Tuesday, January 3, 2012

.cerita di tahun baru.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

rasanya belum terlambat untuk wish kan? azam tahun baru? malas nak fikir. just go with the flow. heh. cuma satu yang berada di minda. semoga aku bersedia dan tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan semasa mengandung hingga saat melahirkan. semoga dipermudahkan segala. amin :') *saya nak cuti 3 bulan!

buka-buka facebook ramai gila invite to wedding mereka, kawan-kawan sekolah mostly. congrats in advanced guys. tidak kurang juga yang dah invite a year before. thanks for inviting!

Khamis dan Jumaat lepas aku dah start cuti hujung tahun untuk berehat-rehat. Khamis dan Jumaat ke Grand Lexis and Lexis Port Dickson. teringin nak book yang ada swimming pool dalam bilik, sekali rate dia up to RM650+. GILA?! haha. so kami ambil bilik di Tower Seaview sahaja or in conclusion bilik yang paling murah. booked masa peak season, masak la membayar kan. off peak kau boleh dapat dalam under RM300, kalau peak haruslah over the rate kan? tapi takpe, sekali sekala ;)
*gambar and the story will update soon!

Ahad pula bersamaan dengan New Year kami ke Sungai Tekala. semangat mak buyung ni bangun pepagi tolong ibunda tercinta menyiapkan persiapan nak ke Sungai. seronok la dapat spent time with family, bercuti-cuti cinta <3.
balik-balik timbang berat badan. tahu berat aku berapa now? naik 5kg maka itu bersamaaan dengan 52kg. another GILA bukan? haha. kita tengok timbang doctor on 5th ni berapa pula. hihi. *gambar will update soon too!

minggu depan kau bercuti naik flight bagai kan zeera? sakan kau berjalan! kami with in laws akan ke Sabah pula. mana la berat tak naik kan? happy sentiasa, makan pun selera :') apa nak semua dapat. cakap apa nak, insyaAllah akan ditunaikan. cakap nak pergi mana, kalau incik somi kata NO masam muka terus cakap YELAH. haha. tak tahu ikhlas ke tak? :p

tapi sedih, bulan 6 nanti semua family members (in law) akan ke Surabaya. aku deliver bulan 5, tak tahu la boleh pergi ke tak. masih berfikir-fikir :/ korang rasa boleh pergi ke tak? hewhew.

sekian cerita untuk permulaan di tahun baru ini. esok dah start sekolah, bersedia untuk pergi kerja lebih awal dari hari ini. okay, dah lapar jom cari makanan untuk makan!

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio