Wednesday, January 4, 2012

.kisah sedih.

aku ni jenis extra care melampau on certain things.
contoh: macam baju kalau masuk washing machine tak boleh kotor. nanti aku akan basuh or rendam sampai dia bersih baru aku puas hati.
pelik tak? haha.

nak di jadikan cerita, hari tu konon nak basuh tudung awning. dah siap-siap masuk dalam baldi tapi tak terbasuh-basuh. dan mungkin baldi tu basah sedikit/berair maka ada 2 helai tudung bertahi lalat. sikit je pun. tapi aku (based on top story) jenis tak boleh kotor dan sakit hati dengan kesilapan diri sendiri. terus search petua nenek. dia kata rendam dengan cuka semalaman. tapi tak hilang pun? then aku rendam pula dengan bleach colour + sabun semalaman lagi. menakjubkan, HILANG kotorannya!

BUT!

ada masalah lain. 2 helai tudung plain dah okay. satu lagi tudung awning thai silk (hijau) macam pudar colour dia sebab aku rendam sekali dengan 2 helai tudung tu T_T
tapi aku basuh dan sidai juga malam tadi. then terus search ada tak perkhidmatan tukar awning. memang ada, tapi kalau secara pukal memang untung. dan aku fikir setakat 2 helai macam membazir duit pos. kan? aku juga tahu ada kedai repair awning di Jalan TAR tapi tak tahu bila nak pergi tah?

sebelum-sebelum ni pun pernah jadi kes macam ni, tudung thai silk yang luntur colour awningnya. *tapi tak pernah nak ambil pengajaran pun kan? paling sedih tudung Ariani aku. yang thai silk hijau beli kat pasar malam je pun, tapi sayang juga la. so nekad nak p tukar awning :)

but setakat 2 helai, berbaloikah aku mengeposnya sahaja?
OR
pergi sahaja ke Jalan TAR?
OR
ada tak area Bangi, Putrajaya or Kajang menawarkan perkhidmatan tukar awning?

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio