Sunday, July 29, 2012

.ber'baby wearing'.

bagi ibu-ibu dan bapa-bapa stroller memang penting, tapi bagi anak kecil kadang-kadang ianya sulit dan lebih-lebih lagi bagi anak kecil yang menangis tak mahu duduk dalam stroller. anak aku? kadang-kadang meragam sebab stroller Esprit tu mengadap orang lain bukan macam Quinny yang boleh pilih pelbagai cara. maka, menyesal tak sudah sebab tak beli Quinny kan? grr ;p

then aku berjinak-jinak dengan baby wearing. ceh, tak boleh blah berjinak-jinak padahal satu benda pun tak beli lagi masa tu. haha. lebih tepat aku join group baby wearing dan faham konsep dan cara pemakaian setiap jenis baby wearing itu sendiri. ingat nak beli Ring Sling but then fikir punya fikir tak beli-beli juga lagi. end up aku beli ni. murah ja. baby wearing yang lain semua beratus hengget. ada yang pouch di Mothercare pun rm99.00 tapi macam kecil sebab Aaris is quite big untuk duduk dalam tu. nanti sekejap je dah tak boleh pakai. so beli je baby carrier ni :) *even tahu sekejap juga je boleh pakai kan.


yang macam ni la pouch di Mothercare. ini aku jumpa dalam satu page orang di fb. rega rm299. kenapa mahal sangat pun tak tahu. tapi memang cantik. kan? merah menawan gitu. eh kenapa aku dah macam redmummy gila merah ni? :p



semalam ada expo parenthood di Mid Valley, dan kami pun memang plan nak membeli belah di Mid kan. terlanjur ada expo, aku memang cari bottle warmer for car and home and bila ada expo mesti ada promosi itu dan ini. maka jalan punya jalan terus jumpa satu kedai ni. terus beli bottle warmer, ice pack dan milk storage bag. beda gilak harga dia dari Mothercare. haha. dulu 25bag (12oz) rm36, dekat expo aku beli yang 25bag (7oz) jenama Autumnz rm8.90 ja. ada juga yang 25bag (12oz) tapi saja tak beli. but bila balik rumah menyesal lagi? T_T


masa ni baba duduk luar sebab mama sibuk masuk MNG, lepas tu masuk Forever21 tapi takde satu pun yang berkenan. dan kenapa ZARA tutup?
benci ah -___-"
masa mula-mula Aaris duduk dalam ni dia macam pelik. Aaris memang lebih cenderung untuk senget ke kanan bila baring atau dukung dan bila duduk dalam ni mula-mula dia duk hisap tepi tu ha sampai basah! adoi anak mama ni. tapi baba kata sakit juga pinggang pakai bendalah ni.


hasil rembatan. and suprisingly, saya tak beli baju and barang saya cuma sepasang selipar Giordano. konon nak satu set dengan incik suami. hehe. nampak macam eh sikit je beli, tapi duit memang mengalir laju. habis bonus setengah bulan gaji. tapi bonus tak dapat lagi cemana? so sad.


 semua Aaris punya. ingat nak beli lagi baju, tapi baba kata sudah la tu. dah banyak dah baju Aaris. hmm.


dulu pun beli pampers ni masa expo di KLCC sebelum Aaris lahir. tapi tak berapa nak tahan sangat. but boleh la buat basahan. rm25 sepaket. dulu di KLCC kami beli rm20 je. semua benda dah naik harga. drypers pun ada tapi rm32. better beli kat Manjaku rm30.90 je. pun dah beli. banyaknya pampers Aaris? baba memang suka beli pampers. hobi baru dia usha harga pampers di mana jua dia berada. haha.


lepas ke Mid, kami ke KL Festival City berbuka bersama teman-teman. lepas tu ke bazar malam Danau Kota pula. tapi tak lama sebab kesian kat Aaris. jam 11am keluar rumah, jam 11pm baru pulang ke rumah. dan malam tadi Aaris tidur keletihan. kesian anak mama. tak bangun minum susu pun. mama sedar dah dekat jam 5am. lepas sahur mama kejut anak mama ni minum susu dan tidur balik. siang pun masih penat dan mengantuk lagi ye sayang? kesian diaaa. sorry :(

next time berpada keluar ye mama? haih.

Friday, July 27, 2012

.celoteh Aaris.


assalamualaikum semua, pejam celik pejam celik dah 7 hari kita berpuasa. sekejap je masa berlalu. and mama will be back on work soon :( alahai lemau sangat.

dah, takpayah nak layan perasaan sangat. ayuh kita layan gambar yang mama sempat snap melihat telatah anak mama yang sorang ni :)


Aaris dah pandai tengok tv. hehe. tengok tv ke tengok Ana Dahlia tu dik?


 tak lama lepas tu dia hek-hek, mama ambil dan peluk terus tidur. mengantuk ye sayang :')


ini pagi semalam. rutin harian, Aaris akan bangun pagi dan akan berjaga dalam sejam. kemudian dia dah hek hek balik. tapi masih mampu bercakap dan tersenyum bila orang cakap dengan dia. lepas mandi je mata pun kuyu.


  lepas minum susu, saya tidur balik! semalam saya manja sedikit sebab tidur atas riba mama.


ini masa hari kedua mama dan Aaris duduk rumah bersama. baba kerja. Aaris tak mau tidur siang masa ni. kenapa tah? mungkin masih dalam proses menyesuaikan diri. duduk hall bising, duduk bilik terang sangat. sian Aaris.


end up tak mau pandang bila mama tangkap gambar. malas layan mama dah ye? hehe.


eh ni rumah maktok Sam pulak? susunan bersepah, layan je la eh? :p
Aaris suka duduk atas perut baba macam ni dan gelak-gelak dengan baba.


 Allah mama ni, tak sudah-sudah! :p


oh shedapnya jari saya. kadang-kadang Aaris buat tangan penumbuk dan macam nak masuk semua penumbuk dalam mulut!


 hobi: masuk kereta je tidur.


 ni masa dekat DiGi Times Square. hp mama rosak. dah dua kali gambar-gambar Aaris hilang sebab tak sempat buat back up. so kali ketiga dia keluar screen RESTORE cepat-cepat pergi DiGi Centre and buat report dan mama dapat hp baru! yeayyy :D


 ini uncle kita. sama tak muka kita? masa uncle kecik-kecik rupa uncle macam muka kita orang kata. hikhik.


baba punya kerja. mama tukang capture :p


ini pagi tadi, makdeq tidurkan saya. saya suka tidur macam ni bila posisi terlentang :)

sebenarnya banyak lagi gambar saya mama tangkap, tapi nanti-nanti mama update lagi ye? sampai jumpa lagi :))

Thursday, July 26, 2012

.corat-coret persiapan raya.

dapat BONUS? Alhamdulillah.

lagi-lagi bagi kakitangan kerajaan, siapa yang tak suka? walaupun tak semeghiah yang kakitangan swasta dapat tapi kakitangan kerajaan bersyukur dengan apa yang ado. heh. *ye ke? tapi kakitangan swasta sibuk marah kakitangan cabuk macam aku ni dapat bonus, berapa la sangat yang dapat pun. yang untung tetap orang atas, yang bawah pun untung sebab bayaran minimum is rm500. apa-apapun, Alhamdulillah.

sekarang setiap sen yang dapat aku berkira. sebab membesarkan anak memang perlu belanja yang besar. aku malu kalau pinjam duit orang untuk beli susu anak. malu pinjam duit mak ayah sebab tak cukup duit sebelum gaji. sebab malu, aku mesti mula berjimat cermat. 

sebulan gaji sudah ku habiskan dengan membeli belah baju aku dan anak *balas dendam :p bulan kedua baju baba setel untuk raya. baju aku lagi, tidak dilupa. haha. dan bulan ketiga sibuk shopping baju raya pertama. plus chest freezer untuk isi EBM. semua perlu duit. kadang-kadang hampir pening fikir pasal duit. maka aku selalu ingat pesan emak, jika kita kejar dunia, memang segalanya tidak cukup. jika kita kejar Akhirat, insyaAllah kedua-duanya kita dapat

emak, terima kasih atas segalanya. tiada apa yang akan balas budi emak dan ayah. sampai mati aku berhutang denganmu T_T

aku bukan orang kaya dan siapa yang tak suka barang-barang berjenama? tapi semuanya aku beli berpada. bila pertama kalinya berpuasa bersama anak tercinta, maka sememangnya excited untuk beraya bertiga kali ini. dan orang ramai juga sudah sibuk bertanya sejak dua tahun lepas bila lagi? kini sudah ada depan mata. terima kasih Ya Allah :') awal-awal lagi aku sudah bernazar dengan suami jika dikurniakan baby boy aku nak kaler ehem (secret la konon) dan if baby girl of kos aku nak kaler pink. haha. bocor rahsia kaler tema baju raya if aku dapat baby girl. hihi. so semalam bermula pencarian baju raya, al maklumla baba kan kerja shift. aku pula dah nak masuk kerja Rabu ni T_T niat dihati nak beli baju Aaris sekali, tapi aku rasa agak mahal dan tak boleh nego langsung. so incik somi kata tak payah lah. suruh maktok jahit je, kita beli kain. mesti somel Aaris pakai baju melayu. haha. semalam pun cari kopiah and try pakai kat Aaris, alah-alah geram gila tengok sambil tergelak sendiri. Aaris pun pandang mama seolah-olah cakap "mama, tengok ni comel tak?" hehe.

sebenarnya banyak gila wishlist untuk raya ni, tapi even ada duit bonus pun tak kan cukup untuk biayai semuanya. maka berpadalah raya kali ini. jangan fikir diri sendiri sahaja. kau kini sudah bertiga zeera. anak lebih penting, biar mama takde handbag baru dan kasut raya. tapi anak cukup segalanya. duit raya 2 emak, abah, ayah, 4 orang adik, 2 orang anak buah wajib diberi. rezeki yang diberi oleh Allah kepada kita bukan sepenuhnya milik kita. sebahagiannya milik orang lain tetapi melalui kita. maka mungkin ada rezeki kita melalui orang lain, insyaAllah. semoga raya kali ini lebih bermakna untuk kami dalam serba sederhana. Amin.

aku akhiri dengan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak :') *masih belum terlewat kan? :p

Thursday, July 19, 2012

.kejadian sedih berlaku :(.

tanggal 8 Jun yang lalu, rumah mak aku telah dirampok :(

tetapi masa kejadian itu berlaku, aku tiada dirumah. ceritanya begini;

rumah kami ada minor renovation, repair bilik air bilik atas. hari pertama iaitu hari isnin tanggal 4 Jun lalu renovation itu bermula. hari itu juga dimana baba Aaris telah ke Surabaya meninggalkan kami. oleh kerana terlalu bising, maka aku duduk di rumah in law bersama Aaris. hari kedua juga berlalu dengan baik-baik sahaja. hari ketiga juga begitu memandangkan mak aku balik awal kerana ada exam. dan kusangka panas sampai ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari. balik dari rumah in law, aku pelik sebab ayah balik awal dan hanya park di luar. emak juga begitu. bila masuk rumah aku bercerita tentang incik suami yang akan pulang dan minta ayah ambil di airport.

tiba-tiba emak tanya, "laptop imran kat mana?. aku jawab, "rumah sana kenapa?". dan emak menjawab, "laptop rumah ni dua-dua dah lesap". aku terkedu sebentar. lalu ayah menyambung, "rumah kita digeledah orang, habis semua digeledah. gelang emas emak semua habis dia ambil. almari dia kopak". tiba-tiba aku teringat duit dari orang-orang yang melawat Aaris, tapi emak salah anggap yang aku bercerita pasal duit Aqiqah yang telah ku beri pada emak awal-awal lagi. tapi rezeki Aaris, dua-dua duit itu selamat. tapi, cincin tunang aku lesap. oh tapi malam sebelum kejadian ada orang datang rumah dan beri Aaris rm50, juga lesap sebab aku just letak dalam almari and for sure dia terus jumpa. but aku sedih sangat sebab aku sayang sangat cincin tu. aku pilih sendiri. tapi semua barang aku pun aku sayang T_________________T 
dan my 2nd fon pun lesap. sedih! tak guna punya orang. tunggu balasan Tuhan nanti. tak terima di sini kau akan terima di akhirat sana. ingat tu. aku pula hanya mampu bersabar.

aku hilang laptop, cincin dan henfon. so sad :(
mak dan ayah pun hilang laptop. dan satu-satunya gelang emas mak yang mak senang lesap. untung gila orang tu. emas kan tengah tinggi sekarang.

hari itu juga orang indon tu balik awal. eh kenapa tiba-tiba cakap pasal indon tu? sebab masa kejadian cuma adik lelaki aku yang ada di rumah. bersama seorang kawan. tiba-tiba ada seorang yang mengaku dia dari Syabas datang untuk check air. dia suruh adik aku kemas dapur. adik aku pun buat. bila dah siap, cari dia balik dia kata dia nak naik atas sambil berkata "orang renovation tu kat atas ke?" then dia cakap lagi, "ada plastic besar tak?" dia naik atas ambil gelang emas, ambil laptop, dan geledah semua bilik. almari mak aku kena kopak. dan tiba-tiba adik aku sedar "eh dia dah takde?". kami syak ada informer. *mungkin.

dia telefon mak aku cakap ada tak orang Syabas called mak aku. mak aku kata takde pun. okay, mungkin ini ujian dariNya. mungkin kita ada salah dan Allah nak uji sejauh mana kita umatNya ingat pada Dia. itu kata emak.

aku dan semua pun rasa adik lelaki aku kena pukau. sebab dia ikut je apa kata mamat tu tanpa soal apa-apa. dan kawan dia pun tak perasan bila mamat tu blah. padahal dia ada tengok tv dekat bawah. hmm. benda dah jadi dah, dan dah lama berlalu. redha je la. but aku rindu sangat dengan cincin tunang aku tu. sobs.


masa jadi tunangan orang. cincin ni murah je pun masa beli, tapi aku suka :(




 T_____________T



but cincin kahwin aku yang white gold elok je terletak di atas meja tu. takde rezeki lama dengan cincin tunang tu. hurm.

semoga kami lebih berhati-hati selepas ini. semoga ianya jadi pengajaran supaya tidak mudah percaya pada sesiapapun lebih-lebih lagi orang luar.

sekian.

Wednesday, July 18, 2012

.my supplement.

sejak lahir, Aaris Zaquan memang minum susu mama sahaja. Alhamdulillah, so far masih ada rezeki untuk anak mama ni. aku pun terkejut masa nurse kata kena susukan dia, dia hisap dan macam dah ada susu. bila kenyang dia lepas :') but masa mula-mula sakit oh sebab anak lelaki memang kuat menyusu orang kata *ramai yang kata. mungkin sebab susu tak banyak dan hisapan dia kuat maka sampai melecet nipples tu T_T 

but after urut Alhamdulillah, rezeki Aaris melimpah ruah. mula-mula aku hanya pump menggunakan manual pump dari Avent. sekarang aku guna electric pump dari Spectra.

sejak sebulan lalu, aku giat pump untuk buat stok memandangkan aku kini tinggal tidak sampai sebulan untuk kembali ke kantor. maka stok yang cukup perlu untuk Aaris semasa aku bekerja. dan aku banyak membaca pasal Shaklee since aku mengandung dan Shaklee termasuk dalam wishlist untuk membeli set confinement. malangnya setelah berfikir dua tiga kali (sebab aku bukan jenis rajin makan ubat) maka aku pun beli set Tanamera setelah diperkenalkan oleh rakan sekolah. tapi kini aku tertarik dengan artikel dan testimoni orang yang pernah menggunakan Energizing Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP sebagai milk booster. 

isnin lalu aku mula minum ESP ni. 


dia rasa macam soya. sebelah tu shaker dia. sebab ESP ni perlu diancuh dengan air suam atau sejuk. kalau dibancuh dengan air panas, maka hilanglah segala protin yang terkandung.


 untuk lebih sedap, saya minum dengan ni semua. kalau minum bancuh dengan air suam je tak lalu -.-"

but bila menyusukan anak ni, kita kena positif yang kita boleh susukan dia sampai umur 2 tahun. ececewah, pandai cakap sebab kadang-kadang aku pun down sebab hasil tak menentu. sebab tu la aku decide untuk ambil supplement. incik suami pun selalu bising aku kena minum susu bila mana aku selalu letih dan sakit badan. salah satu sebab yang mana bila kita kekurangan kalsium kan. kadang-kadang bila dia dah bancuh, terpaksa la minum. susu kambing, siapa suka? saya suka sangat *tangan dibahu mata ke atas :p


nanti saya akan update testimoni pasal ESP ni ek :') sekian berita hari ini. terima kasih kerana sudi membaca!

Monday, July 16, 2012

.Aaris Zaquan kini si Bald Boy.


see ini muka Good Morning. ceria kan? hehe. rindu mama dengan rambut Aaris :)

bila dah rimas duduk dalam bilik sebab Aaris tak mahu baring dan bersilat-silat kaki dan tangan, baba bawa Aaris keluar ambil angin pagi. ini sehari selepas Majlis Aqiqah Aaris Zaquan.


ini mama punya kerja. 
"perut saya macam perut baba la mama", kata Aaris Zaquan :p


hamboih tangan. berketak-ketak dik oi? 
sebab saya suka minum susu mama saya! berat saya kini mencecah 5.7kg dalam masa 2 bulan. bukan mama je tak larat dukung saya, makdeq, uncle, acu malah baba pun kata saya kus semangat dan tak larat dukung saya lama-lama o_O


merenung masa depan. nak jadi gangster kah? nampak penumbuk saya? muka habis bengis dah kan? tangan macam body builder dah. haha.

dah puas ambil angin, tok ayah kata mari kita botakkan dia. hihi.


ish, jangan tengok perut saya la! tumbuk kang :p


kepala pun berketak. speechless mama kau dik. mana leher tah? 


half way done. last-last sampai tertidur saya bila tok ayah kerjakan kepala saya. huhu.

nak tengok rupa saya selepas dibotakkan?

TADA!



ceria sungguh si botak ini. huhu. sekejap lagi saya nak hantar mak deq balik shah alam. then saya nak jenguk moyang saya. kesian dia, dah hampir 2 bulan dia masih belum berkesempatan jenguk saya. saya suka jalan-jalan, maka saya tak kisah pun nak ke sana. hihi.



tapi sementara tunggu semua orang siap, saya tidur dulu lah. zZzzz. penumbuk tetap ado. ko hadooo? :p

p/s: dah lama dah botak pun :p *entry lambat menyusul. huhu.

Friday, July 13, 2012

.Aaris petah barkata-kata.

Assalamualaikum, fuh bersawang sudah kini belogku. al-maklum la laptop ku sudah diambil orang. oh hutang satu cerita pasal itu. later saya cerita. hari ini saya mahu cerita pasal anak kesayangan saya :')

Aaris Zaquan kini berusia 2 bulan. hobi bercakap seorang diri mahupun dengan orang lain. hihi. muka sedikit bengis sebab suka berkerut. *ikut mama dia :p 

ini dinamakan "good morning talk" sebab Aaris Zaquan bila bangun pagi lepas minum susu tak mahu tidur dan mahu berborak-borak. mula-mula cakap dengan mama, tapi bila mama tunjuk henfon ke muka saya, saya tak tahu nak react macam mana. end up saya borak dengan baba je la. layan.


ini pula rakaman dua hari lalu sebelum baba dia pergi kerja. lepas borak dengan baba tukar baju, minum susu kemudian kita tidur :) so, nak dengar dia berborak dengan baba dia? ayuh!


zyrahman
 
Blog Template by Delicious Design Studio