last weekend aku pergi Melaka. sumpah tak plan nak beli kebaya nyonya. then mak dengan cik bella duk cerita tempat nak beli kebaya nyonya. okay aku follow je. masuk kedai ni, ada yang cantik aku berkenan bunga dan kaler tapiiiii saiz L. i is sad. plus kebaya nyonya ni satu design satu kaler. kira limited and rare gitu. belum lagi yang sulaman tangan. rm500 dan boleh capai harga rm1k. gila. tapi sumpah cantik. halus je jaitan dia. tapi aku beli yang jaitan mesin sudah. eh kantoi beli? haha.
kedai kedua kitorang masuk tu mula-mula macam kerek (acik macam mamak-mamak). ada kain dia sangkut (belum siap) cantik sangat. aku tanya berapa harga? tu yang dia jawab rm500+. bukan aku je terkejut, semua pun macam haaaa? then dia cerita la, ni pakai jaitan tangan. ambil masa 3 hari atau seminggu baru siap. corak boleh jadi bunga-bunga atau burung merak. burung cenderawasih pun ada. memang cantik. tapi kain yang belum siap tu dia akan jahitkan sekali sebab bukan semua orang boleh jahit kebaya nyonya ni. dia kena ada skill, dan paling penting belakang kena cantik je bila pakai. ohhh, baru ku tahu. kau tahu? tapi malangnya kedai acik ni tak ada baju siap yang cantik. so lepas dengar cerita yang panjang lebar tu kami pun belah :p
then masuk kedai satu ni. cik bella suka corak dan dia siap matching dengan kain. kaler brown nude macam tu. aku tak berapa nak suka kaler tu. tapi dia tak muat dah saiz S, kena pakai M. bila aku tanya im cantik tak kaler coklat tu? dia terus kata "tak. tak ceria langsung" haha. okay kita pilih kaler lain. last-last aku pilih kaler turquoise bunga pink. dia bagi aku kain pink light which is aku tak suka, tapi mak dengan bella cakap cantik. tetiba akak tu bagi satu kain hitam bunga dia kaler turquoise. ha terus suka aku. ayah pun kata "haaa cantik, cantik. dah cepat" hahahaha.
bila tengok aku terai menerai dengan cik bella, tetiba cik wawa pun nak sepasang. dah berlumba-lumba nak terai dalam satu fitting room. hoiiii panas kottt. mintak kurang haram tak dibagi. tapi last-last dapat juga kurang rm10 untuk 3 helai beli kan. dah jom makan Cendol Jam Besar.
cukup tiga kedai je aku masuk. sebab anak aku dah melasak, baba pun dah berpeluh-peluh ken. moh kita makan cendol menyejukkan badan.
itulah kisah pertama kali membeli kebaya nyonya. cik bella dah kali kedua la beli. tapi dulu beli baju je. kali ni beli satu set. aku dah fikir dah nak pakai bila. next week aku ada sedara nak tunang dengan sedara kawen. aku rasa nak pakai masa sedara tunang. hehe.
nanti i show off ye, kalau rajin. ada ke nak tengok? pftttt :p
nota kaki: ikut wishlist setiap bulan, bulan ni nak beli telekung. tapi tup-tup beli kebaya nyonya. haih. tapi semalam pakai telekung mak (Siti Khadijah) hoih terus falling in love sangat. dah la cantik. mak aku memang suka collect telekung. telekung dia semua cantik-cantik. dan aku suka suruh dia belikan telekung untuk aku. belum pernah lagi aku beli telekung sendiri. haha. semua mesti mak yang beli atau orang beri. so tengah konfius nak beli telekung kaler-kaler ke nak beli macam mak? nak bawak pergi umrah je pun :p
1 comments:
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Post a Comment