Monday, July 8, 2013

.dari hati turun ke sini.

dari malam tadi lagi hati aku rasa lain sangat. lepas baca review (aku sentiasa pun baca review dari close group masa AMP dulu) IMKK yang dorang hadir dari 4-7 Julai. so semalam adalah hari last, review mereka-mereka yang telah hadir buat aku tak keruan. aku dari dulu lagi rasa macam NAK SANGAT. tapi aku fikir anak. kesian pada anak. bila bincang dengan suami, dia seolah tak berminat. hmm. sedih T.T


tapi aku diam je. tak tau nak luah pada siapa. tapi lepas baca ni, hati ni rasa tersentuh sangat. and for sure air mata dengan lajunya mengalir tanpa dipaksa. seperti aku mengenalinya, dan aku membayangkan insan yang aku sayang menulis seperti ini. siapa yang tak suka bila suaminya berhenti merokok bukan?


dari apa yang HAFIZ HAMZAH tulis,


BARA BARA.. BERE BERE

Tamat sudah program IMKK Julai 2013. Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Richworks yang bertungkus lumus memastikan program ini berjaya.

Saat cerita ini ditulis, air mata penulis sekali sekala mengalir. Bukan sebab mengenangkan kisah hidup penulis. Tetapi sebak membaca kisah hidup rakan-rakan penulis di IMKK. Mereka meluahkan kisah mereka di "closed group" AMP##. Pelbagai ujian dan dugaan Allah hantarkan pada mereka, termasuk penulis sendiri semasa nak hadir ke IMKK ini.

Paling penulis terkesan ialah kisah Muhammad Faizz yang diduga oleh Allah apabila isterinya bersalin pada malam ketiga IMKK. Tahniah penulis ucapkan pada beliau kerana ketabahan hati beliau dan di atas kehadiran cahaya mata IMKK itu. Comel bayinya.

Berbalik kepada IMKK.. Seronok ke program IMKK ni? Buat apa masuk IMKK ini?

Bagi penulis, jika kita
1. Tidak tahu matlamat hidup,
2. Sentiasa buntu dalam hidup,
3. Ada masalah rumah tangga,
4. Ada masalah dengan anak-anak,
5. Ada masalah dengan ibu bapa,
6. Ada masalah dengan mertua,
7. Ada masalah dengan suami,
8. Ada masalah dengan isteri,
9. Ada masalah dengan perniagaan,
10. Ada duit yang banyak tapi selalu bocor dan tak tahu pergi ke mana,
11. Ada perniagaan yang sangat bagus tapi hati tak tenang..

Inilah tempatnya untuk anda dapatkan jawapan bagi segala permasalahan itu.

Penulis ada banyak matlamat hidup, tapi tidak tahu bagaimana hendak mencapainya. Kadang-kadang hampir tercapai, tetapi ada sahaja halangan. Jadi di sini penulis belajar bagaimana hendak mengatasinya.

Hari terakhir bagi penulis adalah hari terbaik yang pernah penulis tengok. Perokok-perokok tegar mencampakkan rokok mereka beramai-ramai sebagai tanda berhenti rokok. Memang gamat suasana dewan waktu itu. Penulis menjerit semangat memberi semangat kepada mereka kerana sanggup berhenti merokok.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis adalah perokok tegar. Dah banyak kali penulis cuba berhenti, namun gagal. Dah berhenti 3 bulan pun akhirnya kembali juga merokok cuma dah sedikit dalam 5 batang sehari.

Dugaan memang kuat. Waktu penulis nak berhenti, waktu itulah rakan-rakan murah hati nak bagi rokok percuma. Betul kan?

Jadi pada malam kedua IMKK, hati penulis cukup tersentuh bila salah seorang peserta HOT SEAT cerita pengalaman beliau berhenti rokok. Malam itu juga penulis genggam erat tangan isteri dan bagitahu yang penulis bukan lagi seorang perokok.

Akhirnya penulis faham kenapa dulu penulis gagal berhenti rokok. Penulis berhenti kerana tidak ada "WHY" yang kuat. Penulis malu kepada Allah kerana gagal menjaga anugerah jantung yang Dia kurniakan. Penulis takut mati dan minta dipanjangkan umur tapi penulis sendiri merokok, bukankah penulis sendiri yang mendekatkan diri kepada kematian?

Penulis tidak mahu anak-anak penulis mendapat ayah baru. Penulis tidak mahu isteri penulis mendapat suami baru. Jadi kepada bapa-bapa yang masih merokok, ingatlah.."SETIAP SEDUTAN ROKOK ANDA ITU MEMPERCEPATKAN ANAK-ANAK ANDA MENDAPAT AYAH BARU".

Penulis dah mula tanda tarikh berhenti rokok. Tarikh 6/7/2013 adalah tarikh keramat itu. Penulis kena berhenti rokok kerana banyak impian yang belum penulis capai. Bagaimana penulis nak bantu orang lain kalau penulis tidak jaga kesihatan? Penulis benci Israel tapi penulis beli rokok. Bukankah itu menyokong ekonomi mereka untuk membunuh rakyat Palestin?

Paling sentap bila dapat tahu nafas atau bau mulut perokok ini sebenarnya bau BANGKAI!. Ini kisah Dr Azizan sendiri dahulu bila isterinya kata bau mulut beliau bau bangkai. Kesian isteri kita. Isteri kita cukup sabar dengan kita. Bayangkan dengan mulut bau bangkai kita ini, kita cium isteri kita..Uweek..

Penulis bukan nak paksa siapa-siapa nak berhenti rokok. Siapalah diri penulis nak paksa-paksa orang. Penulis teringat dalam IMKK, kalau rasa nak merokok, duduk belakang ekzos lori atau bas. suruh rakan tekan minyak dan kita sedut asap ekzos tu..Sedutlah berapa pam pun, percuma sahaja.

Penulis cuma nak berpesan, kalau nak ubah hidup menjadi lebih bermakna, carilah ilmu pengetahuan. Bergurulah dengan orang berjaya. Kalau ada peluang datang IMKK, berdoalah agar dipermudahkan datang ke IMKK. Hidup anda lebih bermakna, lebih disayangi oleh orang lain dan yang lebih penting lebih disayangi oleh Allah SWT.

Penulis doakan rakan-rakan di IMKK.. Anda Kaya dan Berjaya.. We are Powerful Money Magnet, We Are Awesome...Good Job Dr Azizan.. Semoga Allah permudahkan lagi usaha anda.


walaupun aku tak dapat nak join IMKK julai 2013, insyaAllah aku akan pergi suatu hari nanti dengan izinNya. siapa yang taknak cuci hati dan menarik segala magnet duit dan berjaya dunia akhirat bukan?


dan hari ini Dr. Azizan share something;

"Pengalaman bukan datang dari "Mengetahui" tetapi "Mengalami" dan "Merasai".... Ramai orang tahu tapi jika tidak alami, ia hanya sekadar tahu! Mana nak tahu? Kena buatlah! Siapa buat, dia dapat! :)p - AzizanOsman -"


what say you?

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio