so korang yang dah pakai tu best eh? mungkin takde la kena nappy rashes ke kan?
haritu anak aku kena rashes teruk gila. sampai nangis-nangis. aku tak tau la sebab pampers ke atau salah pengasuh yang lambat tukar diaper dia. masa tu Aaris nangis-nangis sambil jalan kengkang-kengkang. aku fikir dia sembelit. then bila nak basuh kena air je dia menangis. tak bagi aku pegang langsung. bila aku tengok, Ya Allah rasa nak nangis.
T.T
first time Aaris kena teruk gila macam tu. sedih sangat orang buat anak aku macam tu. sobs. esoknya aku tak hantar Aaris pergi rumah pengasuh. aku sendiri jaga dia sampai terlupa sms bos. aku rasa aku dah sms tapi tertidur rupanya. sekali ha kau pukul 10am tengok ada sms dari bos "zeera, you cuti ke?" haha. terus kata anak tak sihat, petang nanti saya masuk. so petang tu aku suruh adik aku jaga kejap.
Alhamdulillah sehari lepas tu dah kering dah. lega hati aku. so aku saja standby drapolene dalam bag Aaris. dulu bukan tak pesan, bukan tak bagi sesiap. siap letak terus rumah pengasuh. aku tengok penuh je lagi. lelama aku pun naik fed up. tak akan nak remind berjuta kali. nanti dia pun bosan dan ingat aku tak percayakan dia. tak apa, sabar ye Aaris, lagi beberapa bulan je :')
eh dah menyimpang jauh kan? haha. back to cloth diaper tu aku rasa siapa yang suka dan terlebih rajin bolehlah pakai dan buat koleksi. bagi aku yang malas dan cerewet ni dop payoh. asal nampak kotor sikit je aku nak cuci berjuta kali. kalau tak hilang juga, kasi clorox sikit. ahah. lama-lama jahanam bendalah tu. so tak payah. beli je pampers. senang tak payah basuh-basuh, boleh terus buang.
kadang-kadang bab penjagaan anak ni kena ikut rasional dan kemampuan kita. jangan asik nak tiru orang dan ikut cakap orang. sesuaikan dengan anak dan diri sendiri ye tak? sekian sahaja saya melaporkan untuk belog baru bahagia. akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal :p
0 comments:
Post a Comment