sejak lahir, Aaris Zaquan memang minum susu mama sahaja. Alhamdulillah, so far masih ada rezeki untuk anak mama ni. aku pun terkejut masa nurse kata kena susukan dia, dia hisap dan macam dah ada susu. bila kenyang dia lepas :') but masa mula-mula sakit oh sebab anak lelaki memang kuat menyusu orang kata *ramai yang kata. mungkin sebab susu tak banyak dan hisapan dia kuat maka sampai melecet nipples tu T_T
but after urut Alhamdulillah, rezeki Aaris melimpah ruah. mula-mula aku hanya pump menggunakan manual pump dari Avent. sekarang aku guna electric pump dari Spectra.
sejak sebulan lalu, aku giat pump untuk buat stok memandangkan aku kini tinggal tidak sampai sebulan untuk kembali ke kantor. maka stok yang cukup perlu untuk Aaris semasa aku bekerja. dan aku banyak membaca pasal Shaklee since aku mengandung dan Shaklee termasuk dalam wishlist untuk membeli set confinement. malangnya setelah berfikir dua tiga kali (sebab aku bukan jenis rajin makan ubat) maka aku pun beli set Tanamera setelah diperkenalkan oleh rakan sekolah. tapi kini aku tertarik dengan artikel dan testimoni orang yang pernah menggunakan Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP sebagai milk booster.
isnin lalu aku mula minum ESP ni.
dia rasa macam soya. sebelah tu shaker dia. sebab ESP ni perlu diancuh dengan air suam atau sejuk. kalau dibancuh dengan air panas, maka hilanglah segala protin yang terkandung.
untuk lebih sedap, saya minum dengan ni semua. kalau minum bancuh dengan air suam je tak lalu -.-"
but bila menyusukan anak ni, kita kena positif yang kita boleh susukan dia sampai umur 2 tahun. ececewah, pandai cakap sebab kadang-kadang aku pun down sebab hasil tak menentu. sebab tu la aku decide untuk ambil supplement. incik suami pun selalu bising aku kena minum susu bila mana aku selalu letih dan sakit badan. salah satu sebab yang mana bila kita kekurangan kalsium kan. kadang-kadang bila dia dah bancuh, terpaksa la minum. susu kambing, siapa suka? saya suka sangat *tangan dibahu mata ke atas :p
nanti saya akan update testimoni pasal ESP ni ek :') sekian berita hari ini. terima kasih kerana sudi membaca!
1 comments:
zeera beli ESP tu skali ngan shaker ke?sy minum ESP gak tp shakernya takde kn bl kat tpt lain...
aswanida_84@yahoo.com
Post a Comment