saya sudah tahu full story pasal kemalangan semalam, siapa nak tahu? mari saya cerita. heh.
nak dipendekkan cerita, ayah nak mengelak motor yang lain yang pandu dengan tak berapa betul, lalu ayah break tapi breaknya tak berapa nak grip sebab jalan licin. so, ayah tersasar dan terlanggar sebuah kereta dan terjatuh. itu yang lutut luka sampai koyak seluar. nasib baik ayah pakai helmet dan mempunyai visor, tapi itu pun masih luka teruk dimata yang berkemungkinan diakibatkan oleh spec yang patah. tak pasti spec tu patah macam mana. lebih pelik visor helmet tak pula patah? huhu.
tetapi, semalam emak beritahu yang cina tu telefon suruh datang tengok lampu kereta dia. bodoh ke apa? haih. mungkin dia tengok semalam ayah aku tak berapa teruk. memang tak teruk mula-mula, sebab lepas accident tu ayah dengan cina tu sempat bertukar nombor telefon. bila dah sampai pusat kesihatan, blood pressure ayah naik tinggi. cuma mungkin sebab terkejut. nasib baik ayah tak ada penyakit serious. ayah pun dah 50-an, mestilah rasa sakit dan antibodi sedikit lemah even ayah selalu cakap ayah tak apa-apa. itu yang buat aku paling risau. tadi saya berborak dengan bos saya, dia tanya ayah macam mana and so on.
siap kata, "saya nampak motor besar tu, tapi saya tak nampak ayah awak". besar la sangat, motor elegance, modenas tu je. aku pula semalam datang lewat sedikit. kalau aku awal, mungkin juga aku akan terserempak dengan ayah. semua ini telah ditakdirkan. dan semalam, tengok ayah makan berselera. suka hatiku even ayah makan tak banyak, namun itu sudah memadai. kalau encik suami sakit, dia tak lalu langsung nak makan. haih.
kak long doakan ayah cepat sembuh. kak long sayang ayah. kami semua pun sayang ayah. kami masih lagi memerlukan ayah. tak lama lagi birthday ayah, 30 Ogos. semoga ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
amin.
4 comments:
amik.kami doa an pk cik juga (:
amik ye babe? teehee.
imran doakan ayah jugak..
alamak!!slah taip le.haha.amin act ;)
Post a Comment