Thursday, August 1, 2013

.mood Raya dah datang.

aku dah semangat dengar lagu Raya. semangat nak Raya dah maghiiiii. haha. dari awal puasa aku dah semangat. baju-baju Raya korang semua dah settle ke?

baju Raya aku taklah banyak, pat ke lima lai je. tadi aku tengok mak macam nak jahitkan aku baju kurung lagi. siap ke idok teman tak kisah sangat. tapi kalau siap boleh pakai pergi office. hihihi. tapi masalahnya sekarang baju Raya 1 first aku dah siap, baju melayu baba dan anak tak sesiap lagi. haih. tudung tak cari lagi (mak aku dah pesan, kalau awak g Ariani mak nak ikut. dah terjebak sekali nampak. heh), kasut nak cari lagi. eh? :p handbag Raya pun dah ada kau. gila aku simpan je dalam lemari. nak pakai baju tengok je handbag dalam paper bag tu. haha. baba punya sampin tak cari lagi. Aaris pun tinggal sampin je.

kuih Raya pun dah settle. order 2 3 jenis je. siapalah yang sudi Raya rumah aku kan? huhu. pastu ada la kerepek sikit. paling penting Honey Cornflakes yang bila anda makan sekali, pasti nak lagi. takkan berhenti dan termimpi-mimpi tu mesti ada. tak percaya meh cuba! :D Alhamdulillah permintaan tak dijangka. hasil jualan pun memberansangkan sampai orang cakap aku senang. haha. dah berusaha senanglah sikit. bukan dapat rm500 merungut-rungut tak cukup. syukur paling penting. faham ke idok? wakakak. aku pun terkejut bila tengok update account last few days mak aih lebih gaji aku laki bini? syukur Alhamdulillah. penat lelah berhasil. dan banyak lagi plan kami untuk bisnes ni. bukan setakat ni je insyaAllah. azam aku satu, kalau korang masih ingat; aku nak berhenti kerja. nak jaga anak-anak. kalau aku boleh dapat side income more than what i get every month aku akan berhenti. itu janji aku. sampai bila nak suruh orang jaga anak aku. even nanti mak aku yang akan jaga, aku nak mak aku rehat. mak aku suka pergi surau dengar ceramah, belajar agama. so kalau dia jaga anak aku, terbatas sikit nak buat semua tu. insyaAllah mak, doakan rezeki kami anak beranak sentiasa ada. yang penting mak percaya yang kaklong boleh buat dan pasti akan berjaya. amin. aku tak pasti, tapi aku percaya sebab aku buat saja! sampai bila nak hidup biasa-biasa? eh over pulak.

back to story, tahun ni turn rumah mak aku. so sebab tu aku extra happy. abah (fil) dialisis hari raya first tu. so dah confirm tak pergi mana-mana. so hari kedua baru kami balik kampung abah pulak. nenek dah takde beraya bersama kami tahun ni T.T *untung kampung dekat-dekat ni kan? hehe. 

dalam pada menyiapkan diri dengan persediaan Raya, aku masih gigih menyiapkan order. baru fresh kata kau. aku suka makan Honey Cornflakes masa lepas bakar. sumpah sedap. bau dia pun wangi. memang benda ni mudah nak buat, tapi kalau korang malas? meh beli je dekat aku. haha. satu lagi, pernah juga orang kata dekat aku "kenapa lepas aku bakar dia berderai?" adalah yang tak kena tu. hihi. ada juga kalau tak cukup bakar, dia akan lemau cepat. benda ni aku dah banyak kali try and adjust. sebab aku almost hari-hari buat benda ni. sekarang aku tengah kumpul kederat yang sedikit ni untuk produce produk baru. lepas Raya ye. ni dah tak sempat. semput adalah :p ada juga yang beli satu dari kami bila sedap (kot) nak makan lagi suruh tunang buat. pun boleh. tapi resepi lelain. ada yang letak kacang tanah berbagai-bagai, wangilah konon. aku tak pun. ikut resepi bodoh aku je :)

minggu depan je nak Raya, oi macam tak percaya. aku dah Raya dulu dah. haha. biasalah orang perempuan kan. tengah fikir, bila nak g nyoping lagi ni? wiwiwiwiwi.

Selamat Hari Raya in advanced korang :*

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio