Tuesday, August 6, 2013

.misi selesai.

Alhamdulillah misi menyoping akhirnya selesaiii. Sabtu haritu bawak adik-adik (girls only) pergi shopping. sorang nak cari kasut, sorang nak cari handbag. tah berapa banyak handbag nak pun aku tak tahu lah. heh. pergi bertiga (cik bella, wawa) dan Aaris. nasib baik Aaris behave duduk dekat car seat. acu pun ada dekat belakang so boleh layan sikit-sikit sampai dia tidur. aku concentrate on driving sambil cik bella jadi tukang ingat jalan. Alhamdullilah berjaya sampai. proud of myself. siap pasang stroller sendiri. sebelum ni pernah try pasang masa beli tapi dah lupa sebab lepas tu memang tak la nak pasang. sebelum pergi test depan incik suami sekali dan berjaya pasang/bukak sendiri di Paradigm Mall. hewhew.

bukan apa, sebelum ni ayah manjakan aku (sebelum kawen). bukan aku je, adik-adik pun sekali; bak kata ayah "selagi ayah hidup ayah boleh hantarkan" sebab tak bagi aku drive alone. risau teramat keselamatan anak-anak dia. hehe. tapiiiii cik bella terlebih berani sebab dia pengingat jalan bukan macam aku. haha. lepas cik bella kerja mardi aku dah berani sikit bawak kereta. duluuu paling jauh aku pergi Alamanda. sedih kan? tu pun jalan dalam. hihi. luckily jalan okay-okay je tak jammed menggila hari Sabtu haritu.

shopping adik lelaki punya baju bla-bla di Brands Outlet sahaja. oi rasa nak terkeluar biji mata tengok semua benda murah nak beli. aku dah sepuluh juta kali shopping pun beli juga lagi dan lagi. nasib baik tak terjebak beli kasut lagi dekat Charles & Keith. sebab over budget. next gaji mungkin. ha nampak, aku bukan orang senang sangat kan? :p antara yang kitorang beli dekat BO ialah 3 jeans, 8 helai baju/shirt, 3 shawl, spec Aaris dan recycle bag BO. membeli tak hengat bila nak bayor terkedu sekejap. hehe. tapi berbaloi-baloi. senyum sampai telinga. then beli handbag cik bella, kasut wawa, balik. sampai sana pukul 11am macam tu then sampai rumah pukul 2pm lebih sikit.

baru dapat baju kurung+melayu baba Sabtu haritu. baju Aaris tak siap lagi. harini baru siap. dah la janji khamis lepas dapat patutnya. grr. so dah plan awal-awal dengan mak Ahad pergi cari tudung. hari ni ambil baju Aaris pula. yeay!

hoih ramai gila orang dekat Ariani. tudung dah bercampur-campur dah. aku budget rm200 je beli tudung. memula nak beli satu je tetiba terbeli 3 lai pula and within budget okay la tu kan? :p pakej raya pertama sampai ketiga. haha. dah la dapat less untuk member then dapat lagi 5% kalau bawak keratan yang dorang post dekat rumah. siap patah balik rumah ambil sebab Ahad tu last day offer. tapi bagi aku sales yang sebelum ni punya lagi murah kot. sebab tu aku dapat beli banyak siap upgrade kad. beli untuk mil (birthday treat) dengan mak aku sekali. berbaloi baloi. tapi kali ni okay la sebab ada extra 5%.

then malam misi terjah downtown nak cari sampin. memang idok ler nak ke Jalan TAR tu. time tidur anak aku tu. terpaksa kacau. boleh pulak dah sampai dia baru lelap tapi belum lena la. kitorang g awal. g Downtown Reko je. dah pusing satu downtown then nak balik dah baru jumpa kedai sampinnya. hadoi. haha. misi aku dah selesai, ayah dengan ajeem punya tak settle lagi.

pagi semalam aku halfday. so misi mendobi baju. tudung-tudung segala. letih acik. rumah tak mop lagi, bed sheet, langsir semua tak tukar lagi. cat rumah tak settle lagi. hoih memang raya sakan tahun ni. semua baruu. Alhamdulillah atas kurnian Mu Ya Allah. moga Allah terima segala amalanku di bulan yang mulia ini walaupun masih banyak yang perlu diperbetulkan. insyaAllah, Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio