Wednesday, January 25, 2012

.selamat tahun baru cina.

ada orang mungkin dalam mood bercuti lagi. aku kini berada di kantor, ikut hati (sebab dah bangun lewat pagi tadi kan) mahu saja apply cuti juga. tapi akak depan ni dah siap-siap apply dan aku jadi pengganti kan, maka diri ini gagahkan juga ke kantor. bangun-bangun dah rasa tekak lain macam, jangan la demam. sihatkan tubuh badan ku ini Ya Allah.

ada dua tiga benda nak update. tapi vitamin M melanda diri ini dengan begitu hebat. maka aku biarkan segalanya berada di dalam deraf dahulu. nanti-nanti akan ku update. badan pun masih rasa sakit-sakit. kalau dalam tilam dan bantal kini alangkah indahnya bukan?

oh sudah, malas mahu mengomel dengan lebih lanjut. akhir kata,
SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada yang menyambutnya.

p/s: baru perasan, anak aku bakal lahir di tahun Naga. banggakah? hehe.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio