1. konon macam nak bersalin dekat az-zahrah since imran pernah tanya az-zahrah cover untuk bersalin (under panel TM) kecuali jumpa 2x pakar. itu kena bayar sendiri. tapi aku taknak check up situ. buff sangat. tak sanggup acik. but still kena ada saving in case ada case yang tidak dijangka.
2. nak hangkut anak dari parking ke rumah. selama ni sorang anak aku memang hangkut je sendiri. kadang-kadang dukung, kadang-kadang suruh dia jalan (since dia dah boleh jalan sendiri). then kalau dah anda 2 anak nanti macam mana? sebab parking aku macam tingkat 2 setengah. so kena naik tangga sikit untuk ke tingkat 3 then baru jalan terus ke lift. payah kan? dah la time balik kerja tak sama dengan im. seksa (belum pun keluar anak ha) so aku dah fikir solution dia, aku nak beli satu lagi stroller yang mudah bukak dan lipat. paling penting ringan. macam buggy ke namanya kan? and nak beli baru untuk baby car seat. senang nak attach dengan stroller quinny kalau pergi jalan-jalan. wiwiwi.
3. aku nak beli breast pump baru - dah booking dah pun. aku dapat murah gila untuk Medela Freestyle, so gila tak beli? muahahaha. breast pump ni aku guna duit aku sebab aku yang beria nak. but still aku bincang dengan im. hihi. tapi lepas tu aku juga yang buat keputusan, cuma macam bagitahu dia je la apa yang aku plan dan apa keputusan aku. yang Medela Mini Electric (breast pump lama) aku nak letgo tapi bila fikir-fikir balik rasa sayang pula? ngeng. Avent Manual breast pump tu aku nak keep sebab best. cuma mungkin kena beli accessories yang baru.
4. satu lagi nak beli baby cot. tapi masih fikir perlu ke? since dulu aku pernah cakap kalau ada baby lagi aku nak jugak beli baby cot. haha. master bedroom aku kecil. so macam pening nak fikir macam mana nak tidur berempat nanti. sebab Aaris memang taknak tidur katil dia. grr. so sekarang pun kitorang tidur melintang. kesian baba kaki tergantung. ingat nak letak katil single sebelah katil queen. tapi sempit nanti. hurm. last choice simpan katil beli tilam lagi satu, ha tidur bergelimpangan semua dekat bawah tak payah katil. haha.
so far ini je yang sedikit memeningkan kepala aku. dah pregnant kali ni memag asik pening je. angin nak keluar tak lepas. kadang-kadang rasa nak pitam pun ada. sabar je lah. pahala kot kan :p
makan pun kali ni tak berapa nak lalu. rasa nak makan buah je. sebab tu im rajin tanya aku nak makan apa sebab selera makan tak berapa nak ada. bulan ni boleh kira berapa kali aku masak. gila tak larat. pastu bila masak sendiri tak lalu nak makan. dugaan sangat T.T kalau boleh cepatlah berlalu segala keloyaan dan kemualan segala ini. tapi al pelik bin ajaib berat dah naik 2kg. haha.
ni dari Isnin haritu teringin nak makan ikan cencaru bakar. biarpun dah banyak kali makan tetap teringin lagi. ni kes makan tak cukup masa mak masak haritu. hihi. so ingat nak masak sendiri tapi tak lalu nak g pasar. aku tak boleh bau benda busuk mesti nak muntah. mengada sangat kan? moody toksah cerita. oih banyak sangat kerenah kali ni :/
takpelah, demi baby. tapi sorry to baba la sebab aku tak larat. tapi kemas rumah tetap sebab nanti lagi sakit kepala. terima kasih kerana memahami. doakan semoga saya cepat sihat dan kembali seperti yang dulu. kihkih.

0 comments:
Post a Comment