Friday, August 13, 2010

.si elmo sakit.

hari ini nak cerita tentang encik ali imran bin sarmin demam panas yang melampau hari tu. sangat tinggi suhu badannya. then demam on off. dua hari berturut-turut pergi check di Hospital Pakar An-Nur. malam selasa lagi dia dah rasa tak sedap badan, pening kepala. badan pun panas. masa tu, beliau masih di office. balik kerja, makan pun tak lalu, dan terus tidur.

first day(rabu), mula-mula kata nak pergi sendiri ambil m.c, last-last cakap tak larat. maka aku lepas office hour ambil dia dan terus ke An-Nur. suhu agak tinggi, 39.2 darjah. dalam perjalanan balik, singgah beli bubur ayam mcD sebab dia memang tak lalu makan. dan lepas makan ubat, suhu badan dah kurang, tapi peluh keluar mencurah-curah ke ladang gandum. malam tu juga sempat ke pesta konvo UKM. sekejap je pun sebab takde benda. haih.

si elmo merah sakit. huhu.

second day(khamis), demam macam dah okay. petang tu dia beria nak cuci kereta sebab dijangka kami akan ke Perak pada esok harinya. tiba-tiba dia rasa sejuk semacam. badan menggigil-gigil, kereta pula lambat lagi nak siap. perut tak sedap, kepala pening dan sebagainya. lepas siap cuci kereta, bergegas ke rumah. lepas aku siap mandi semua, bergegas ke klinik dalam jam 8 malam. malangnya, An-Nur ramai orang. lama juga tunggu, bila dah masuk bilik doktor, doktor suruh masuk air sebab suhu makin tinggi, 40 darjah. darah pun perlu diambil untuk diuji sebab takut demam denggi. aku pun layan facebook kat luar. then ada orang panggil;

"puan, puan. ali panggil, teman dia dalam bilik tu"

maka aku pun masuk, kesian tengok encik suami.

eee, takut. ;p

kesian dia. masa ni dah fikir, tak jadi ke Perak la ni.

semua ada. air badak, 100 plus, pakej.

dengan itu, beliau disahkan demam virus. bukan denggi. maka dia nak juga ke Perak, dengan giat mencari orang yang boleh pandu si merah sebab saya tak boleh pandu kereta manual. HAHA. maka, saya pun kemas beg dengan berat hati -.- cerita semasa di Perak akan di update kemudian. daa!

3 comments:

Ali Imran Sarmin said...

huh~

Cik Shidot said...

ish2..
teroknye smpi msk spital??
antibodi ko lemah btl imran...
huhuh..

zeera said...

mmg lemah. aku kuat! hee. :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio