Thursday, July 26, 2012

.corat-coret persiapan raya.

dapat BONUS? Alhamdulillah.

lagi-lagi bagi kakitangan kerajaan, siapa yang tak suka? walaupun tak semeghiah yang kakitangan swasta dapat tapi kakitangan kerajaan bersyukur dengan apa yang ado. heh. *ye ke? tapi kakitangan swasta sibuk marah kakitangan cabuk macam aku ni dapat bonus, berapa la sangat yang dapat pun. yang untung tetap orang atas, yang bawah pun untung sebab bayaran minimum is rm500. apa-apapun, Alhamdulillah.

sekarang setiap sen yang dapat aku berkira. sebab membesarkan anak memang perlu belanja yang besar. aku malu kalau pinjam duit orang untuk beli susu anak. malu pinjam duit mak ayah sebab tak cukup duit sebelum gaji. sebab malu, aku mesti mula berjimat cermat. 

sebulan gaji sudah ku habiskan dengan membeli belah baju aku dan anak *balas dendam :p bulan kedua baju baba setel untuk raya. baju aku lagi, tidak dilupa. haha. dan bulan ketiga sibuk shopping baju raya pertama. plus chest freezer untuk isi EBM. semua perlu duit. kadang-kadang hampir pening fikir pasal duit. maka aku selalu ingat pesan emak, jika kita kejar dunia, memang segalanya tidak cukup. jika kita kejar Akhirat, insyaAllah kedua-duanya kita dapat

emak, terima kasih atas segalanya. tiada apa yang akan balas budi emak dan ayah. sampai mati aku berhutang denganmu T_T

aku bukan orang kaya dan siapa yang tak suka barang-barang berjenama? tapi semuanya aku beli berpada. bila pertama kalinya berpuasa bersama anak tercinta, maka sememangnya excited untuk beraya bertiga kali ini. dan orang ramai juga sudah sibuk bertanya sejak dua tahun lepas bila lagi? kini sudah ada depan mata. terima kasih Ya Allah :') awal-awal lagi aku sudah bernazar dengan suami jika dikurniakan baby boy aku nak kaler ehem (secret la konon) dan if baby girl of kos aku nak kaler pink. haha. bocor rahsia kaler tema baju raya if aku dapat baby girl. hihi. so semalam bermula pencarian baju raya, al maklumla baba kan kerja shift. aku pula dah nak masuk kerja Rabu ni T_T niat dihati nak beli baju Aaris sekali, tapi aku rasa agak mahal dan tak boleh nego langsung. so incik somi kata tak payah lah. suruh maktok jahit je, kita beli kain. mesti somel Aaris pakai baju melayu. haha. semalam pun cari kopiah and try pakai kat Aaris, alah-alah geram gila tengok sambil tergelak sendiri. Aaris pun pandang mama seolah-olah cakap "mama, tengok ni comel tak?" hehe.

sebenarnya banyak gila wishlist untuk raya ni, tapi even ada duit bonus pun tak kan cukup untuk biayai semuanya. maka berpadalah raya kali ini. jangan fikir diri sendiri sahaja. kau kini sudah bertiga zeera. anak lebih penting, biar mama takde handbag baru dan kasut raya. tapi anak cukup segalanya. duit raya 2 emak, abah, ayah, 4 orang adik, 2 orang anak buah wajib diberi. rezeki yang diberi oleh Allah kepada kita bukan sepenuhnya milik kita. sebahagiannya milik orang lain tetapi melalui kita. maka mungkin ada rezeki kita melalui orang lain, insyaAllah. semoga raya kali ini lebih bermakna untuk kami dalam serba sederhana. Amin.

aku akhiri dengan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak :') *masih belum terlewat kan? :p

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio