Friday, August 26, 2011

.luka.

kau yang palitkan luka di hati ini,
luka yang amat dalam,
luka yang tidak bisa sembuh.
luka yang akan terus berdarah,
luka yang hanya akan meninggalkan parut,
yang hodoh lagi jijik.

begitulah perasaan ku.

.kehilangan.

aku paling benci bila barang aku hilang. tapi salah aku ke? aku pun tak perasan bila barang tu hilang, sebab setahu aku aku tak usik pun barang tu. bukan dia memang ada je dalam handbag ke? selagi tak tukar handbag, selagi tu la dia di dalam.

apa yang hilang? bag kecil yang ada bermacam-macam barang. terutamanya kunci office, access card office, touch and go. selain itu ada 2 eyeliner tersayang, lip balm, brooch and apa tah lagi dalam tu. mana tak meroyan aku? tapi siapa yang faham? semua pun tak boleh harap. sumpah mood hilang hari ini. mood raya dah humban longkang jauh-jauh. ish, benci benci benci. mana nak cari lagi ni? tiga-tiga buah rumah dah aku pergi cari. ke hulu ke hilir. penat! tapi masih tiada hasil.

tangisan pun tak akan mampu kembalikan semua itu. tapi yang pasti tangisan mungkin dapat meredakan tekanan ini biarpun sebentar.

.duit Raya.

dulu kecik-kecik beraya rumah orang mesti dengan harapan nak dapat duit raya kan? la ni dah besaq, dah kahwin kena bagi anak-anak buah, adik-adik dan sesiapa yang aku rasa nak bagi la kan? see guna word 'kena', nampak sangat tak ikhlas? haha.

so sempena Hari Raya yang bakal tiba ni kan, aku pun tidak ketinggalan untuk menukar duit untuk diberikan kepada adik-adik tersayang. maaf tak banyak yang boleh aku beri. sebab PM bagi bonus seciput. sebab gaji aku pun seciput. hehe. *alasan bernas.

suka bau duit baruuu kan? wangi je. rasa sayang nak guna. aku tukar rm10 dan rm1 je. mak ayah keluar je dekat bank, tak payah baru sangat eh. kalau baru-baru aku simpan buat ibu duit dalam purse. korang tukar banyak ke sikit?

bahang Raya semakin terasa!

Thursday, August 25, 2011

.sekadar kata-kata.

comel je marion ni kan? suka tengok dia dengan Awal masa jadi pengacara One In A Million suatu ketika dahulu. hari tu tengok dia dalam Nona pasal kecantikan. "jangan malas" ayat yang dia selalu gunakan bila cakap pasal kecantikan. pasai tu la dia cantik sangat kan? :)

bila dia dah mengandung, terpancar seri orang mengandung. glowing je. cantik, sangat cantik ciptaan tuhan.

tapi gila annoying bila baca dalam belog abang N yang asik-asik keluarkan perkataan
".....memang jantan"
bila dapat tahu artis-artis mengandung. itu semua rezeki kan? so ucap tahniah dah la. yang masih belum ada rezeki maknanya suami mereka bukan jantan kah? ambil kira sensitivity orang lain bila berkata-kata itu.
*eh aku ke ni yang berkata-kata? haha.

bila macam-macam benda jadi pada diri kita, anggap semua tu sebagai pengajaran. tiada orang yang tidak buat salah. dan semua itu akan mematangkan dan membuat kita lebih berhati-hati. kalau orang baik dengan kita, tak kan kita nak jahat dengan orang kan? lain la ada backstabber. menyampai cerita yang bukan-bukan sampai hidup aku porak-peranda. nasib ada suami tersayang di sisi no matter what. I love you more as always!

Tuesday, August 23, 2011

.menatap gambarmu.

bulan-bulan puasa ni macam-macam nak makan kan? aku la orangnya tu. si kuat makan. ini antara masakan di rumah sendiri dan di rumah emak. mangkuk putih-putih tu rumah aku la tu. mangkuk color-color rumah mak aku. setiap kali masak wajib ada sambal. sebab aku suka makan makanan pedas. incik somi pun suka sambal aku. mil pun suka dia cakap. habis kembang punggung. HAHA. dah jom layan menu masakan yang simple tapi menyelerakan. *bagi aku laa. presentation sumpah out. buang masa je aku rasa. lain la kalau nak masuk pertandingan kan? heh. kekemasan lebih penting bagi saya. tak suka comot-comot :')

ready? moh kita menatap gambar ini :)

kacang panjang + tauhu goreng,
ikan bilis + kentang + tempe masak sambal
ketam masak lemak

sawi pendek masak sos tiram
ayam masak merah dan telur dadar

sarapan pagi yang dibuat bersama.
*sardin (aku) dan lempeng (incik somi)

kacang panjang + tempe goreng,
ikan masak cili

tempe goreng,
terung masak cili padi,
burung puyuh masak kicap

burung puyuh masak sambal,
sawi pendek masak sos tiram

ikan sardin masak cili dan sup telur
*masakan bujang + pemalas

ikan bilis masak sambal,
tomyam campur dan telur dadar.
*percubaan pertama masak tomyam sendiri. sedap!

udang masak sambal
tomyam sayur + ayam

udang masak sambal *udang masak sambal juga merupakan peberet saya!
terung masak cili padi,
tempe goreng

sardin, nugget tempura dan roti telur kesukaan incik somi

sup ayam (saya suka sup!)
ikan bilis + tempe masak cili,
sayur kailan ikan masin dan cili kicap

spaghetti aglio olio cara zeera,
daging burger ayam

oh sedapnyaa! spaghetti bolognese

bolognese again with meatballs

paprik daging! percubaan pertama dengan bimbingan emak.
*terlebih kicap tapi masih sedap :p

ikan bawal masak sweet sour.
*ikan sepah-sepah sususannya

kacang panjang + cendawan butang goreng belacan

ayam cepedas. tiru resepi orang. memang pedas!

ini paling saya nak makan dari hari itu :((
oh meatballs IKEA
*cravingggg!

Monday, August 22, 2011

.masalah oh masalah.

saya ada sedikit masalah.

semalam, masih lagi perihal semalam. tapi hari ini cerita lain pula. nak dijadikan cerita, aku HOT gila dengan abang buncit yang serve aku dekat jeans alteration kajang (arked) tu semalam. kalau ingat balik sumpah geram. at fisrt aku ingat nak cerita, tapi sebab panjang sangat so aku decide untuk delete. haha. tak payah buat dosa bulan-bulan ramadan ni kan? dah nak raya dah pun. tapi tobat dah tak nak gi situ lagi. baik gi dekat seksyen 15 tu ja. GRRR.

tapi aku ada masalah lain sebenarnya. masalah apa? tu dia, perempuan ni masalah terbesar dia adalah? membeli-belah. aku duk terbekenan dengan henbet sebiji ni. mula-mula duk fikir rega dia boleh tahan gak mahal. sebab dah teroverspent on baju raya. limit incik somi bagi dah terlebih sudah. tapi dia gak suruh ambil yang itu. kan? haha. pastu beli tudung, ingat nak beli selai tapi terembat dua lai. bukan sikit-sikit rega. ini nak rembat henbet pula? duit ada, tapi fikir nak siapkan si comot tu. tapi bulan lepas tak beli apa-apa pun untuk diri sendiri kan? berapa kali nak tapi daaa.

so cemana? aku dalam dilema. masalah la kau ni zeera T_T

semalam aku duk nengok-nengok pun cik bella dah sound; dah-dah tu kak oi :(
apa-apa pun kena mintak izin incik somi juga. kalau dia bagi, suka hati. kalau tak bagi redha je la. eh, ye ke redha? HAHA.

masalah oh masalah.

Sunday, August 21, 2011

.nasi ayam cik yos.

masih lagi kisah semalam, tanggal genap 20 hari kita berpuasa. kisah nasi ayam emak den. aku kurang gemar dengan nasi ayam sebenarnya. kenapa entah, kadang-kadang sampai satu tahap nak muntah sebab muak makan. tapi nasi ayam cik yos meme terbaik oh. sedap hingga menjilat jari. mula-mula macam mengeluh, ah? kenapa nasi ayam -.- tapi bila dah makan eh kenapa sedap sangat ni? haha. sesungguhnya masakan emak tiada tandingannya. siapa setuju? hehe. oleh itu isteri-isteri, ibu-ibu dan emak-emak belajarlah memasak supaya anakmu akan berkata begini suatu hari nanti. tak rugi masak pun kan? sebab kata orang; jaga suami melalui perutnya :)

siap! tapi masa ni lupa letak daun sup di atas sup itu.
cempedak goreng itu terbaik!
kuih keria itu? cik bella mengidam nak.

okay itu sahaja nak update. babai!

Saturday, August 20, 2011

.kisah semalam.

ini kisah semalam. kenapa?

hari ke 19 kita berpuasa. kenapa?

adik amsyar atau lebih dikenali anak buah kedua dalam keluarga kami telah selamat dilahirkan. dan dinamakan ammar eusoff oleh kedua ibubapanya. itu kisah mereka.

kisah aku pula? aku telah terhiris jari tengah sebelah kiri ketika sedang asyik memotong cili. sumpah sakit oh. berdenyut-denyut. darah mengalir deras. pastu rasa sebal je jari. terus incik somi kata dah biar abang masak, honey cakap nak buat apa. huhu. seb baik tak nangis, sikit lagi nak nangis. hihi. nak masak sambal udang yang incik somi teringin je pun. sampai luka-luka jari bagai. mungkin sebab berangan barangkali. tapi dah lupa berangan apa sebab sakit gila punya pasal :(

sambal udang + petai. masuk cili merah sikit sebab ramai tak tahan pedas cili kering sahaja. sodap sehingga menjilat jari :D

ini dia adik amsyar; ammar :)
tapi amsyar tak mau layan adik dia. macam jelous semua orang sibuk-sibuk dengan adik dia. sian amsyar. bila suruh sayang (cium) adik, dia jawab;
"tak payah". haha.

sekian. babai!

Thursday, August 18, 2011

.sambal goreng johor.

semalam cuti Nuzul Quran. siapa kerja di Selangor maka dia cuti kan? aku juga begitu. YEAY! incik somi pun cuti sebab temankan aku. oh suweet sangat :p
since bercintan cintun dulu dah tahu dah yang incik somi suka sangat sambal goreng mak dia. sambal goreng johor. siap dah warning kat aku kena belajar masak ni. seb baik aku rajin masak. rajin ke? lalala. aku tak kesah, bagi menu kat aku, aku boleh masak. kalau nak fikir menu tu aku cam malas. lain la bulan puasa ni kita masak sekali je, so macam-macam dalam fikiran kan. so pagi raya dia makan sambal goreng ni dengan nasi impit, makan dengan lemang. beda sungguh dengan aku. aku suka kuah kacang mak den. then ada sambal ayam titik serai, perghh menjilat jari aku makan. lagi-lagi ada rendang ayam. aku suka juga lemang, tapi nowadays lemang dah tak sedap, orang berniaga tak jujur la dalam berniaga. mana tah nak cari yang lembut lemak berkrim disukai ramai, kan?
maka nak dijadikan cerita haritu mak dia masak sambal goreng, tapi dia kerja 54jam (eh tipu kerja petang malam so balik esok pagi) tak dapat makan sambal goreng. so aku terpanggil, ewah terpanggil. siapa yang panggil tah?
ini rupa si sambal goreng johor :)

tak boleh rotate. nyampah. lantak kau lah situ.
rupa sedikit lain ipar duai kata. mil kata sebab cili merah banyak. tapi rasa sedap! eceh puji diri sendiri. yela, for first timer kan. then puasa pula tu. main agak-agak je. and mil kata ai lulus. wee~ resepi pun sebenarnya ingat-ingat lupa so ai tanya incik google la. nasib baik incik google sangat bermurah hati nak share. haha.
meh layan resepi.
BAHAN-BAHAN:

kuantiti ikut berapa ramai yang nak makan. boleh tak macam tu aku tulis? hehe. agak-agak je.
CARA-CARA:
  1. goreng tempe, tauhu, pedal ayam macam yang di atas.
  2. lepas itu goreng bawang merah + bawang putih sampai naik bau.
  3. masukkan cili hijau + cili merah dan goreng sampai layu. then titik serai + lengkuas.
  4. bila semua dah sebati masuk bahan-bahan yang digoreng tadi. kacau sehingga sebati. sebati ke? bantai. masuk udang sekali semua. udang tak payah goreng dahulu, terus masuk.
  5. then akhir sekali gaul santan + asam jawa + belacan. ramas ya, itu yang sedap bak kata mil. then masukkan. gaul sampai dia pekat dan kering. masuk sedikit garam + gula supaya rasa dia blend dengan sempurna. aku tak suka letak pak aji, jika perlu letak la.
  6. dah siap!
and ini bahan-bahan asal yang mil ajar dulu. tengok resepi incik google ada daging segala. ini pun naik letih aku potong, goreng bagai, renyah. seb baik incik somi tolong goreng tapi tak sesabar nak angkat. haih. sabau aje lah.
tadaa! siap packed dah. untuk mak ai satu, mak yu satu. tapi berbuka di rumah mak yu. mak aku pula cakap nanti mak beli barang awak masak ye? huhu. suka hati bila semua orang suka. lagi membako semangat nak masak lagi kan. and nanti nak try buat sambal goreng jawa pula. dah cari resepi dah. tengok macam senang. memang senang pun la. nanti dah jadi ai update. ada ke orang nak baca nyah? AAK? :p
babai!

Tuesday, August 16, 2011

.carca merba.

yeay, MERDEKA! eh silap, BONUS dah masuk :D

tapi semalam bonus belum masuk dah pi beli jeans yang di ingini, tapi dah habaq mai dah awai-awai tak da saiz. then incik somi kata pilih design lain. belek-belek tak ada yang berkenan sangat, tapi rembat gak selai. tapi mula-mula confuse nak ambil 27 ka 28. last-last ambil 27. sekali kau macam nangka. malasnya nak pi tukaq. kalau nak tukaq dengan duit aci tak bang? heh. sebab tetiba rasa tak berkenan. aku kalau pasai bazir wang ringgit memang cemerlang. tapi pelik, awat yang ori aku pakai size 25? :S

hari ini selsema hinggap di hidung dengan bersungguh-sungguh sampai pening kepala di buatnya. dengan kerja banyak, nak cepat dan hidung srot sret. apa yang anda rasa aku rasa? hah, paham tak? cuba fahamkan.

lastly, nak cuba buat sambal goreng johor kesukaan incik somi tersayang esok. berjayakah? sama-sama kita nantikan. esok cuti, yeay sekali lagi.

dah, sekian terima kasih.

Monday, August 15, 2011

.so SAD.

kereta buat hal lagi. macam kena badi pula.

haritu before jual persona, tiba-tiba nak pergi kerja kereta tak boleh start :(
but nasib baik incik somi baru pulang dari kerja so that boleh jumper and terus cari bateri baru.
melayang duit sebelum gaji. nasib baik minggu depan dah gaji.
dan malangnya sebulan selepas itu bayar road tax persona even dah jual kereta itu.

dan tiba-tiba pagi ini tak boleh start pula si comel yang comot itu. grr. nasib baik ayah masih belum ke kantor dan nasib baik aku tidur umah mak+ayah malam tadi. bbm incik somi tak reply tetiba call cakap dah depan rumah. mak aih. dan sekali lagi malang bulan depan road si comot. comot masih tidak menjadi comel lagi. bila nak jadi comel asik keluar duit sahaja? belum lagi hal lain-lain yang perlu duit. double SAD la!

paling SAD, kami akan meng'renew' road tax yang ketiga untuk tahun ini. duit memang berkepuk doh! sabar aje lah T_T

baru je cerita pasal BONUS yang tak seberapa tadi kan? hmmm.

.entry beli dan belah.

hari ini ada yang dah dapat BONUS kan? aku esok dapat. ciput je. nyampah. sebab gaji sikit kan.
dan saya setuju dengan kata si sahabat : YANG KAYA MAKIN KAYA.

tapi bak kata emak: bersyukur la, nanti dah lama kerja dapat la banyak.

aku kata: kalau la next next time dapat ye dop? bagi aku baik bagi sama rata. so aku takla frust menonggeng macam ni. dah la tolak EPF. grr.

tapi incik somi kata: kalau bagi sama rata bukan BONUS tapi SAGUHATI.

apa-apa je la. layan je la. tak guna dah nak argue kan? T_T

tapi yang pasti BONUS belum dapat, gaji belum masuk aku dah dapat baju raya. YEAY! tema kali ini sama macam kaler baju nikah aku dulu. sebab incik somi takmoh beli baju melayu katanya. so layan je lah. yang pasti tahun depan mesti beli baju melayu baru dan ianya pasti PINK. haha. boleh? nak jugak!

dan jumaat lepas, incik somi ajak ke downtown bangi terjah apa ada di situ sebab kemain dasat orang parking gamaknya. tapi takda la best mana pun. sempat beli bunga lavender kat abang yang baik hati serta lemah lembut itu. aww, terima kasih bang :p dan langsir jurai-jurai, nak letak kat dapur katanya. tapi malangnya bila esok pagi tengok eh, ini warna cekelat la! abang langsir ni nak kena ni. kang saya saya sumpah abang jadi langsuir kang, haaa :p

dan semalam aku ajak mak jadi drebar saya, sebab saya takut nak parking simpang siur segala. lagipun, aku dah agak ayah tak kasi punya aku drive even incik somi izinkan aku pergi but bukan sorang-sorang la. ya, saya memang anak manja :p so jalan-jalan sekejap memandangkan cik wawa (adik bongsu saya) nak jeans baru. tak sama dengan jeans yang kak long bagi katanya. aku bagi dia sebab kes dah tak muat tapi cantik lagi what. dasar budak-budak zaman sekarang, anak bongsu pula tu kan. then mak offer cik bella sekali, dapat sorang-satu. mak tak offer aku pun? so SAD. hehe. maka bila balik tengok dorang cuba-test-try eh cantik la pulak. dulu boleh la okay, kau beli then nanti kita boleh pinjam-pinjam. but sekarang, kau menangis je la zeera T_T

dan aku pun mengadu domba la kat incik somi ajak dia bawa aku pergi beli jeans itu juga even bukan nak pakai time raya kan. hihi. ya, saya pakai barang murah juga. sebab tak semestinya barang mahal semuanya cantik kan? beli apa yang mampu. bukan amalkan "biar papa, asal bergaya"

selamat beramal, dan selamat berhari raya. lagu raya dah berkumandang di radio. tapi puasa jangan lupa habiskan dulu ya yop :)

lebih kurang gini la rupa jeans nya. tapi dia ada faded sikit di peha. sikit ja ;)
*berdoa supaya dapat jugak jeans itu sebab dekat abang ensem dan baik hati itu tiada saiz 28 T_T

Friday, August 12, 2011

.bahan rahasia makanan.

nak tahu tak?

tapi...

nak bagitahu juga...

i tak reti masak guna bunga lawang, jintan manis segala. HAHA.

u rasa kelakar tak ni?

kenapa i rasa nak apdet entry gini? sebab sedang asyik mencari menu masakan yang simple, mudah dan cepat untuk dimasak di bulam ramadan ini tetiba baru terperasan asal dorang ni guna mendalah ni segala? kalau tak bubuh dalam resepi tu cemane? takut terkurang ke apa kan. tapi my mum in law pun masak guna sume-sume ni, sumtimes. tapi mak i tak ajar pun? tapi mak i masak sedap je. so cemana kekdahnya? balun aja la kan? asal sedappp! kan?

tapi sumtimes perlu juga kot. penyedap rasa. kata rempah ratus kan? and kalau tak ada rempah ratus kau nak buat apa balang kecit-kecit comel yang kau beli kat ikea tu zeera oi? adakah hanya untuk letas atas para itu? haaaaa..semput acik :p
*berapa banyak tapi daaa..

cantik kan? *camni la kita punyaa :')

ihsan dari incik google ;)

Thursday, August 11, 2011

.tah hape, hape.

aku dah besar.

aku dah tua? :S

aku dah cukup dewasa.
ya, ini yang paling tepat. kata-kata juga harus lebih mulia.

saya memang suka menulis, merapu dan macam-macam lagi.

siapa yang kenal diri ini dengan baik tahu segalanya tentang aku.

paling penting KERAS HATI.
tapi sekeras-keras kerak nasi, jika direndam lembut juga.
dan jika orang baik dengan aku i'll treat you as you treat me, nicely.

KARMA, faham?

dan luka dihati tidak siapa tahu.
hati ini menangis dan merintih tidak siapa tahu. *tetiba?

tapi tidak mengapa, ya ka tidak apa-apa? *motif?

dah, sabar sahaja.

.baju raya T_T.

baju raya! siapa yang tak suka nak bergaya di hari raya setelah sebulan kita berpuasa? kan?

tapi saya takde baju raya lagi T_T

ingat nak pakai baju raya bertema grey this year, sebab ada sehelai yang dah siap kaler itu. sekali incik somi kata "ha, kelabu? takmau!" dia suka buat muka macam nak kena tumbuk laju-laju. grr.
seb baik i sayang you :p
and ianya buat aku berfikir okay fine kita cari kaler lain. tema incik rahman's family kaler hijau. eh macam kaler rumah je mak? baru perasan. haha. but many color of hijau la and as usual baju perempuan-perempuan sudah mesti/wajib/harus ada.
dorang sopin takmau ajak aku. so SAD!

hari tu semata-mata nak interview beli baju baru. so dengan muka kesian cakap kat incik somi "pakai baju ni je la masa raya, abang cari baju melayu kaler ni ye?" haha.
tu 2nd choice ler kan. *hijau juga. wink.

baru-baru ni incik somi tetiba cakap, "nanti abang bagi la honey duit rm tett, sehelai je tau!" yeayy, tu pun dah lebih dari cukup. alhamdulillah.
tak mau minta lebih sebab nanti mesti dia cakap "ha, dah tu macam-macam nak beli kereta bila nak siap? tunggu la kereta siap baru la boleh beli macam-macam. kan?"

okay fine T_T

kasut, handbag, tudung and bla, bla, bla siapa nak sponsor? T_T

so korang tema apa tahun ini? aku kalau boleh nak pink, tapi incik somi mesti taknakk! BENCI tau. T_T

eh teruk betul aku ni, puasa baru masuk hari ke sebelas okay? heh.

.saya suka comel thingy.

comel. hanya sepatah kata yang mampu ku ucapkan tentang ini. mari cuba! :)

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name : Hazirah
2. A four letter word : Hugs
3. A boy's name : Harith
4. A girl's name : Hanni
5. An occupation : Hairdresser
6. A color : Honey Yellow
7. Something you'll wear: Handbag
8. A food : Hamburger
9. Something found in the bathroom: Hand Dryer
10. A place : Holand
11. A reason for being late : Headache
12. Something you'd shout : Hotak hang!
13. A movie title : Honey, I Shrunk The Kids
14. Something you drink : Ho ho Horlicks!
15. A musical group : Hanson
16. An animal : Harimau
17. A street name : Hang Tuah
18. A type of car : Honda City
19. Title of a song : How To Love


nak main? jom!

Wednesday, August 10, 2011

.wordless Wednesday 5.

wedding ring mizz nina (wife noh hujan)
ketiga-tiganya: I adore <3

Wednesday, August 3, 2011

.wordless Wednesday 4.


Tuesday, August 2, 2011

.aksi kuak lentang.

aku ada bela hamster yang aku panggil anak / baby. heh. 3 ekor. aku bela jenis winter. nama dia? tiada. haha. selalu panggil si kelabu, si garang and si gemuk. but now si gemuk da jadi sama besar dengan si kelabu yang comel (sebab bulu dia kaler lain dari si garang + si gemuk)

aku suka tengok mereka tidur and makan. tapi paling best bila letak dalam bakul sampah ikea untuk basuh sangkar mereka.

tak nampak ek? masa ni dorang tengah jengah-jengah kot-kot aku sua makanan ke kan. heh. dorang paling suka makan carrot. buah ke kan. biskut jarang bagi dah. sebab nanti sangkar dia semut duduk sekali dalam tu. roti pun kadang-kadang. selalu bagi kuaci je.

ini masa mula-mula or baru nak tidoq. kira kalau manusia macam sengguk-sengguk nak tidoq la. huhu.

okay, ini dah start selesa sikit. tapi kadang-kadnag still jenguk ke atas bila bau aku datang dekat.

okay dah start golek-golek macam mengantuk habis la kan.

ini picture last sebelum aku kejut dorang untuk masuk balik dalam sangkar sebab kita nak balik kampung! hehe. kualiti gambar teruk kan. maaflah, pakai henpon cokia je. hihi.

.frustrated.

tekanan je bila dealing dengan orang yang jual barang but menipu. atau erti kata lain bagi barang rosak etc.

hari tu meter rosak. rm80 sebab im kata murah, so aku diam je la.
then beli baru harga rm150. ini beli dengan orang lain dan im kata memang market harga dia gini. maka diam je la teman dengau nye.


then bila nak pasang boost meter, aku dengar cerita tak jalan pula? hadoi, hangin ni. rm280 kot. bukan rm2.80 la bro. camni bila kereta wa mau siap?

geram je acik. GRRR.

tak faham? buat-buat faham la ek. heh.

selamat berpuasa!

Monday, August 1, 2011

.selamat berpuasa.

selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.

semoga ramadhan kali ini membawa seribu erti dan menambahkan lagi ketaqwaan dan keimanan kita kepada-Nya.

Amin.
 
Blog Template by Delicious Design Studio