Monday, August 15, 2011

.entry beli dan belah.

hari ini ada yang dah dapat BONUS kan? aku esok dapat. ciput je. nyampah. sebab gaji sikit kan.
dan saya setuju dengan kata si sahabat : YANG KAYA MAKIN KAYA.

tapi bak kata emak: bersyukur la, nanti dah lama kerja dapat la banyak.

aku kata: kalau la next next time dapat ye dop? bagi aku baik bagi sama rata. so aku takla frust menonggeng macam ni. dah la tolak EPF. grr.

tapi incik somi kata: kalau bagi sama rata bukan BONUS tapi SAGUHATI.

apa-apa je la. layan je la. tak guna dah nak argue kan? T_T

tapi yang pasti BONUS belum dapat, gaji belum masuk aku dah dapat baju raya. YEAY! tema kali ini sama macam kaler baju nikah aku dulu. sebab incik somi takmoh beli baju melayu katanya. so layan je lah. yang pasti tahun depan mesti beli baju melayu baru dan ianya pasti PINK. haha. boleh? nak jugak!

dan jumaat lepas, incik somi ajak ke downtown bangi terjah apa ada di situ sebab kemain dasat orang parking gamaknya. tapi takda la best mana pun. sempat beli bunga lavender kat abang yang baik hati serta lemah lembut itu. aww, terima kasih bang :p dan langsir jurai-jurai, nak letak kat dapur katanya. tapi malangnya bila esok pagi tengok eh, ini warna cekelat la! abang langsir ni nak kena ni. kang saya saya sumpah abang jadi langsuir kang, haaa :p

dan semalam aku ajak mak jadi drebar saya, sebab saya takut nak parking simpang siur segala. lagipun, aku dah agak ayah tak kasi punya aku drive even incik somi izinkan aku pergi but bukan sorang-sorang la. ya, saya memang anak manja :p so jalan-jalan sekejap memandangkan cik wawa (adik bongsu saya) nak jeans baru. tak sama dengan jeans yang kak long bagi katanya. aku bagi dia sebab kes dah tak muat tapi cantik lagi what. dasar budak-budak zaman sekarang, anak bongsu pula tu kan. then mak offer cik bella sekali, dapat sorang-satu. mak tak offer aku pun? so SAD. hehe. maka bila balik tengok dorang cuba-test-try eh cantik la pulak. dulu boleh la okay, kau beli then nanti kita boleh pinjam-pinjam. but sekarang, kau menangis je la zeera T_T

dan aku pun mengadu domba la kat incik somi ajak dia bawa aku pergi beli jeans itu juga even bukan nak pakai time raya kan. hihi. ya, saya pakai barang murah juga. sebab tak semestinya barang mahal semuanya cantik kan? beli apa yang mampu. bukan amalkan "biar papa, asal bergaya"

selamat beramal, dan selamat berhari raya. lagu raya dah berkumandang di radio. tapi puasa jangan lupa habiskan dulu ya yop :)

lebih kurang gini la rupa jeans nya. tapi dia ada faded sikit di peha. sikit ja ;)
*berdoa supaya dapat jugak jeans itu sebab dekat abang ensem dan baik hati itu tiada saiz 28 T_T

2 comments:

Mrs. Shah Strauss said...

setuju dgn kata si sahabat? siapakah gerangan sahabat itu ye puan zeera? i ke? hehehe

zeera said...

yaaaaa! sudah pasti. hihihi :D

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio