Tuesday, November 15, 2011

.16 weeks.

baby dah gerak-gerak. tapi bila suruh baba rasa dia kata perut aku yang naik turun sebab bernafas. memang la aku kena bernafas, kalau tak mati la aku kan? yih, tangan tak bedung! maka tak boleh nak rasa. dia bukan gerak p tendang tangan hang, dia gerak selow-melow ja. cumel. love you baby :')

*sekejap je dah trimester kedua.

.menjaga tingkahlaku.

kelas kan tajuk entri kali ni? bahaha. gelak besau.

dalam hidup ini mesti ada beberapa jenis manusia yang kita tak berapa gemar tentang attitude mereka bukan? sebab bukan semua orang perfect. mungkin orang lain pun ada yang tak gemar dengan perangai aku. kennnnnn? HAHA.

tapi sekarang aku mahu bercerita tentang orang yang aku tidak gemar perangainya.

  1. berkira. dalam erti kata lain, kita sahaja yang memberi dan dia hanya merasa. mungkin niat di hati mahu memberi juga tetapi sampai la ni, nan ado. niat je kalau tak ditunaikan sampai ke hajat dihati tu? hmmph! lepas tu mengungkit, boleh? annoying gila. kira aku ada bagi juga, kau? tunggu sampai kiamat kot? takpelah, orang dah tak sudi. tak pun perangainya memang gitu. sabar je la. eh boleh ke sabar? memang sabar ada tahapnya, tapi sekarang tahap redha dah -_____________-
  2. pemalas. aku pun malas gak kadang-kadang tapi tak la selalu. nak jadi hape kalau all the time kau malas. duduk tak bangun-bangun dari kerusi mengadap laptop 24/7. sakit mata aku. tak ingat makan mandi segala. kalau suami aku, aku dah buat muka. kalau adik-adik aku, aku dah bising sampai dia tutup laptop tu. rimas okay, tak jadi kerja satu pun. g la cuci pinggan ke, basuh baju, sidai kain, kemas rumah segala. lepas siap semua tu kau nak main sampai pagi main la. mungkin aku jenis pengemas kot, so segala benda akan jadi sepah bagi aku if tak letak barang tu in a proper way. aku selalu bising if adik-adik aku bilik bersepah. RIMAS! sebab aku bangun pagi kemas katil dan pastikan rumah tidak tunggang langgang sebelum aku pergi kerja. itu aku, orang lain aku tak tau. semoga nanti bila aku ada anak, aku boleh jadi supermak!
  3. orang tak kenang jasa. habis madu sepah dibuang. paham? malas nak terang lebih-lebih. tapi aku pesan kat diri aku lain kali buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala. boleh? HAHAH. ala, orang buat baik dengan kita of course secara automatic kita puan akan buat baik balik pada orang tu kan? simple as that.

cukup kot 3 ni je? ini paling aku anti la. aku pun mungkin pernah jadi manusia berperangai macam ni, tapi takla teruk macam ni kot? hehe. masuk bakul angkat sendiri. sama-sama la kita mengingatkan diri sendiri. eh boleh ke tegur kau? aku stok kalau aku menyampah, aku malas nak cakap. lantak kau la. so kalau aku buat muka taknak bercakap tu ada la yang tak kena. kalau orang kisah, orang akan tanya. kalau orang tak kisah, lantak kau la situ. sebab aku akan cool sendiri, but maybe takes time :') *aku prefer tak payah tanya sebab nanti aku akan jawab "takde pape" but later or sooner aku akan beritahu juga sebab kita tak boleh sabar selamanya kan? *winks!

Friday, November 11, 2011

.hidup ini indah.

kadang-kadang kita perlu jadi seorang yang PEKA,
bukan jadi seorang yang PEKAK.

kita juga perlu sentiasa ada PERUBAHAN dalam hidup,
bukan sentiasa berada di TAKUK lama.

kerana manusia mudah LUPA dan cepat rasa BOSAN.
hidup ini INDAH bukan?

Thursday, November 10, 2011

.15 weeks.

baby is 15weeks only. but perut mama besauuuu yang hamat!

bila makan banyak, perut ketat gila sampai jalan pun mengah.
bila mengah, aku pun selalu mengeluh.
kadang-kadang macam nyeri plus ngilu je perut ni.
pinggang pun sakit-sakit.
dan angin berlambak-lambak dalam badan.

BUT

the best part is, bila letak tangan kita boleh rasa heart beat dia :')
kadang-kadang rasa dia gerak-gerak. sikit je la tapi.
macam kuit-kuit bak kata mak aku.
kadang-kadang juga bila baring mengiring, still boleh rasa heart beat dia bergedup kencang.

oh, tak sabar nak g check up on 23rd ni! <3

.saya suka makan.

siapa yang tak suka makan? GILA apa tak suka makan? hewhew.

semalam aku halfday, nengok si comot. memang dah comot kena simen sana sini. pastu ajak somi ke sogo usha stroller. haha. usha je, tengok-tengok harga dan boleh kumpul duit dan buat budget. tekanan sungguh, ke pandan sejam. ke sogo pun sejam dalam kereta. dalam sogo sejam lebih sikit je dah balik. sonotnyaaaaaa!
-_____________-
pastu usha baju baby. uncle amsyar pantang nampak baju baby mesti teringat amsyar dan nak beli. so beli la untuk 'ammar eusoff tay sekali ken. dak gomok tu aunty beli for 1 year punya terus. boleh? sedondon kau dengan abang acor. hehe. omel, omel.

ehh, dah menyimpang jauh dari cerita makan. sebelum jalan-jalan sogo g makan dulu. memandangkan si muncit ni sibuk nak nasi beriani insaf, incik somi bawa la makan sana. aku suka timun jeruk dia, sedap! 2x tambah. hehe. tapi terkujat bila bayar, mana tak nya order air teh o ais plus teh o suam rm5.50. gila apa? :S tapi bayar juga la kan? insaf terus. haha. dulu makpak yang bayar so tak la rasa sangat. tapi semalam laki kau yang bayar ken? dush!

aku tangkap aku punya je. sebab incik somi tangkap dia punya sendiri. haha.

pastu haritu teringin nak makan nasi kandar. incik somi bawa kan la juga. sayang isteri kann.

nak telur ikan goreng, tapi takde masa tu. udang sekor rm8. haha. sian lagi sekali laki den. masa ni pedas gila kuah kari dia. menangis nak abiskan. tapi abis juga :') saya kan seorang yang suka makan! :D

ni pula masa konon-konon teringin nak makan ikan salmon lepas tengok master chef ritu la ken. pastu g the ship, kg baru ni. sampai sini aku taknak amik risiko makan apa yang tak biasa aku makan lalu aku order lamb chop. incik somi orderkan juga ikan salmon. aku rasa sikit lepas tu tolak tepi. sumpah tak sedap. kampung gila kenn? haha.tapi lamb chop dia superb. sedap hingga menjilat jari. mango dia pun best! sama macam kat madam kwan's :')

dan semalam incik somi ajak balik kajang, tidur sana pula. mak kata buat apa balik? sebab aku kan patah kaki :/ before balik ayah susah-susah beli kerang. nasib aku baik, kerang masih ada malam-malam tu then terus rebus dan makan sampai ketat perut! cicah cili kicap pedas berapi. aku tak makan nasi langsung okay. sumpah puas sebab ayah beli banyak sangat :D

gambar ihsan google. *telan air liur tengok gambar ni. macam nak lagi!

hari ni cubaan untuk masak sambal itam pahang. berjaya kah aku? jeng jeng jeng. kita tunggu episod akan datang. hehe.
 
Blog Template by Delicious Design Studio