Monday, August 19, 2013

.pening kepala pening.

harini aku tak sehat. tsk tsk. tetiba batuk pulak setelah makan ubat selsema semalam. tapi sebab dah janji dengan bos isnin aku kerja konon pergi juga kerja haaaa.

tengah bosan-bosan baca gosip artis kejap. terbaca pasal konflik rumah tangga janda anak dua. eh dah janda kan? kesian dia.

tapi kan, lama-lama baca kisah dorang ni dah macam serabut pala otak. doakan je lah yang terbaik.

tapi nak komen sikit. hihi. tak baik si janda tu komen yang duda dia takde pegangan agama yang kuat. dengan bekas bapak mertua dia pun dia cakap takde pegangan agama yang kuat. dah la secara public, cakap dekat paper. suami mana tak hangin kalau asik duk jaja kisah rumah tangga dorang kan. mungkin dia nak mintak simpati kot. kita jangan salahkan orang lain atas setiap apa yang berlaku atas diri kita. ce belek diri sendiri dulu, cukup kuatkah pegangan agama kita? muhasabah diri dulu. jangan malukan diri sendiri dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh kita. ramai kan orang macam ni? hmm. 

then kalau betul duda kau dikongkong oleh famili, dan sebenarnya tak rela menceraikan kau, dan kau pun kata tak sedih langsung, ce move on. tapi mungkin dia geram kot. eh tapi sebelum ni dia tak puas hati kena cerai, then mintak bincang. bila dah bincang taknak pulak ikut cakap suami. eh acaner ni? konflik sungguh kemelut berlikar-likar sampai aku rasa dorang pun tak faham dengan keadaan yang melanda.

eh jap korang faham tak apa aku cakap? aku dah pening dah ni. nak isi masa terluang kejap sebelum minta diri pulang awal sebab rasa nak baringgggg je ni. semoga aku tahan puasa sampai petang hari ini. amin.


kbye!

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio