Monday, August 30, 2010

.happy birthday ayah.


HAPPY BIRTHDAY AYAH!

we love you.

semoga sihat selalu dan dipanjangkan umur.

amin.

Thursday, August 26, 2010

.makaroni sup.

saya suka makan sup. suka makanan yang berkuah. bila tengok ini.


dan bila tengok ini pula. (ihsan pic dari sini)

lagi la bertambah-tambah terliur. sebab masak nya sangat mudah dan pantas. nak try dan cuba!
kalau jadi saya update okay. ;p

.comel.

ada cerita comel. farra sayuti. kamu harus lihat ini. :)

ini juga buat semua couples yang ada.

happy always with your love ones!

senyum lebar-lebar cepat.

teehee.

Wednesday, August 25, 2010

.perasaan dan persoalan.

pernah tak korang rasa BENCI?
pernah tak korang rasa apa yang aku rasa?
apa yang aku rasa sekarang?
BENCI, itu yang aku rasa buat masa ini.
BENCI yang boleh membuat aku terimbas semua dan segalanya.
dan perasaan itu membuat jantungku berdegup kencang kerana terlalu marah.
dan juga boleh membuat aku mengalirkan air mata.
dan tiada siapa untuk ku luahkan segalanya.
segala-galanya.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melupakan segalanya.
bantulah aku membina semula sisa-sisa yang ada untuk aku merasa bahagia selamanya.
atau mungkin perasaan ini akan lenyap?
atau mungkin tidak?
tetapi yang pasti, perasaan BENCI itu tidak akan lenyap buat masa ini.
dan ianya mungkin akan mengambil masa yang lama,
atau terlalu lama untuk dilupakan.
kerna segalanya terlalu segar berada di ingatan.
masih.

sudah.
tidak mahu lagi memikirkan tentang itu.
persetankan.

.asam pedas.

teringin asam pedas ikan senangin. oh, terliur sudah. tak pun, asam pedas ikan pari. tambah sawi jeruk. fuh, LAYAN. mak, nak mak! tolong masakkan. teehee. :)

hehe. ini lauk yang saya masak. asam pedas ikan senangin, kacang panjang + cendawan goreng belacan dan telur dadar. makan berdua, masa family ke surabaya. mak, teringin! -.-

Tuesday, August 24, 2010

.kekanda adinda.

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

p/s: lagu ini comel. :)) SUKA.

.mee udang.

bulan-bulan puasa ni kalau tak cerita pasal makan memang tak sah. sebab aku suka makan. teehee. ini mee udang kami makan masa di Taiping hari tu. mee udang Mak Jah kot kalau tak silap. di Kuala Sepetang, Taiping, Perak. dulu pergi dengan mak ayah semua tak dapat makan mee udang. ni pergi dengan suami tersayang, tersangat la puas makan mee udang. nak tengok? jom!

ini mee udang special. udang dia besar-besar. kann? :)

SUKA HATI. :D

siap guna tangan. hee. br feel.

ini im punya. sedap juga.

couples. :)

gang Parasit Koi. ;p

Monday, August 23, 2010

.berbuka puasa hari ke-12.

mari cerita pasal makan lagi. sebab tagline saya "saya suka makan". teehee. mari senyum lebar-lebar. ini makanan kegemaran saya. dan memandangkan bella ada dirumah, maka emak suruh anak-anak daranya masak. tapi saya tak kesah, sebab masak dia senang sangat. :) dan macam biasa, tukang buat begedil is bella. saya sediakan semua. dan mak tolong goreng begedil. apa yang penting? kerjasama. hee.

TARAA.

mee kuning + kueh teow.

kuah dia. uish, sedapnya. ;p

sayur-sayuran, begedil dan sambal kicap.

inilah hasilnya. kueh teow kungfu. ayah yang bagi nama. haha.

.si merah cedera.

ha tengok, si merah cedera. agak parah juga kan? ;p sian tuan punya kereta ni. muka tension je. huhu. siapa la yang jahat sangat gesel si merah sampai cedera ni. tapi kan, rugi tak capture picture dia malam tadi. kejadian berlaku di rumah saya. kereta disitu sedikit bersimpang siur, lebih-lebih lagi ada rumah yang dijadikan restoran berdekatan dengan rumah ku. jiran la senang cerita. doa masa bulan puasa ni insyaAllah dimakbulkan kan? maka, sesiapa yang langgar lari tu bersedialah. Allah akan balas perbuatanmu suatu hari nanti. akhir kata, cantik juga kereta ni ek? bersepah diamond dia. hehe.

Friday, August 20, 2010

.pasal ayah lagi.

saya sudah tahu full story pasal kemalangan semalam, siapa nak tahu? mari saya cerita. heh.

nak dipendekkan cerita, ayah nak mengelak motor yang lain yang pandu dengan tak berapa betul, lalu ayah break tapi breaknya tak berapa nak grip sebab jalan licin. so, ayah tersasar dan terlanggar sebuah kereta dan terjatuh. itu yang lutut luka sampai koyak seluar. nasib baik ayah pakai helmet dan mempunyai visor, tapi itu pun masih luka teruk dimata yang berkemungkinan diakibatkan oleh spec yang patah. tak pasti spec tu patah macam mana. lebih pelik visor helmet tak pula patah? huhu.

tetapi, semalam emak beritahu yang cina tu telefon suruh datang tengok lampu kereta dia. bodoh ke apa? haih. mungkin dia tengok semalam ayah aku tak berapa teruk. memang tak teruk mula-mula, sebab lepas accident tu ayah dengan cina tu sempat bertukar nombor telefon. bila dah sampai pusat kesihatan, blood pressure ayah naik tinggi. cuma mungkin sebab terkejut. nasib baik ayah tak ada penyakit serious. ayah pun dah 50-an, mestilah rasa sakit dan antibodi sedikit lemah even ayah selalu cakap ayah tak apa-apa. itu yang buat aku paling risau. tadi saya berborak dengan bos saya, dia tanya ayah macam mana and so on.
siap kata, "saya nampak motor besar tu, tapi saya tak nampak ayah awak". besar la sangat, motor elegance, modenas tu je. aku pula semalam datang lewat sedikit. kalau aku awal, mungkin juga aku akan terserempak dengan ayah. semua ini telah ditakdirkan. dan semalam, tengok ayah makan berselera. suka hatiku even ayah makan tak banyak, namun itu sudah memadai. kalau encik suami sakit, dia tak lalu langsung nak makan. haih.

kak long doakan ayah cepat sembuh. kak long sayang ayah. kami semua pun sayang ayah. kami masih lagi memerlukan ayah. tak lama lagi birthday ayah, 30 Ogos. semoga ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
amin.

Thursday, August 19, 2010

.ayah accident.

perkara yang paling, paling, paling aku takut. pagi tadi sedang aku leka menaip, tiba-tiba dapat call dari ayah, ayah beritahu yang dia accident. dan 2x dia pesan supaya jangan beritahu emak dahulu. aku menurut sahaja.
aku sempat bertanya, "ayah nak kak long jemput ke?"
lepas tu aku rasa, macam tanya soalan bodoh je. mungkin tengah terkejut dan blur.
dan ayah kata, "takpe, takpe".
tapi suara ayah sangat lemah. bila dah letak telefon, aku jadi tak keruan. lalu, aku telefon imran yang kebetulan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah (sebab dia kerja malam tadi). aku beritahu yang ayah accident dan ada di pusat kesihatan ukm, so dia datang office aku dan kami pergi bersama. bila sampai, kami ke unit kecemasan. bila tengok ayah terbaring dengan luka di lutut, bibir, aku rasa sayu sangat. dan lagi sayu melihat tasbih tidak lekang dari dirinya. biarpun luka itu hanya luka-luka kecil. mujur ayah tak teruk sangat, tapi bagi aku teruk juga ni. dan ayah tak perlu ditahan di ward, maka aku bawa ayah pulang. bila dah sampai rumah, adik bongsu ku juga terkejut melihat ayah dengan mata bengkaknya. dia memang rapat dengan ayah aku, sampai sekarang pun masih tidur dengan ayah. haih. then, imran pun called emak beritahu yang ayah accident. tak lama lepas tu, emak called rumah tanya ayah macam mana dan kemudian kawan-kawan ayah pun sampai dengan bawa motor dan ubat. terima kasih banyak-banyak. jasamu akan dikenang sampai bila-bila uncle sekalian.

dan aku duduk disitu sehingga kawan serta pakcik yang juga kerja di ukm pulang. bila emak sampai, aku pun bergerak ke office semula. sekian. eheh. macam novel tak? ;p

ni ayah nak tengok mata dia. tadi masa kat hospital, tak bengakak sangat. tapi makin lama makin besar. dan bila tengok, ayah terus sebut "subhanallah". :(

Tuesday, August 17, 2010

.suatu hari nanti.

iri hati.
berperasaan sebegini memang membencikan,
dan membuat saya membenci orang itu.
sedangkan dia tidak ada salah dengan saya,
atau mungkin ada, sedikit cuma,
dan dengan tiba-tiba air mata seperti ingin mengalir deras di pipi ini.
maka dengan pantas ku pujuk hati ini,
sempena bulan baik ini,
buanglah segala hasat dengki serta iri hati kerana itu adalah amalan syaitan.
dan terngiang-ngiang pesan bonda tersayang,
banyakkan berdoa dan bersabar.

oh bila aku boleh jadi sesabar bonda ku?
SATU HARI NANTI.
tanam azam ini pada bulan yang diberkati Allah,
insyaAllah, suatu hari nanti.
amin.

Monday, August 16, 2010

.mari beli tudung saya.

tada. mari beli tudung yang saya JUAL. saya JUAL okay? murah-murah. dah nak RAYA dah ni. teehee. ada yang berminat? sila pilih warna pilihan anda. pilihan saya saiz S for plain lycra is RM12 sahaja. saiz M (kalau nak beli untuk emak anda ke kan; is RM15 sahaja. terima kasih. :)

ini tudung koleksi saya. anda boleh pilih dan jadikan milik anda. :)

Friday, August 13, 2010

.si elmo sakit.

hari ini nak cerita tentang encik ali imran bin sarmin demam panas yang melampau hari tu. sangat tinggi suhu badannya. then demam on off. dua hari berturut-turut pergi check di Hospital Pakar An-Nur. malam selasa lagi dia dah rasa tak sedap badan, pening kepala. badan pun panas. masa tu, beliau masih di office. balik kerja, makan pun tak lalu, dan terus tidur.

first day(rabu), mula-mula kata nak pergi sendiri ambil m.c, last-last cakap tak larat. maka aku lepas office hour ambil dia dan terus ke An-Nur. suhu agak tinggi, 39.2 darjah. dalam perjalanan balik, singgah beli bubur ayam mcD sebab dia memang tak lalu makan. dan lepas makan ubat, suhu badan dah kurang, tapi peluh keluar mencurah-curah ke ladang gandum. malam tu juga sempat ke pesta konvo UKM. sekejap je pun sebab takde benda. haih.

si elmo merah sakit. huhu.

second day(khamis), demam macam dah okay. petang tu dia beria nak cuci kereta sebab dijangka kami akan ke Perak pada esok harinya. tiba-tiba dia rasa sejuk semacam. badan menggigil-gigil, kereta pula lambat lagi nak siap. perut tak sedap, kepala pening dan sebagainya. lepas siap cuci kereta, bergegas ke rumah. lepas aku siap mandi semua, bergegas ke klinik dalam jam 8 malam. malangnya, An-Nur ramai orang. lama juga tunggu, bila dah masuk bilik doktor, doktor suruh masuk air sebab suhu makin tinggi, 40 darjah. darah pun perlu diambil untuk diuji sebab takut demam denggi. aku pun layan facebook kat luar. then ada orang panggil;

"puan, puan. ali panggil, teman dia dalam bilik tu"

maka aku pun masuk, kesian tengok encik suami.

eee, takut. ;p

kesian dia. masa ni dah fikir, tak jadi ke Perak la ni.

semua ada. air badak, 100 plus, pakej.

dengan itu, beliau disahkan demam virus. bukan denggi. maka dia nak juga ke Perak, dengan giat mencari orang yang boleh pandu si merah sebab saya tak boleh pandu kereta manual. HAHA. maka, saya pun kemas beg dengan berat hati -.- cerita semasa di Perak akan di update kemudian. daa!

Tuesday, August 10, 2010

.spaghetti air liur.

wah, esok dah nak puasa? erm, first time puasa sebagai isteri. tapi, encik suami sahur sendirian di office malam ini. aku pula sendirian bersahur dirumah. :( dan sempena nak menyambut Ramadan ni, saya nak share resepi saya. ewah, resepi aku ke? balun. haha. simple dan mudah. mari lihat, kemudian cuba okay.


bahan-bahan:
1 bungkus spaghetti/fettuccine (500 gram)
1 tin cendawan butang
beberapa ekor udang (ikut kesukaan masing-masing)
9-10 ulas bawang putih
sedikit majerin
garam secukup rasa

cara-cara:
1. rebus spaghetti/fettuccine sehingga lembut. kemudian angkat dan toskan. asingkan seketika.
2. tumbuk secara kasar/halus bawang putih, dan hiriskan cendawan mengikut kesukaan masing-masing.
3. panaskan kuali dengan majerin. kemudian, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
4. setelah naik bau, masukkan udang dan goreng sehingga garing. kemudian masukkan cendawan dan spaghetti/fettuccine.
5. goreng sehingga sebati.
6. SIAP sudah. senang bukan? kalau nak letak bahan lain pun boleh. ikut kreativiti masing-masing.

p/s: saya juga suka masak untuk orang datang beraya. selamat mencuba. :))

.update belog.

lama tak update belog. nak update, tapi malas. banyak benda nak update. dan tunggu masa yang sesuai. hari ini mood tak berapa nak ada. haih. -.-

Ya Allah, kuatkan semangat saya. amin.
 
Blog Template by Delicious Design Studio