kata mahu ke klinik. letak balm pun tak nak. macam mana? haih. sabar saya melayan kerenah si dia. okay, panel klinik encik suami di hospital an-nur. nasib baik, orang tak ramai. tapi bila nak ambil ubat, sangat lama. apa kau buat tah? dan ubatnya sangat banyak. huhu. mula-mula ingat nak masakkan bubur sebab dia tak makan lagi dari pagi. tapi, ingin cepat ke klinik sebab dia dah tak tahan. maka, lepas solat je terus pergi klinik dan singgah beli bubur mc'd dan air 100 plus sebelum balik. sampai rumah, makan bubur, makan ubat, layan kerenah amsyar yang semakin petah berkata-kata sekejap dan masuk tidur. semoga anda sihat hari ini my dear. tak lama dah kita nak fly. :)

.lens free :).

yeay, contact lens free! sudah lama tertunggak. baca dalam belog kak moon suatu masa dahulu. then try jawab. tapi tak la mengharap sangat pun. tiba-tiba encik suami cakap, "ini surat honey, dapat voucher free". then i baca lalu tanya, "eh, tak dapat lens free ke?" encik suami membalas, "tak pun, ini je dia bagi". maka saya pun menjawab, "oh" dengan nada sedih. tiba-tiba rasa macam tak puas hati. tengok balik dalam sampul surat ada sebelah je lens. aik, mana lagi satu? bila tanya encik suami, dia jawab tak tahu. tanya bukak di mana, dia bilang di dalam kereta. so saya pun bergegas ke bawah, ambil kunci kereta lalu keluar rumah sambil mata memamndang ke bawah. dan, "haaa, ni dia!" haha. suka hati bila jumpa lagi sebelah. tapi macam pelik je bila pakai. kak june (biras saya) pun tegur. sebab selalu saya pakai yang clear sahaja. so no one notice pun kalau saya tidak bilang. hehe. tapi terima kasih sebab bagi saya lens free! :D

ini voucher free.. :)

a pair of lens for me.. :)

ini dia si pucat dengan memakai lens barunya, sedikit pelik bila tengok face to face. haha. ;p

Thursday, June 24, 2010

.si comel.

sangat geram dengan ini budak. her called as anursya. sesedap namanya, secomel orangnya. moga kau cantik suatu hari nanti. :)

mula-mula muka masam je. :( *mak dia tu.*

ewah, dah senyum sikit. :)

hah, ter'excited' sikit.

mari minum ribena. :D

okay, last pose sangat menarik, tertarik, kau memang comel bangat! :))

.aktiviti riadah.

mari dengar, mari dengar. eh, boleh ke dengar? haha. mari baca lah! :D

hari ahad lepas, memang hari untuk bermain bowling. macam aku main kan? haha. encik suami yang beria main! dengan geng-geng kelab je dah main 2 game. then, malam tu ada game dengan big family azfar besar. ceh, sopan cakap azfar besar lah konon? ;p tournament happy mix couple bowling. register nama aku, tapi aku import player lain. bella, my adeq. heheh. sebab aku tak suka main ramai-ramai. asyik ke longkang je nanti. mari layan gambar.

bowler terhebat. ranking number one ni dalam tournament tu. ;)

ini pula ranking yang last sekali dalam kategori perempuan. buat malu aku je deq oi. heheh. tapi gaya hebat oh. ;p

okeh, ini memang comel. :)

awat buat muka lagu tu? haiyo. dan picture saya dengan bella semua gegar. sebab tangan encik suami dah penat main bowling. haih. sedey. :(

eh, buat apa tu? ;p

ha, ni masa ramai-ramai. aku main sorok-sorok sikit sebab tak pakai baju kuning macam mereka. BESAR doh.

last sekali di akhiri dengan makan-makan di double V jalan reko.

sekian.

.hidup ini indah.

10 Cara Untuk Hidup Indah:

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai dan dicintai akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahawa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang bahagia itu subjektif, contohnya senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumannya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. KEMAAFAN
Ramai orang stress gara-gara tidak dapat memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. MEMBERI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sunyi adalah dengan memberi. Memberi kasih sayang pada teman contohnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menebar jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita dapat merasakan suka dan duka.

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal.

Wednesday, June 23, 2010

.teringin.

aku memang suka makan. tapi tak semua aku makan. ye, saya memilih ye. haha. nak semua yang sedap-sedap je. aku suka cari resepi baru. aku suka cuba main masak-masak. dari kecil kot main benda ni. terpengaruh dengan emak yang suka masak. hihi. tapi ini semua tak reti masak. -__-

saya nak makan ini: (siap ada wishlist)
  1. nak cheese cake! uh, sedap.
  2. nak kek batik by emak.
  3. dan tiba-tiba teringin cheese tart di kedai uncle.
  4. choc mousse cake by segar bake & cake juga.
  5. nak, nak, dan nak macam-macam lagi. (malas nak list lagi sebab banyak sangat NAK!)
semua sedap, dan semua nak! please.

.mahu jual kerepek.

mahu update yang lain. tapi yang lain pula terlintas di minda. sebab kalau bab-bab menulis ni aku memang suka. sebab dengan cara inilah kita dapat meluahkan yang terpendam. betul ke? betul juga, tapi kalau tersalah kata akan memakan diri sendiri. maka, berhati-hatilah dalam menulis kata-kata atau berkata-kata.

haihh! salah satu hobi saya, mengeluh. sebabnya? macam-macam sebab lah kan. kenapa tah? ke sebab hormon aku tengah unstable ni? semua serba tak kena. benci doh. semua macam apa je lah kan. haihh! again.

dan apa yang perlu aku buat untuk mengatasi semua mood ini? shopping kot? dah lama rasanya tak melakukan aktiviti ini. beli apa sahaja dengan hati riang. masa untuk melihat wishlist! maka, hilang semua masalah dan terukir senyuman di bibir. sumpah tak tipu. selalu kot macam tu. haha. dan tiba-tiba teringat, oh esok dah gaji ke? tapi bila tah ada masa yang banyak seperti dulu kala. oh ya, seminggu lagi. dan banyak benda tak settle lagi ni. itu salah satu sebab mood unstable kot. rasa nak relax, tak payah gopoh-gapah tapi minda tak berhenti berfikir. so jadi stress doh. hobi kedua aku, berfikir. aku harus tarik nafas dalam-dalam, dan ukir senyum plastic di bibir. maka nanti aku akan happy kah?

Tuesday, June 22, 2010

.sesi fotografi.

ini hobi saya. tapi masa ni, saya malu-malu. haha. saya kan low profile. ;p

okay, mari saya cerita. kami berfotografi kerana ingin merakamkan kenangan antara kami dan puan. mulai esok beliau akan bercuti dan menyambung pengajian di upm. selamat belajar dan tahniah diucapkan. dah, tak mahu cerita banyak. mari layan picture. tapi ada juga yang tiada ni.

the making..

say cheese.. :D

freestyle.. ;)

Friday, June 18, 2010

.belajar menaip.

hari ini patutnya saya mahu cerita tentang contact lens free, tapi saya tak bawa cable pula. maka lain masa lah saya update.

cerita untuk hari ini adalah belajar menaip secara pantas. hehe. dulu, masa nak ambil exam tak pula aku beria belajar/praktis menaip kan. tapi exam menaip tu untuk kerani. aku ni pa yang tak bertauliah. maka kita ada exam trengkas. menulis short hand (long hand je semua buat kot) dan menaip semula rencana tersebut. dan cabarannya kita mesti menepati masa dan faham short hand kita sendiri. seronok gak buat exam tu. hehe. masa menaip tu, dengar bunyi taipan je bertalu-talu. huhu. pengalaman semua tu kan.

hari ini saya menaip banyak dan jari-jemari pantas menaip sambil mata mengerling ke atas dan ke bawah. naik juling doh. hee. ke bawah sebab perlu tengok keyboard, ke atas untuk tengok screen. tapi ada je orang yang pro tak payah tengok keyboard da. saya masih perlu melihatnya. hehe. belum cukup pro lagi untuk menaip dengan tidak melihat screen lagi. hehe. anda pula bagaimana?

*yeay, esok cuti! mari join senyum lebar-lebar. ;D

Thursday, June 17, 2010

.wedding ring.

mari kita bercerita dan lihat gambar okay?


dari perkataan LOVE, maka terjalinlah hubungan suami isteri. :)


okay, ini cantik. kan? credits to kak moon yang comel bila dia senyum. hee. :D


okay, ini pun cun. sangat kreatif. tapi pasai apa hidung besaq sangat ni? huhu.


ini juga kreatif kan, kan? comel. semua based on wedding ring. suka sangat. :)

dan ini bukan pasal wedding ring, tapi pasal kami. credit to kak moon juga. :))

.belog baru.

senyum lebar-lebar. saya ada belog baru. :D

tapi saya mahu tanya, apa pendapat anda tentang belog? macam diary ke?

mari kita sama-sama fikirkan okay? ;)

ceria-ceria selalu.
 
Blog Template by Delicious Design Studio