Tuesday, July 2, 2013

.mokcik ke aunty?.

huh? tengok tajuk dah apo ko bondo nyo ni? mihmihmih.

dedulu kan, masa belum kahwin kan aku ada la nengok makcik i ni pergi spital pakai suar merah baju ijau. bahaha. masa tu gelak la. sebab rasa macam eh tak masuk langsung okay. tapi sekarang punya fikir, hello anak masuk spital kot tak dan nak bersantek santek. gittew kaedah pemikirannya sekarang. haha.

tapi kan, dedulu siap cakap dengan bella. weh nanti kita jangan jadi macam ni eh. kalau aku jadi macam ni kau tegur tau. hahaha. kadang-kadang mak aku pun sama. pakai seluor kotak-kotak pergi pasor. adoi, bila kena sound dia gelak mengekeh-ngekeh. kikiki. ngorang cemano? lagi-lagi dah ada ada dua ke apa kan.

dulu aku ni memang jenis (eh sampai sekarang kot. haha) CEREWET gila nak mati. so dulu semua pun kena iron sampai cicak kalau jatuh atas baju aku boleh mati sebab side lengan baju tajam wo :p dulu laaaa....

sekarang nak g kerja cari baju apa yang tak payah gosok dan paling pantas untuk di gosok. boleh? haha. dulu tshirt suami nak g kerja pun aku iron. sekarang alahaiiiii tak sompek. kalau iron pun baju g kerja pagi sebab kena semart sikit. pakai tshirt kolar pun dah semart dah ghasa. sebab hehari lain dia pakai tshirt round neck je. dengan jeans. siper crocs. done. bila dah ada anak ni, macam-macam benda kita kena buat, kena pulak dapat isteri/mama yang cerewet macam aku ni kan. bila anak sepahkan barang kat sini aku kemas kat sana then dia datang balik tempat yang aku kemas sepahkan balik. stress oh sebab aku rimas bersepah-sepah rumah. lantai tak usah cerita, makan honey cornflakes contohnya. bertaburanlah air liur dan madu-madu melekat di lantai -.-"

back to story (aku selalu menyimpang cerita kan?) aku ni kengkonon nak jadi ibu vouge (lah sangat). tak la vouge cemana eh nak cakap, sempoi la. tak nak selekeh-selekeh. aku baru lepas baca zila bakarin taknak jadi ibu selekeh so tetiba aku pun taknak jadi selekeh. hahaha. selekeh maksud aku macam tadi la, baju ijau seluor merah kejadah. tudung awning kemik-kemik alahai. aku takla bergaya macam mak-mak yang lain yang aku rasa "cantiknya dia". tapi aku sanggup untuk lapan puluh kali tukar baju kalau tak match baju and tudung sampai match and rasa confident untuk keluar. hihi.

so sebelum keluar sila tengok, anda kategori mokcik ke aunty? hihihihi.


nak p kerja. pakai baju tak payah iron. best sangat :p
tunggu baba di lobi (lah sangat)


nak g wedding. pun taknak iron baju jugak. dasar pemalas :p


jalan-jalan. kadang-kadang datang malas aku pergi kerja pakai macam ni jugak. ahah.

eh chop, bila tah kau rajin?
eh adaaa, orang selalu cakap macam ni dekat aku 
"rajinnya awak buat kuih dengan anak keciknya"
aku senyum-senyum simpul je boleh. wakakaka :D
*gedik gila*


akhir kata,
insyaAllah diberi kekuatan yang sedikit ini untuk menjaga keluarga kecilku menjadi sesempurna yang boleh. amin ya rabb.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio