ada yang dah tahu pasal bisnes kedua kami ni kan? #softicecream.
honey cornflakes berjalan seperti biasa. cuma sekarang permintaan dah kurang. tak kan orang nak makan kuih raya sepanjang masa kan. so kami hold dulu. buat benda lain. kawan dia dah lama buat benda ni. sharing dengan dia pasal untung dan sales. so dia jadi high nak buat. mula-mula aku tak campur sangat. lama-lama macam kena ambil tahu sebab orang asik duk tanya aku. first event dekat Salak Tinggi. akak tu aku kenal melalui fb je. aku beli Shaklee dengan dia. dia pun support aku beli honey cornflakes, sampai berbelas balang. pastu tahu suami aku buat ice cream dia nak juga sempena Majlis Hari Jadi anak dia. terima kasih banyak-banyak kak support kami :)
so ni event kedua kami. kira #softicecream ni perniagaan usahasama imran dengan kawan dia. #bobosofticecream. so barang-barang icecream imran beli dengan bobo.
memandangkan kesian dekat suami, so aku pun ikut la dia pergi event Sabtu lepas. hoi, mencabar. mula-mula cuaca cantik je. sekali hujan lebat kata kau. pastu reda tapi still rintik-rintik air bergelora. hujan lebat lagi berlarutan kejap reda kejap lebat sampai habis event. hoho. Aaris kami tinggalkan dekat mak aku.
rupanya event dia Majlis Hari Jadi anak dia yang berusia setahun dan Majlis Aqiqah. tengok anak dia, teringat anak aku kat rumah. tsk. mejelis dia siap ada clown okay. ha kerlas kan. kira tuan rumah ni sangat pentingkan tetamu dia. baik pulak tu encik irwan (nama tuan rumah) ni. selalu jugak datang lepak borak-borak sambil mintak icecream. makanan pun banyak. ada laksa, ada kambing golek, ada nasi goreng, ayam golek pun ada, mushroom soup, ada mihun sup. tu je kot? hee.
moh layan gambar sekitar event di Selayang.
baru lepas set up everything. renyah bila kena pasang khemah je.
tengah tonton persembahan clown. siap buat magic.
cake dan manisan semua dekat dalam. aku tak masuk pun. takla dalam mana, porch kereta je pun. malu. ke malas? :p
budak-budak yang sporting sangat. mula-mula semua malu-malu kucing sekali dah lama-lama semua cerita keluar. mostly diorang ni satu sekolah. baju hijau dengan 2 orang perempuan tu sebaya. so selalu gaduh sesama sendiri. kelakar pun ada. haha. yang kecik sekali tu mula-mula sombong kata tak sedap icecream tu bila bapak dia suruh rasa dulu. sekali ha amik kau sampai ke sudah tak berhenti makan.
masa aku ambil gambar ni abang ni dah malu-malu. pastu cakap "eh janganlah ambil gambar saya kak" hahaha.
ada fruit salad sekali. yang bakar pun ada. dressing pun ada macam coleslaw dan sos-sos dia.
ha tengok, pakcik-pakcik ni layan jugak icecream ni. kata FREE. rugi tak makan kan?
anda nak kami datang ke majlis anda bagi memeriahkan suasana? tempah kami sekarang dengan minimum order hanya rm300/kon, FREE transportation fees (tapi hanya valid di Lembah Klang sahaja). anda pasti suka. untuk bulan October tempahan dah penuh. untuk bulan November kita boleh bincang. ayuh tempah sekarang! :D
0 comments:
Post a Comment