Tuesday, December 24, 2013

.persediaan ke tanah suci.


 pejam celik pejam celik dah nak habis bulan December. tak sampai sebulan lagi nak g umrah. sebelum ni tak pernah pun terfikir checklist untuk Aaris sebagai persediaan ke Makkah, tapi pagi ni terdetik hati nak google dan baca pengalaman ibu-ibu yang pernah bawa anak ke sana.

nasib aku aku google, so dapatlah sedikit sebanyak info yang berguna (yang tak diajar semasa dalam kurus). contohnya: kalau kita bawa anak kecil, si ibu boleh pegang anaknya itu naik wheelchair sementara bapa boleh sorong wheelchair untuk melakukan tawaf. aku pun mengandung, so bolehlah buat macam ni. tapi pastikan pampers anak sudah ditukar (bersih tiada najis). selain tu, bulan Januari masih dalam musim sejuk so kena prepare baju sejuk, stokin semua. stokin banyak tapi semua dah kecik. haha. so sabtu lepas misi mencari sweater dan stokin Aaris. hoi boleh tahan rega dia. shopping pula bawak mak dan adik-adik so mak kata baik beli besaq terus (3-4y), stokin pun gitu. tapi macam tak la besar mana pun, budak cepat membesar kan. baba tak dapat teman sebab letih ada event ice-cream. minggu lepas dua hari berturut-turut ada event, Alhamdulillah.

hari ahad pula misi membeli persiapan mama baba pula. Siti Khadijah ada buat vip day hari tu, semua item dapat 20% kecuali jubah 15% sahaja. maka moh kita ke sana. tapi pergi dah lambat, telekung yang murah dah habis. so terpaksa beli yang mahal. haha. boleh gitu? takpelah, aku ni first time beli telekung guna duit sendiri. dah 27 tahun hidup weh. teruknya. bukan tak pernah beli, selama ni dapat free je dan ada yang mak belikan. mak aku pula memang suka sangat beli telekung, first time try pakai mak punya telekung Siti Khadijah ni terus jatuh cinta. so niat aku nak g umrah ni nak beli telekung Siti Khadijah. puas hati. belikan baba tshirt pagoda sehelai siap ada jenama Siti Khadijah lagi ha. belt mahal sangat so nanti kita cari tempat lain je. oh beli stokin sekali sebab stokin dia tebal. aku tak beli sarung tangan, tetiba dapat free gift. rugi je mak dengan bella beli. haha. rezeki. beli telekung je dah lebih rm500 and dapat lagi voucher 10%. pastu aku tanya mak; nak beli apa lagi? mak jawab; entahlah. haha.


kedai dia cosy sangat. Aaris sibuk nak main benda ni. asal takde orang duduk depan dia nanti dia suruh "dodok" sambil tunjuk kerusi depan. haha. nanti kita ajak babah g beli ye.


malam tu pula sebelum balik rumah Kajang, g singgah ambil gambar untuk buat visa. tapi macam tersalah print je sebab dah print baru depa kata visa sepatutnya lebih besar dari gambar pasport. alahai. bak kata baba, ni dugaan kecil sebelum menunaikan umrah. baiklah, marilah kita bersabar.


gambar kami bertiga. baba je yang kena renew pasport. kami berdua dop payoh.

so far tinggal kasut Aaris je nak beli. kasut lama dah kecik. haha. kain ihram Aaris pun takde lagi, maktok kata dia akan jahitkan nanti sebab kalau nak beli memang besar gila. saiz budak sekolah gitu. kebetulan, agensi yang kami pergi ni dia bagi 2 luggage dan 1 bag sandang. yang perempuan dapat telekung sehelai, yang lelaki dapat kain ihram sehelai. so far semua pun dah ada dua helai kain ihram so tak payah beli dah. yang dewasa tinggal persediaan mental dan fizikal je. haih berdebar.

semoga dipermudahkan sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan. aku lagi berdebar nak tunggu next appointment untuk scan baby. kalau tak tahu jantina lagi boleh doa kat sana nanti (itulah hajat yang sebenar sebelum mengandung). apa-apa pun asalkan baby sihat dalam perut mama, Alhamdulillah. Allah dah beri lebih dari apa yang kita beri pada Dia. amalkan konsep bersyukur itu penting :')

Wednesday, November 13, 2013

.saya suka berfikir.

sejak tahu pregnant lagi ni dalam kepala duk fikir nak bersalin mana, macam mana nak hangkut 2 anak naik rumah nanti? dua benda ni sentiasa fikir. checklist pun dah siap buat. haha. gila semangat. aku benda-benda macam tu memang suka fikir lelebih.


1. konon macam nak bersalin dekat az-zahrah since imran pernah tanya az-zahrah cover untuk bersalin (under panel TM) kecuali jumpa 2x pakar. itu kena bayar sendiri. tapi aku taknak check up situ. buff sangat. tak sanggup acik. but still kena ada saving in case ada case yang tidak dijangka.


2. nak hangkut anak dari parking ke rumah. selama ni sorang anak aku memang hangkut je sendiri. kadang-kadang dukung, kadang-kadang suruh dia jalan (since dia dah boleh jalan sendiri). then kalau dah anda 2 anak nanti macam mana? sebab parking aku macam tingkat 2 setengah. so kena naik tangga sikit untuk ke tingkat 3 then baru jalan terus ke lift. payah kan? dah la time balik kerja tak sama dengan im. seksa (belum pun keluar anak ha) so aku dah fikir solution dia, aku nak beli satu lagi stroller yang mudah bukak dan lipat. paling penting ringan. macam buggy ke namanya kan? and nak beli baru untuk baby car seat. senang nak attach dengan stroller quinny kalau pergi jalan-jalan. wiwiwi.


3. aku nak beli breast pump baru - dah booking dah pun. aku dapat murah gila untuk Medela Freestyle, so gila tak beli? muahahaha. breast pump ni aku guna duit aku sebab aku yang beria nak. but still aku bincang dengan im. hihi. tapi lepas tu aku juga yang buat keputusan, cuma macam bagitahu dia je la apa yang aku plan dan apa keputusan aku. yang Medela Mini Electric (breast pump lama) aku nak letgo tapi bila fikir-fikir balik rasa sayang pula? ngeng. Avent Manual breast pump tu aku nak keep sebab best. cuma mungkin kena beli accessories yang baru.


4. satu lagi nak beli baby cot. tapi masih fikir perlu ke? since dulu aku pernah cakap kalau ada baby lagi aku nak jugak beli baby cot. haha. master bedroom aku kecil. so macam pening nak fikir macam mana nak tidur berempat nanti. sebab Aaris memang taknak tidur katil dia. grr. so sekarang pun kitorang tidur melintang. kesian baba kaki tergantung. ingat nak letak katil single sebelah katil queen. tapi sempit nanti. hurm. last choice simpan katil beli tilam lagi satu, ha tidur bergelimpangan semua dekat bawah tak payah katil. haha.


so far ini je yang sedikit memeningkan kepala aku. dah pregnant kali ni memag asik pening je. angin nak keluar tak lepas. kadang-kadang rasa nak pitam pun ada. sabar je lah. pahala kot kan :p

makan pun kali ni tak berapa nak lalu. rasa nak makan buah je. sebab tu im rajin tanya aku nak makan apa sebab selera makan tak berapa nak ada. bulan ni boleh kira berapa kali aku masak. gila tak larat. pastu bila masak sendiri tak lalu nak makan. dugaan sangat T.T kalau boleh cepatlah berlalu segala keloyaan dan kemualan segala ini. tapi al pelik bin ajaib berat dah naik 2kg. haha.

ni dari Isnin haritu teringin nak makan ikan cencaru bakar. biarpun dah banyak kali makan tetap teringin lagi. ni kes makan tak cukup masa mak masak haritu. hihi. so ingat nak masak sendiri tapi tak lalu nak g pasar. aku tak boleh bau benda busuk mesti nak muntah. mengada sangat kan? moody toksah cerita. oih banyak sangat kerenah kali ni :/

takpelah, demi baby. tapi sorry to baba la sebab aku tak larat. tapi kemas rumah tetap sebab nanti lagi sakit kepala. terima kasih kerana memahami. doakan semoga saya cepat sihat dan kembali seperti yang dulu. kihkih.

Wednesday, October 23, 2013

.#softicecream di Sekolah Kebangsaan Jalan 4.

Alhamdulillah, masuk harini dah 3 hari berturut-turut dah incik suami berniaga icecream depan sekolah. hari Isnin dengan Selasa sold out cepat gila. hari ni imran buat spare tapi mesin pulak problem sikit, lambat keluar icecream nya tapi tetap 2 bag choc icecream habis. vanilla yang buat hal tak nak turun. budak kerumun toksah cerita. haha. suka tengok. esok kalau tak ada aral, incik suami nak bukak petang pula since dia kerja pagi esok hari. dia jadi high sebab tengok budak-budak seronok je makan icecream kan.

Sabtu ni ada event dekat DEMC. Ahad ada event juga, so aku kena pilih satu hari je untuk ikut dan tolong dia. sebab dekat DEMC ni pun kena bawak barang banyak, so im kata aku duduk rumah pun takpe. pagi je pun sampai tengah hari. yang hari Ahad ni bawa dua kereta kot sebab lagi banyak barang nak bawak. haha. kira kami bukak booth la. menjual untuk satu hari tu. maghilah datang beramai-ramai. dapatkan #softicecream dari kami di Taman Tasik Permaisuri. yang penting HALAL dan sedap! hari Ahad ni boleh makan icecream dengan kon, kalau tak suka boleh makan dengan roti, tak pun makan dalam cup. hehe. jom jom jom serbu Taman Tasik Permaisuri hari Ahad ni. dari pagi sampai petang :) 

oh ye, kereta pakcik icecream dah berwajah baru. biasalah, ada kawan tokey printing, harus gatal je tangan nak buat sticker bla, bla, bla. yang bisnes icecream ni memang totally im jaga, tapi orang ramai suruh aku pm. takat cakap minimum order aku tahu la. lebih-lebih aku pas ke dia je. selain tu tugas aku; tukang kira duit je. hahaha. tapi kitorang tak usik pun duit company biasanya. kalau usik pun untuk rolling duit modal and service ke apa yang berkaitan dengan bisnes baru pakai duit company. dah kata nak keluar duit kena pakai cek kan. duit singgit-singgit jual dekat sekolah im akan tukar dengan duit dia, kiranya jadi duit belanja dia duit singgit-singgit tu. hehe. hasil jualan dia akan masuk dalam bank setiap minggu. Alhamdulillah bisnes so far makin orang kenal. bila dia dapat job je aku tanya "eh macam mana orang tu tau awak jual icecram?" bengong kan? cuba ucap syukur, pang. yela, mesti kena tahu. tapi biasanya dorang akan search internet la.


tudia, kereta pakcik icecream. sebelah sana pun adooo.


ni hari Isnin.
masa ni aku datang pun dah lewat. dalam 1.30pm kott.


ni hari Selasa.



aku rasa Selasa paling ramai. masa ni aku awal, so dapat tengok budak berpusu-pusu. macam nak kena peluk je laki aku ha. hihi.


ni tadi, Rabu. terima kasih adik-adik tak jemu-jemu makan icecream hari-hariiii :D


sebenarnya im yang nak sangat buat benda ni. aku back up je. tapi aku yang dapatkan dia first job. wiwiwi. tapi lama-lama buat benda ni jadi seronok. seronok berniaga ni tau tak? hehe.

doakan kami berjaya dunia akhirat insyaAllah.

Thursday, October 17, 2013

.event di Selayang #softicecream.

ada yang dah tahu pasal bisnes kedua kami ni kan? #softicecream. 

 honey cornflakes berjalan seperti biasa. cuma sekarang permintaan dah kurang. tak kan orang nak makan kuih raya sepanjang masa kan. so kami hold dulu. buat benda lain. kawan dia dah lama buat benda ni. sharing dengan dia pasal untung dan sales. so dia jadi high nak buat. mula-mula aku tak campur sangat. lama-lama macam kena ambil tahu sebab orang asik duk tanya aku. first event dekat Salak Tinggi. akak tu aku kenal melalui fb je. aku beli Shaklee dengan dia. dia pun support aku beli honey cornflakes, sampai berbelas balang. pastu tahu suami aku buat ice cream dia nak juga sempena Majlis Hari Jadi anak dia. terima kasih banyak-banyak kak support kami :)

so ni event kedua kami. kira #softicecream ni perniagaan usahasama imran dengan kawan dia. #bobosofticecream. so barang-barang icecream imran beli dengan bobo.

memandangkan kesian dekat suami, so aku pun ikut la dia pergi event Sabtu lepas. hoi, mencabar. mula-mula cuaca cantik je. sekali hujan lebat kata kau. pastu reda tapi still rintik-rintik air bergelora. hujan lebat lagi berlarutan kejap reda kejap lebat sampai habis event. hoho. Aaris kami tinggalkan dekat mak aku. 

rupanya event dia Majlis Hari Jadi anak dia yang berusia setahun dan Majlis Aqiqah. tengok anak dia, teringat anak aku kat rumah. tsk. mejelis dia siap ada clown okay. ha kerlas kan. kira tuan rumah ni sangat pentingkan tetamu dia. baik pulak tu encik irwan (nama tuan rumah) ni. selalu jugak datang lepak borak-borak sambil mintak icecream. makanan pun banyak. ada laksa, ada kambing golek, ada nasi goreng, ayam golek pun ada, mushroom soup, ada mihun sup. tu je kot? hee.

moh layan gambar sekitar event di Selayang.


baru lepas set up everything. renyah bila kena pasang khemah je.


 tengah tonton persembahan clown. siap buat magic.



cake dan manisan semua dekat dalam. aku tak masuk pun. takla dalam mana, porch kereta je pun. malu. ke malas? :p


budak-budak yang sporting sangat. mula-mula semua malu-malu kucing sekali dah lama-lama semua cerita keluar. mostly diorang ni satu sekolah. baju hijau dengan 2 orang perempuan tu sebaya. so selalu gaduh sesama sendiri. kelakar pun ada. haha. yang kecik sekali tu mula-mula sombong kata tak sedap icecream tu bila bapak dia suruh rasa dulu. sekali ha amik kau sampai ke sudah tak berhenti makan.


masa aku ambil gambar ni abang ni dah malu-malu. pastu cakap "eh janganlah ambil gambar saya kak" hahaha.


ada fruit salad sekali. yang bakar pun ada. dressing pun ada macam coleslaw dan sos-sos dia.


ha tengok, pakcik-pakcik ni layan jugak icecream ni. kata FREE. rugi tak makan kan?


anda nak kami datang ke majlis anda bagi memeriahkan suasana? tempah kami sekarang dengan minimum order hanya rm300/kon, FREE transportation fees (tapi hanya valid di Lembah Klang sahaja). anda pasti suka. untuk bulan October tempahan dah penuh. untuk bulan November kita boleh bincang. ayuh tempah sekarang! :D

.6 weeks #2.

kan best kalau hari-hari boleh masuk kerja ikut suka? haha.
sumpah aku rasa hari-hari nak halfday. hoih malas gila nak kerja.
perut tak selesa. tekak loya :/

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 6 minggu :D
*ye, saya mengandung lagi akhirnya, syukur ya Allah.


Petang tu, aku ingat lagi; 2 October 2013. Kami baru balik dari rumah mak aku. Tapi bila sampai dekat parking rumah, Aaris nampak motor so dia nak naik motor. Baba pun bawak la Aaris jalan-jalan kejap. Aku pulak lari laju-laju naik atas. Haha. Memandangkan aku tak tahan nak buang air so buat la upt sekali. Konon baba balik nak buat surprise (kalau positif la).


Sekali memang positif. Aku tak tau macam mana perasaan masa tu? Macam blur, tapi ada perasaan gembira dan terharu. Terus nangis T.T 


Tanda hamil kan banyak, aku paling kerap kencing dan perut kembung (sangat). Pastu hati asik berdebar-debar je. 


Bila baba balik, aku cakap "tu tengok tu siapa tak flush lepas berak tu?" Dia cakap "mana ada abang guna toilet tu" Aku sambung "tengok la betul-betul dalam tu" (Aaris pun ikut masuk toilet dalam bilik) Then dia keluar sambil dukung Aaris dan tengok aku dengan pandangan betul ke? Sambil tersenyum. Aku? Melalak. Haha. Kata cengeng tegar. Pastu dia cakap la ayat-ayat leleh dia. Kang cerita korang nak muntoh pulak. Hihi. Apapun, bersyukur sangat ya Allah. Dia perkenankan doa kami (dengan usaha) yang aku nak pregnant sebelum ke Mekah. Im duk risau larat ke aku pergi sana dengan Aaris lagi, dengan baby lagi. Aku yang nak, so larat tak larat kena laratkan juga la kan? Mohon sangat supaya diperkenankan nak baby girl. Wiwiwiwi. Anak lelaki pun takpe. Baju berlambak ha. Siap dah asingkan dah. Cuma nanti nak pilih mana boleh pakai, mana idok.


Ya Allah, terima kasih kerana tak putus beri kami rezeki walaupun kadangkala kami alpa kepadaMu. Moga Kau sentiasa mengampunkan dosa-dosa kami.


Esoknya kami g confirmkan berapa minggu semua. Sekali dapat Doctor cina yang blur. Aku last period 31 Ogos so dia kata baru lagi. Baru seminggu? Pftttt. Kalau dah period untuk bulan September tak datang means dah sebulan la kan? Atte macam mana kau jadi doctor ni? Dah la gagap. Pastu aku tanya baru kerja sini ke? Haha. Patut aku tanya baru harini jadi Doctor ke? Hadoii. Lemah den. Pastu tanya estimated due date pun kata masa 3 bulan lagi. Eh hello, kalau aku anak pertama memang aku percaya je. Hishh nyesal g klinik tu. Eh tapi nanti aku check up situ la. Maleh nak g kkm. Hihi. Situ ada Doctor yang in charge on pregnancy, tapi masa aku datang tu hari Khamis so Doctor tu tak ada. Dia ada Isnin, Rabu, Jumaat. So lepas ni check up call dulu Doctor ada tak. Seb baik dekat je.

kadang-kadang rasa macam tak percaya (macam anak sulung la pulak excitednya) sebab aku try dari bulan puasa lagi. cycle period aku tak tetap so susah nak predict bila aku subur kalau ikut ovulation date ke apa kan. so ada la hari tu aku rasa aku macam subur, tapi takla cakap kat im tengah subur moh buat anak. saja suka-suka. eh boleh cakap suka-suka? wakaka. tapi siapa sangka, bila Allah nak bagi, so Dia akan bagi ye dop? Alhamdulillah sangat-sangat. aku cuba juga kaedah ni masa anak sulung haritu. tu lagi hebat, sekali je terus lekat :')


so far nak kata ada loya-loya tu ada la jugak. pastu rasa tak selesa je memanjang. malas tok sah cerita. tidur kemain awal. hopefully rasa malas ni sementara je. jadilah rajin balik seperti biasa cepat. eh rajin ke? pfttt :p

kbye!

Tuesday, October 8, 2013

.misi raya haji selesai.

hari raya haji atau hari raya aidil adha bakal tiba. 

mil aku dah tanya "zira balik mana raya haji?" 
aku tetiba macam blur "entah, eh balik sini la kan? sambil pandang muka suami. kenapa mak?" 
mak replied "buat bergedil eh?" 
aku terus sambung "eh mak tak buat laksa johor ke?" dah terbayang-bayang dah selama ni. ahaha. sebab selalunya mak bila raya haji mesti masak laksa johor.
lepas tu mak sambung "siapa nak masak? masak soto je lah" 

okay je. mak masak soto pun sodap. asal mengidam je mak masakkan soto. eh bestnya. wiwiwi.

semalam update status cakap mana nak cari jubah budak lelaki? mil cakap dekat warta ada. so wassap bella jom cari jubah Aaris petang ni. haha. then mak aku kata tak payah pergi warta banyak kereta. pergi dekat belakang pkns tu je ada. aku pun ikutlah. kedai memang jual pakaian haji dan umrah. mula-mula aku tanya akak tu "kak, ada tak size dia (sambil tunjuk Aaris)?" dia jawab "takde" tu je weh. geram aku. bila patah balik aku tengok eh macam ada saiz kecik, then sorang lagi akak layan and bagi saiz kecik. paling kecik ah but still labuh untuk Aaris. takpe, tu maktok boleh settlekan. sebab akak tu baik bila aku tanya tak boleh kurang? terus bagi rm40 dari rm49. okay la kan? balik rumah mak aku kata mahal. haha. kenapa tak mintak kurang lagi. mana ku tahuuu. dekat Mekah berapa riyal je katanya. aloh, tu dekat Mekah. 

aku beria cari jubah sebab depa kata nak pakai jubah di hari raya. babah dah ada jubah, mama pun dah ada beli borong dekat kenanga haritu. kini Aaris pun dah ada. aku bab baju dan raya memang orang paling excited la kan. wiwiwiwi. jangan tak sihat pada hari kejadian sudah. sebab aku kan dah terkena buatan orang. bahaha. doakan saya sihat dan kuat #statement nak kena lempang kali kedua :p

kan aku mengidam nak iponpaiS. mak aku dah sound awal-awal, tak payahhhhhhhh beli henpon baru. simpan duit untuk anak-anak. eh? haha. yelah mak, tapi dengan syarat mak masak sedap-sedap tau. nanti cucu mak muka macam mak lagi. eh? hehe.

baru lepas makan. tak sabar nak balik makan. muahaha.

Thursday, October 3, 2013

.soalan cepumas.

ceh tajuk, soalan cepumas. ke nak kena cepuk? haha.


dalam bulan ni kan, aku rasa dah berapa ramai tanya benda ni.


haritu abah im tanya pada im;


fil: zira tu mengandung ke? 
im: taklah, kenapa?
fil: abah tengok asik pakai baju mengandung je. perut pun macam besar.


bila im cerita balik ke aku, aku macam? pfftttt bila aku pakai baju mengandung? hahaha.


tapi haritu pun mil ada cakap, zira macam mengandung pulak pakai baju ni. ye la, saya tahu perut saya besau. tsk.


baju ni lah yang macam mengandung tu T.T


haritu jugak balik Kelana Jaya atok aku tanya kau ada lagi ke? beranak la muda-muda ni senang. 


then few days back, ada orang tanya aku bila lagi nak ada anak lagi? ikut perancangan dalam masa terdekat. tapi kuasa Allah siapa tahu kan. memang nak baby sebab aku plan gap 2 tahun je :')


tapiiii yang peliknya kenapa semuanya berkisarkan benda tu? pelik kan? haha. tapi aku fikir satu je. kata-kata tu satu doa. amin. korang suka ke aku mengandung lagi? ahahah. doakan saya sihat dan kuat. statement nak kena penampar :p

Friday, September 27, 2013

.perkembangan Aaris Zaquan.

minggu depan Aaris dah 1 tahun 5 bulan dah. kejap je masa berlalu. mama nak awak besar tapi jangan cepat sangat besar T.T

perkembangan Aaris sangat membanggakan. sebab kadang-kadang aku tak pernah ajar pun semua tu tapi dia pandai sendiri. dan tika itu pasti aku akan tersenyum sendiri. Aaris membesar di rumah pengasuh. mungkin macam-macam cabaran yang perlu dia hadapi atau mungkin juga dia happy duduk dekat situ, aku pun tak tahu. dan kadang-kadang ada time dia menangis taknak kena tinggal dekat rumah pengasuh. masa tu alahai remuk redam jiwa aku yang terpaksa juga tinggalkan dia di situ. tsk tsk.

mungkin dia belajar melalui pemerhatian dan melalui apa yang kita ajar dia. kan? ;')

antara contoh perkembangan terbaru Aaris yang aku perasan bila dia menguap dah pandai tutup mulut. alahaiiiiii, comel je tengok. budak setahun jagung dah pandai tutup mulut bila menguap kot? tak ke melting? macam pagi tadi, dia menguap then macam terlupa kot nak tutup, dah lama sikit tu baru teringat nak tutup mulut. aku perhati je sambil tersenyum :')

sekarang juga bila dia tak dapat apa yang dia nak, dia akan jerit "aaaaaahhhh" macam protes. hamboih. kadang-kadang kalau dia bengang sebab aku marah dia, dia pukul aku (macam aku selalu buat :p) tapi dia pukul banyak kali, sakit pulak tu. sabar je lah. kadang-kadang kalau aku marah dia main-main nanti dia sengih nampak gigi 5 batang dia tu. lagi sekali melting dengan anak sendiri. makin besar, makin bijak awak ni. penceria hidup kami.

sekarang juga dah sibuk nak cakap, tapi tah hape-hape la dia cakap. mungkin ada la sikit-sikit yang kami faham macam "akit" (sakit), "puuu" (lampu), "da a tu" (dah la tu) dan ada la certain benda dia dah boleh sebut tapi masih blur-blur untuk faham. tapi dia memang dah boleh faham apa yang aku cakap. kalau aku cakap "Aaris sayang mama tak?" nanti dia angguk. wiwiwiwi. omel angat :p kalau dia marah aku, nanti aku cakap "oh Aaris tak sayang mama ye?" nanti dia datang hulur kepala dia suruh kita cium dia. hehe. kelakar.

last week dah pandai gelak tutup mulut. eh eh sumpah kelakar nak mampus. tak tau mana dia dapat? kadang-kadang gelak tutup dengan satu tangan, kadang-kadang gelak tutup dua-dua tangan. eeeee geram!

bila tengok sejadah pandai ruku' konon macam solat. kadang-kadang sujud la pulak. hahaha. kalau suruh jalan dari lift sampai depan rumah (dia lead) pun dah pandai. tengok Quran pun mulut macam menyanyi konon baca Quran. haloh-haloh awak ni. pandai buat semua ni biar sampai besar pandainya ye? amin.

oh kalau suruh berjoget nombor satu la si kenit ni. siap pusing-pusing tangan kot. haih la. mama sentiasa doakan awak semoga sihat dan membesar normal macam baby yang lain. we love you, Aaris Zaquan :*


tengok, tengok perangai dia. orang kata sebiji perangai aku. eh mestilah, anak aku kan? :p


ni pun ikut mama, rajin menyapu, membersih dan lain-lain. kasi sepah pun ye juga, yang kaki sepah sama macam baba -____-"


eh saya pandai drive juga. awak nak pergi mana? maghi saya hantar :p


keluarga kecil kami. bertambah lagi nanti? insyaAllah :')

Thursday, September 12, 2013

.pertemuan penuh erti.


pagi ni heboh dengan kenalan Firdaus Haziq sharing benda ni :)
*semalam dah kecoh dia masuk berita tb tiga.

Alhamdulillah, baik sungguh pekerti budak ni. dulu aku tak berapa berkenan dengan dia ni, rambut panjang. tak gemor teman nengoknya. sekarang dah hensem sikit. haha. dia ni aku kenal secara tak sengaja. tapi dia kenal aku, sebab dia duduk belakang rumah aku. junior aku dulu, tapi sumpah tak kenal. aku kan tak bersosial :p baik je duduk rumah. haha.

dia ni kawan im. geng kereta kononnya. aku panggil pidot. nama sebenar Firdaus Haziq. maaf bro, kenduri kau aku tak pergi sebab Aaris tidur awal waktu malam sebab siang dah penat bersilat. hehe. aku ingat dia pergi menunaikan haji dengan famili, rupanya pergi seorang diri. berani kan dia? kalau cukup ilmu di dada, tiada apa yang perlu kita takut betul? respect sama lu bro. untung siapa dapat dia ni. mihmihmih. insyaAllah. 

tup-tup masuk berita semalam. mesti bangga mak bapak kau kan? Alhamdulillah. aku yang kenal sipi-sipi ni pun turut bangga dengan kau. dekat dalam facebok, aku suka dan kebayakannya hampir setuju dengan apa yang kau posted. status ke, sharing ke kan. sungguh aku kata. kadang-kadang kau pandai menyusun kata. paling penting perkara positif la, kalau negative orang benci lagi ada. hihi.

moga hati kau yang mulia ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti. congrats bro. muda-muda lagi dah pergi menunaikan haji. aku baru nak g umrah next year ha. masih lagi ada rasa gentar. best tak dekat sana? nanti aku nak dengar cerita! 

okay, tu je nak membebel sebab excited sangat. share dekat facebook tak best sebab nak tulis takleh panjang lebar. mari melalui hari yang bz dengan surat berjebah-jebah! pftttt.

Wednesday, September 11, 2013

.ingatan untuk diri sendiri.

"Adakah semua kebaikan tidak boleh diungkit?

Depan Allah boleh, depan manusia tak boleh. Kerana kita kena ingat bahawa yang memberi itu adalah Allah swt & bukan manusia.

Tanyalah Ustaz TV9. "


terima kasih atas peringatan pagi ini.

i feel like to share benda ni sebab kadang-kadang ada manusia yang mesti nak kena ungkit perkara baik yang dia buat pada orang lain. betul tak? 

mungkin kadang-kadang aku pun begitu walaupun tak pernah mengharapkan balasan atas pertolongan yang diberi. sebab aku rasa pertolongan tu terlalu kecil. 

tapi,

ingatlah bahawa setiap apa yang kita buat kerana Allah, bukan sebab mahukan balasan balik kepada orang yang kita tolong. sentiasa ingat bahawa mungkin orang yang kita tolong mungkin tak akan tolong kita balik, tapi Allah akan balas kebaikan kita tolong orang tu dengan orang lain yang akan tolong kita kelak. faham kan konsep tolong menolong ni adik-adik? 

tapi, 

kalau kau nak sombong dengan apa yang kau tolong orang lain aku takleh nak cakap apa-apa la. terus ignore dan taknak kawan dengan aku lagi dah pun tak apa. Allah ada dengan aku, insyaAllah :')

Monday, September 9, 2013

.kebaya nyonya.

last weekend aku pergi Melaka. sumpah tak plan nak beli kebaya nyonya. then mak dengan cik bella duk cerita tempat nak beli kebaya nyonya. okay aku follow je. masuk kedai ni, ada yang cantik aku berkenan bunga dan kaler tapiiiii saiz L. i is sad. plus kebaya nyonya ni satu design satu kaler. kira limited and rare gitu. belum lagi yang sulaman tangan. rm500 dan boleh capai harga rm1k. gila. tapi sumpah cantik. halus je jaitan dia. tapi aku beli yang jaitan mesin sudah. eh kantoi beli? haha.

kedai kedua kitorang masuk tu mula-mula macam kerek (acik macam mamak-mamak). ada kain dia sangkut (belum siap) cantik sangat. aku tanya berapa harga? tu yang dia jawab rm500+. bukan aku je terkejut, semua pun macam haaaa? then dia cerita la, ni pakai jaitan tangan. ambil masa 3 hari atau seminggu baru siap. corak boleh jadi bunga-bunga atau burung merak. burung cenderawasih pun ada. memang cantik. tapi kain yang belum siap tu dia akan jahitkan sekali sebab bukan semua orang boleh jahit kebaya nyonya ni. dia kena ada skill, dan paling penting belakang kena cantik je bila pakai. ohhh, baru ku tahu. kau tahu? tapi malangnya kedai acik ni tak ada baju siap yang cantik. so lepas dengar cerita yang panjang lebar tu kami pun belah :p

then masuk kedai satu ni. cik bella suka corak dan dia siap matching dengan kain. kaler brown nude macam tu. aku tak berapa nak suka kaler tu. tapi dia tak muat dah saiz S, kena pakai M. bila aku tanya im cantik tak kaler coklat tu? dia terus kata "tak. tak ceria langsung" haha. okay kita pilih kaler lain. last-last aku pilih kaler turquoise bunga pink. dia bagi aku kain pink light which is aku tak suka, tapi mak dengan bella cakap cantik. tetiba akak tu bagi satu kain hitam bunga dia kaler turquoise. ha terus suka aku. ayah pun kata "haaa cantik, cantik. dah cepat" hahahaha.

bila tengok aku terai menerai dengan cik bella, tetiba cik wawa pun nak sepasang. dah berlumba-lumba nak terai dalam satu fitting room. hoiiii panas kottt. mintak kurang haram tak dibagi. tapi last-last dapat juga kurang rm10 untuk 3 helai beli kan. dah jom makan Cendol Jam Besar.

cukup tiga kedai je aku masuk. sebab anak aku dah melasak, baba pun dah berpeluh-peluh ken. moh kita makan cendol menyejukkan badan.

itulah kisah pertama kali membeli kebaya nyonya. cik bella dah kali kedua la beli. tapi dulu beli baju je. kali ni beli satu set. aku dah fikir dah nak pakai bila. next week aku ada sedara nak tunang dengan sedara kawen. aku rasa nak pakai masa sedara tunang. hehe.

nanti i show off ye, kalau rajin. ada ke nak tengok? pftttt :p


nota kaki: ikut wishlist setiap bulan, bulan ni nak beli telekung. tapi tup-tup beli kebaya nyonya. haih. tapi semalam pakai telekung mak (Siti Khadijah) hoih terus falling in love sangat. dah la cantik. mak aku memang suka collect telekung. telekung dia semua cantik-cantik. dan aku suka suruh dia belikan telekung untuk aku. belum pernah lagi aku beli telekung sendiri. haha. semua mesti mak yang beli atau orang beri. so tengah konfius nak beli telekung kaler-kaler ke nak beli macam mak? nak bawak pergi umrah je pun :p

Friday, September 6, 2013

.media sosial.

sekarang ni media sosial sangat berleluasa kan? dari sekecik-kecik anak dah pandai unlock screen iPhone atau iPad. ni aku cerita based on pengalaman; anak aku sendiri. haih. haha. dulu aku kan kena PLKN, so masa tu la baru dapat henpon. tu pun henpon Nokia 3315 mak aku. paling hebat dah la masa tu. haha. sekarang ni adik aku form 4 tu dah pakai Blackberry Bold 2 aku dulu. henpon ni paling aku sayangggggg sangat. dulu bagi mak aku pakai, then mak aku pakai iPhone 4S im dulu (pun tak jual sebab sayang) so boleh la bagi dia guna Blackberry tu. henpon kitorang turun temurun. hihi. tu belum henpon dedulu macam Motorola V3 aku dah jadi macam mainan je. nak jual pun tak laku. bahaha.

dulu masa Note baru keluar im racun aku tukar dari Blackberry Torch ke Samsung Note, tapi lepas bersalin makin teruk battery dia. so incik suami racun pakai iPhone pulak, haha. terus jatuh cinta. bila bagi aku Samsung balik aku dah blur macam mana nak guna. haha. tapi sekarang bersepah kawan-kawan aku pakai Samsung lagi-lagi Note II. but i is tak heran sebab aku tau battery Samsung laju macam air, nyampah. aku aim iPhone 5S je lepas ni sebab incik suami dah beli iPhone 5 so dia kata aku kalau nak beli henpon baru beli iPhone 5S je nanti. dengar cerita nak launch September ni kan? kau ada ke duit? bahahaha. nak g umrah lagi. pfttt. berangan. tapi takpe, angan-angan akan jadi kenyataan insyaAllah. yang pasti dengan usaha :')

back to story. dulu masa ada Friendster (macam ni ke eja eh?) aku lagi suka Friendster dari Myspace. pastu dah taknak main Friendster main Myspace kejap. then last-last bukak juga account Facebook. mula-mula macam peghak, segala benda nak update. hari-hari mesti nak cakap sesuatu. mesti nak marah-marah or what so eber. sekarang dah matang sikit (ye ke? :p) dah pandai fikir mana baik mana buruk. tak kan asik nak marah-marah je dan buat orang fikir negative pasal hidup kita kan? no, no, no. ingat, kata-kata satu DOA.

then aku kenal pulak dengan belog. eh masa ni pun baru-baru bukak Facebook. kira sama naik dengan kenal belog la. pernah la dapat income sekali. walaupun aku just suka-suka je. konon impian nak jadi macam RedMummy. tapi nak kesini sinun pasal advert bagai malas la pulok ghasanya. haha.

then Twitter. ni aku tak berapa nak active la. cuma bila aku marah aku luah dekat sini selain belog. hihi. tapi Twitter takleh nak merepek raban macam dalam belog. sukati nak tulis panjang mana pun kan? wiwiwiwi.

oh ye, satu lagi instagram. Samsung kan ciplak semua application dalam ios. so masa pakai Note dulu aku dah ada account instagram. seghonok tengok gambar-gambar orang kan? sampai dah tak tertengok dah sekarang :p

conclusion nya, zaman sekarang ni zaman it kengkononnya kan? tapi aku taklah terror sangat sebab malas nak mengadap. macam im dia minat. eh apa yang dia tak minat tah? haha. dan bagi aku each account ada benda yang kita rasa nak share dekat Facebook, ada benda kita share dengan belog. dan begitu juga dengan instagram dan twitter. instagram semua pasal gambor je la kan. hehe. tapi kalau orang yang ada satu je account dalam media sosial ni mesti dia peghak segala benda nak cerita dalam satu account tu ye tak? hihi. tapi itu hak individu, siapa kau nak halang kan :p

dah moh layan gambar Aaris yang semakin hari semakin "bijak" sangat. semoga awak sentiasa sihat dan active sayang. you knows mama and baba loves you so much kan? *hugsss*


ini paling poyo. kau tau seminit je dia duduk macam tu. pastu dia akan tekan screen so video tu akan pause. then dia akan jatuhkan iPad tu. sebab? cepat bosan. haha. dia boleh mengadap kalau orang tu main game, masa tu dia khusyuk tengok. baba dia rajin layan, aku? malas sebab iPad berat. muahaha. lagipun aku tak suka main game. benciiii. tak paham kenapa orang boleh ngadap main game? 

aku beli iPad sebab nak suruh dia layan cerita kartun ke apa bila pergi mana-mana. tapi Aaris ni sebijik mama dia, cepat bosan :p so baba la rajin guna iPad, charge iPad segala. hihi.


ni lagi satu perangai sebijik aku. suka Anuar Zain. kau tau dia boleh tidur sambil tengok dan dengar video clip ni (Ajari Aku). cara pegang tak menahan. hehe.


 ni semalam punya cerita. kalau aku tengah khusyuk tengok henpon mesti dia rampas iPhone aku. tak pun nak duduk dekat peha nak tengok apa yang aku tengok la konon. so semalam aku biar dia amik henpon aku then aku tengok tv. pastu senyap je, sekali tengok baik punya landing macam ni. laju-laju cari iPad nak tangkap gambor. hahaha. pastu aku tengok apa yang dia khusyuk sangat? dia tengah tengok video diri sendiri. hahaha. bijak la haiii awak ni :)

 makin lama makin besar dah anak mama ni. cakap pun dah pandai sikit-sikit. hujung-hujung je dengar. and mostly dia dah faham apa yang kita cakap, cuma tak boleh nak respond dengan perkataan je lagi. nanti bila dah cakap letih nak jawab soalan dia la pulak ye? hehehe. 

okay, sekian laporan dari belog saya. sampai ketemu lagi nanti :D

Thursday, September 5, 2013

.jamuan raya lagi.

semalam aku bangun lambat. sekali Aaris pun bangun, adoii pastu buat hal taknak letak. hangin aku sekejap. tak pasal-pasal kena marah sebab aku kalut nak mandi and siapkan segala benda kan. kesian Aaris. mahap ye nak. baba takde tu yang mama duk kelam kabut.

ok dah tukar topic. 

so semalam adalah hari yang ditunggu-tunggu. acara makan-makan di hari raya! kitorang plan nak buat makan-makan untuk unit instrumentasi semalam. collect duit sikit-sikit, ada yang sponsor air, cendol, kuih muih etc. makanan is super banyak. yang penting ikut tekak kami. seronok sangat. unit instrumentasi ada la dalam 20 orang termasuk bos dan pengurus makmal. 

nindia orang admin dan orang-orang makmal. masa ni aku g balik kejap amik cendol. sebab bila orang tanya ada tak kenal siapa-siapa yang buat cendol sedap? haruslah aku jawab ayah den. wiwiwiwi.


pompuan 5 orang ye dekat lab. unit instrumentasi terkenal dengan panggilan budak-budak lab sebab dorang jaga alat gunasama. kira alat tu untuk pelajar-pelajar ukm/luar ukm guna.


okay ni masa bos tengah berucap sesikit konon.


3 orang dah jadi mak dara. ce teka mana yang bujang? jeng jeng jeng.


antara menu makanan yang ada. satay is wajib. 


nasi impit beli dan rebus sendiri. tapi bukan aku la yang rebus. haha.


buah-buahan dan kek.


samosa dan pizza. sedap! cuma samosa tu macam abang burn sikit. wakaka.


nasi arab. daging tu masak stew makan dengan roti. tapi makan dengan nasi arab pon sedap. sedap gila ok. phew!


ini dia cendol PakMan. dari hari Sabtu lagi aku tanya ayah aku boleh tak buat? dia cakap tak boleh, mana sempat. siapa nak bancuh nanti bla, bla bla. tapi mak aku kata boleh nanti dia beli la santan pagi tu bla, bla, bla. sampai la hari Selasa malam baru cakap cendol is on. hahaha. nasib baik jadi kalau tak i is malu.

mak aku dah start kursus 3 bulan (bagi orang yang nak bersara) sebelum bersara. so dia ada kelas sampai kul 11. balik-balik terus bancuh santan, cendol etc. Alhamdulillah semua suka cendol PakMan. sedap gila juga katanya. *ayah aku siap sajes bawak punch bowl baru cantik nak hidang katanya. aku? tak kuasa mak nyah nak angkut barang banyak-banyak. haha. kesimpulannya semua makanan sangat sedap semalam. puas hati. 

cuma konon-konon jamuan raya tapi semua tak pakai baju raya macam jamuan raya dekat office induk. hihi.

nak tengok tak bos ai? ke dah pernah tengok? hihi. meh scroll sikit. 

















sikit je lagi...


























TADA! 



macam cina kan? dia dulu kerja factory. so tau la orang swasta kerja macam mana kan. tapi dia pun dah ikut budaya gomen dah sikit-sikit. hihi.

tu tokey emas tengah buat air bandung soda. tokey emas ni jual pineng powerbank juga. hehe.

bila buat makan-makan macam ni baru rasa majikan dengan pekerja sangat close. tapi bos kami memang close pun dengan semua. hari-hari panggil, call, email nak follow up kerja. orang swasta kan.

tahun depan boleh buat lagi. sekian :D

jumpa lagi di lain entry. hihi.

Tuesday, September 3, 2013

.fikir dulu sebelum cakap.

aku tengok je orang duk tweet, update status pasal minyak naik. mostly semua marah dan kaitkan dengan bien menang haritu. then penyokong bien pun marah lalu cakap "harga rokok naik orang tak marah pun?"

eh eh bodow ke apa? kenapa kena kaitkan sampai macam tu? then harini aku terbaca orang share benda ni;


"harga rokok naik bukan semua hisap rokok & merasa kesannya melainkan perokok, tapi bila petrol naik harga, kau perokok ke tak, tetap gak merasa kenaikan...


jangan salahkan perokok kalau tetiba harga coli naik sebab majoriti perokok tidak datang dari kalangan pemakai coli

bagi contoh nak argue biar bijak, jangan tunjuk benak macam tak faham isu..."

kelakar. pastu ada pulak yang cakap tak payah kecoh-kecoh naik basikal je kalau tak puas hati. cik adik yang manis, tak guna belajar tinggi-tinggi ye? kalau tak tinggi tak apa juga. bazir je bayar dekat "universiti buka". tolong jangan kait dengan parti or what so ever. kaitkan dengan duit yang kita ada dengan kenaikan harga barang dalam Malaysia. bila minyak naik, harga barang pun akan naik. sebab? nak hantar barang semua guna minyak/petrol. ada ke orang nak hantar setan lori barang naik basikal? aduhai. cakap bodoh kang marah. please lah, buka minda tu besar besar. jangan duk fikir diri sendiri je, fikir orang lain yang terbeban. ada orang yang duduk dengan makpak so tak terasa sangat. memang orang duk heboh sebab dulu kata tak naik. sekarang apa sudah jadi? memang benda dah jadi, kita pun tak boleh nak ubah apa-apa. tapi tolong jangan keluarkan kenyataan yang macam tak masuk dek akal. minyak naik 20sen seliter, bukan setakat 20 je naik. 

dan tolonglah jangan guna tagline Malaysia masih aman. rumah mak aku 2x kena rompak so aku tak pernah rasa selamat dengan negara ni, rakyat asing bersepah-sepah tapi what to do terpaksa juga hidup di negara ni sebab ini tanah tumpah negara aku cuma kita perlu lebih berwaspada. but lepas ni rompak samun mungkin akan lebih berleluasa sebab segala benda naik, tapi gaji still macam tu. bukan tak bersyukur, tapi compared dengan negara-negara jiran yang bukan pengeluar minyak pun rate gaji mereka lebih tinggi dari kita rakyat Malaysia yang negaranya pengeluar minyak. kita adalah negara pengeluar minyak ye kawan-kawan. indon datang sini balik negara dia jadi jutawan kot :)

fikir nak jimat minyak kurangkan apa yang kita belanja sekarang. insyaAllah. selama ni pun aku duk berjimat. lagi-lagi sebab dah ada anak ni kos hidup jadi lebih sikit. bukan mengeluh, sumpah tidak cuma aku nak mention dari segi berjimat tu macam mana nak berjimat. nak kata henpon aku mahal, last tukar birthday tahun lepas. kereta mahal? myvi je kot. rumah pun kecik tapi bayar bulan-bulan rm720. belum masuk maintenance (duduk apartment kan) segala. paling busuk cecah rm900 untuk rumah. belum masuk cukai pintu, indah water yang bayar tiap tahun or suku tahun. insurance rumah. semua rumah ye belum masuk maintenance kereta. tapi syukur maintenance diri kerajaan tanggung. mungkin cara berjimat orang lain-lain kan.

satu je aku nak cakap, rakyat tak bodoh. so tolong fikir sebelum cakap. 

Thursday, August 29, 2013

.fed up.

kadang-kadang aku bosan gila dengan kerja sekarang. benciiiii. hari-hari mesti ada perkara yang menyampah. semalam pasal makan. order last minute pastu demand nak makan sedap. nak kena pelempang? ish. cuba kau jadi aku, duduk tempat aku. kira nasib baik ada orang nak ambil order tu untuk bagi korang makan free.

petang pula kalut kata surat kena reply. surat tu aku tak pernah nampak pun. nasib baik orang yang buat surat tu tak keberatan nak fakskan balik surat yang diminta reply tu. selidik punya selidik, surat tu memang tak lalu langsung pada aku. surat tu ada seorang hamba Allah ni serah sendiri pada si polan yang minta surat tu pada aku. geram gila. siap salahkan orang lain. aku ada tanya "tah-tah surat tu kat kau" pastu dia buat muka pelik. pftttt. nasib baik aku tak reveal pada dia perkara sebenar. 

aku ni dah la kena deal dengan orang dan surat. pening kepala. bos pula time okay, okayyyyy sangat. time kelam kelibut dia (panic punya orang) mampus aku penat ikut kerenah dia. dulu ada bos perempuan pilih kasih pula. boringggg. 

jeles dengan adik aku, dia pun jadi instant PA juga. bos dia yang rekemen dia kerja situ lepas praktikal. mula-mula jadi kerani, lepas PA bos bersara tetiba dia kena jadi PA bos. tapi bos dia best. gila-gila. yang tak best bila dia naik hantu diam sudah. buat kerja je. haha. teringin bos perempuan yang baik hati tapi gila-gilaaaaa. zaman sekarang susah cari kerja. aku ni berapa kali interview untuk naik N27, tapi masih takde rezeki. tapi takpe, elaun banyak jadi PA ni. haha. adik aku, ada degree, jadi PA. pun takpe sebab cari rezeki halal insyaAllah diberkati.

tapi sampai bila nak kerja makan gaji? bosan bak ang. aku lebih rela duduk rumah jaga anak sendiri. tunggu masa je, tunggu masa. semoga Allah mudahkan segalanya. im ada projek niaga. aku okay je kalau dia betul-betul nak buat dan boleh buat family kami lebih selesa dari sekarang. sekarang semua cukup Alhamdulillah tapi sampai bila kami nak duduk rumah kecik ni? memang nak sangat duduk rumah yang ada tanah. sekarang ni dengar rumah dekat Bangi semua main setengah juta. kalau kerja kerajaan kau mampu nak beli? rata-rata yang kerja dekat macam aku semua duduk Nilai, Dengkil. sebab situ range harga rumah tak berapa nak mahal. tapi kau main cost dekat minyak, tol dan sebagainya. belum serabut dengan jammed.

ini bukan keluhan, ini kenyataan. aku tak kisah if orang tak faham dengan apa yang aku tulis, tapi aku nak hati aku puas lepas luahkan pada belog sendiri. nak lepaskan keluhan sekejap. letih la, puasa last day hari ini. puasa puasa memang lagi banyak dugaan kan? 



-_________________________________________-

Tuesday, August 27, 2013

.tetamu spesial ke rumah.

dari haritu lagi family aku nak datang beraya, dorang memang selalu datang rumah aku lagi-lagi bila nak tolong buat kuih. tapi semalam datang beraya. so aku lebih semangat nak masak. since ayam je ada dekat dalam peti, maka aku pun ke pasor waktu lunch. nak beli tulang lembu asik makan sup je. so beli ikan pari. ada ikan siakap, tapi taknak nak ikan pari juga sedap buat asam pedas, yums. haha. beli daun kesum, bunga kantan segala siap :D

balik je kerja terus masak sebab cik bella puasa. so aku agak mesti nak berbuka sini. dia balik lewat so aku suruh dia datang terus dengan mak semua sekali. sepatutnya aku nak suruh dia tolong masak. haha. im pun aku suruh jaga anak je dan masak nasi. so sebelum maghrib dah settled semua. sekali dah azan, eh mana dorang ni? aku whats app sekali cakap datang lepas maghrib sebab nanti berebut rebut nak solat. maka makan la dulu kami berdua sebab memasing dah lapar. haha.


ini yang aku masak. memula nak masuk bendi dalam asam pedas, then tengok brokoli banyak pula, esok mesti dah tak elok so tukar plan. tapi plan asal nak masak brokoli cendawan, tapi sebab nanti ayah tak ada sayur so tambah kobis bunga. ayam untuk adik lelaki. sebab dia pun bukan jenis makan sayur. ikan bilis dengan tempe kicap kira macam menu kesukaan family aku la. senang. mudah dan cepat. tapi mak selalu beli tempe daun, aku sebab dah takde daun, plastic pun boleh. licin okay. dan ayah aku pun makan selera je. patutnya dia tak suka asam pedas bubuh daun kesum segala, tapi semalam ok je? sebab extra pedas kot. aku pakai cili giling je sebab takde masa nak rebus-rebus segala. so mak aku kata sebab tu pedas menggila. pagi tadi baru aku teringat aku g letak extra lima biji cili padi semalam patutlah pedas. haha. tak sempat makan kuih raya pun. jeruk pun aku lupa nak bagi padahal dah letak kat meja atas dapur je tu.

adik pula beli murtabak uniten yang besar tu. mak bagi kek batik lagi. hoih memang meriah makanan semalam. Alhamdulillah. langsir pintu pun dah siap mak bagi semalam, tinggal langsir ruang tamu je. pasang tu tak tau bila. tunggu orang nak datang beraya lah kot. hehe.

lama dah family belah imran tak datang rumah aku. kalau sudi, meh la datang. i masak apa yang ada je lah. hehe. satu lagi family tunggu turn je nak datang. family Azfar Shah. hehe. tiap-tiap tahun datang mesti minta menu spaghetti je, stock spaghetti dan sos dia memang sentiasa ada stock dalam kabinet. aku pakai segera punya je, mudah dan cepat. yang penting sedap. haha.

mehlah kawan-kawan datang beraya rumah kecil saya. hari raya ni, elok kita bermaaf-maafan. aku ni marah kejap je, sebab aku pegang prinsip orang kalau buat baik tak kan kita nak buat jahat kan? musuh jangan dicari. walaupun orang ramai tak suka aku, takpelah. asalkan Allah tak benci aku. Selamat Hari Raya! :)

Thursday, August 22, 2013

.apa dah jadi dengan dunia ini?.

kenapa perlu jadi begini? kenapa perlu berperang? maaf aku memang tak baca atau tak tahu pasal pengetahuan am ni, kalau boleh taknak ambil tahu pun. tapi memandangkan orang ramai yang share dan ianya melibatkan kanak-kanak, aku jadi sedih yang teramat. 

kesian sangat. mana pergi peri kemanusiaan yang patut ada pada seorang manusia? membunuh dengan kejam tanpa ada rasa sedikit pun belas kasihan. Ya Allah, berilah petunjuk kepada mereka-mereka ini. bantulah mereka-mereka ini untuk kuat perjuangkan apa yang sedang mereka perjuangkan. syahidlah bagi kamu semua para syuhada'. syurgalah bagi kamu anak-anak yang tidak berdosa.

dulu, video pasal perang di Lahad Datu. kini di Syira, kemudian? syukurlah "Malaysia masih aman".


Tuesday, August 20, 2013

.seronoknya berniaga.

seronok tengok kawan-kawan sama berniaga kan? lagi-lagi yang beri aura positif kepada kita. bukan kerja nak tiru kita je. then ada pulak orang kata, orang yang tiru tulah orang yang akan lebih berjaya. ye aku setuju, tapi kalau setiap ayat yang aku cakap, dia nak cakap jugak ape kes? tapi salah aku juga, siapa suruh tak letak TM kecik atau R dalam bulatan menandakan aku punya kan? tapi common sense la. be creative please people :) *aku tak marah, geram manja je. haha

kawan aku sorang ni officemate aku (dia yang perkenalkan aku pada Dr. Azizan). dulu jual baju baby, barang-barang baby semua. then berkecimpung pulak dalam bidang emas. pastu lening niaga powerbank PINENG pulak. bagus gilak powerbank ni aku dengar. tahan lama katanya. then im pun beli sebijik. boleh tumpang kalau malas bawak si transformers tu. hihi. paling aku suka bila kawan-kawan lain cakap "eh kau ni macam-macam ada jual" apa jawapan dia? "kita berniaga untuk menyelesaikan masalah orang". faham ke faham? tiada masalah dalam dunia ini yang tiada penyelesaiannya bukan? fikir dan fikir dan fikir. mana tahu dapat satu masalah dah boleh start berniaga? ;) dan aku dengar dengan powerbank ni dia dah ada account/nama company. Positive Circle Enterprise. hehe. aku tengok je nama company dia aku dah senyum. sebab orang yang pergi kelas Dr. Azizan memang sentiasa positive :D dia ni jugak rajin gila study pasal macam mana nak tingkatkan jualan melalui facebook. pastu siap ajar aku. bagus kan? hehe. tapi aku tak dan nak buat sungguh-sungguh lagi. komitmen terlalu tinggi (tengok-tengok, masih beralasan. biawak banyak sangat ni).

semoga kau berjaya dunia akhirat beq!

im dulu register company dulu sebab memang nak bisnes aksesori henfon. then beralih pada baju-bajan. kini dengan produk makanan. semoga dipermudahkan :))

ada sorang lagi kawan, dia memang based dari keluarga yang berniaga. bak kata dia "aku orang susoh zeera" tapi sekarang alhamdulillah. tapi haritu dia ada tanya pasal ssm, tak pasti dah buat ke belum nama/account company. dia tak pernah pergi kursus Dr. Azizan walaupun dia nak sangat pergi. tapi takpe, aku adore sangat semangat dia. dia dealer emas GCP. duduk rumah jaga anak, sambil online duit masuk sentiasa. seronok gila kan? aku jeles dengan dia. walaupun dia ada master, tapi takde rezeki nak kerja lagi sebab lepas habis study terus mengandung. then jaga anak dekat rumah sambil dapat income untuk tolong suami. tapi orang ganung memang minat ke emas-emas ni kan. dia kawan aku dalam entry lepas, eyna musa. yang ku kenal masa zaman matrikulasi dulu.

alhamdulillah kami masih berkawan hingga kini. 

kadang-kadang dalam bisnes ni kita kena ada kepakaran, kepakaran dalam berkata-kata yang boleh buat orang terpaku. aku masih belajar lagi pasal benda tu. hehe. ayuh kawan-kawan, mari hidup luar biasa. walaupun aku tak tahu bagaimana caranya, aku tetap nak hidup luar biasa!
 
Blog Template by Delicious Design Studio