Sunday, July 29, 2012

.ber'baby wearing'.

bagi ibu-ibu dan bapa-bapa stroller memang penting, tapi bagi anak kecil kadang-kadang ianya sulit dan lebih-lebih lagi bagi anak kecil yang menangis tak mahu duduk dalam stroller. anak aku? kadang-kadang meragam sebab stroller Esprit tu mengadap orang lain bukan macam Quinny yang boleh pilih pelbagai cara. maka, menyesal tak sudah sebab tak beli Quinny kan? grr ;p

then aku berjinak-jinak dengan baby wearing. ceh, tak boleh blah berjinak-jinak padahal satu benda pun tak beli lagi masa tu. haha. lebih tepat aku join group baby wearing dan faham konsep dan cara pemakaian setiap jenis baby wearing itu sendiri. ingat nak beli Ring Sling but then fikir punya fikir tak beli-beli juga lagi. end up aku beli ni. murah ja. baby wearing yang lain semua beratus hengget. ada yang pouch di Mothercare pun rm99.00 tapi macam kecil sebab Aaris is quite big untuk duduk dalam tu. nanti sekejap je dah tak boleh pakai. so beli je baby carrier ni :) *even tahu sekejap juga je boleh pakai kan.


yang macam ni la pouch di Mothercare. ini aku jumpa dalam satu page orang di fb. rega rm299. kenapa mahal sangat pun tak tahu. tapi memang cantik. kan? merah menawan gitu. eh kenapa aku dah macam redmummy gila merah ni? :p



semalam ada expo parenthood di Mid Valley, dan kami pun memang plan nak membeli belah di Mid kan. terlanjur ada expo, aku memang cari bottle warmer for car and home and bila ada expo mesti ada promosi itu dan ini. maka jalan punya jalan terus jumpa satu kedai ni. terus beli bottle warmer, ice pack dan milk storage bag. beda gilak harga dia dari Mothercare. haha. dulu 25bag (12oz) rm36, dekat expo aku beli yang 25bag (7oz) jenama Autumnz rm8.90 ja. ada juga yang 25bag (12oz) tapi saja tak beli. but bila balik rumah menyesal lagi? T_T


masa ni baba duduk luar sebab mama sibuk masuk MNG, lepas tu masuk Forever21 tapi takde satu pun yang berkenan. dan kenapa ZARA tutup?
benci ah -___-"
masa mula-mula Aaris duduk dalam ni dia macam pelik. Aaris memang lebih cenderung untuk senget ke kanan bila baring atau dukung dan bila duduk dalam ni mula-mula dia duk hisap tepi tu ha sampai basah! adoi anak mama ni. tapi baba kata sakit juga pinggang pakai bendalah ni.


hasil rembatan. and suprisingly, saya tak beli baju and barang saya cuma sepasang selipar Giordano. konon nak satu set dengan incik suami. hehe. nampak macam eh sikit je beli, tapi duit memang mengalir laju. habis bonus setengah bulan gaji. tapi bonus tak dapat lagi cemana? so sad.


 semua Aaris punya. ingat nak beli lagi baju, tapi baba kata sudah la tu. dah banyak dah baju Aaris. hmm.


dulu pun beli pampers ni masa expo di KLCC sebelum Aaris lahir. tapi tak berapa nak tahan sangat. but boleh la buat basahan. rm25 sepaket. dulu di KLCC kami beli rm20 je. semua benda dah naik harga. drypers pun ada tapi rm32. better beli kat Manjaku rm30.90 je. pun dah beli. banyaknya pampers Aaris? baba memang suka beli pampers. hobi baru dia usha harga pampers di mana jua dia berada. haha.


lepas ke Mid, kami ke KL Festival City berbuka bersama teman-teman. lepas tu ke bazar malam Danau Kota pula. tapi tak lama sebab kesian kat Aaris. jam 11am keluar rumah, jam 11pm baru pulang ke rumah. dan malam tadi Aaris tidur keletihan. kesian anak mama. tak bangun minum susu pun. mama sedar dah dekat jam 5am. lepas sahur mama kejut anak mama ni minum susu dan tidur balik. siang pun masih penat dan mengantuk lagi ye sayang? kesian diaaa. sorry :(

next time berpada keluar ye mama? haih.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio