Friday, October 29, 2010

.hidup ini.

hish, super dupper tension.
haih.

sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
kadang-kadang aku fikir bila berdua pun dah kacau-bilau.
bila ada anak nanti bagaimana?
but at least mungkin aku tak la setertekan ini.
sebab ada anak kan.
and at least boleh sejukkan hati.

aku ni hidup menumpang.
mengikut suami pula tu.
haih again.

cepat la pergi 'unstable emotion'.
sedih, sungguh sedih.
dan perut yang lapar membuatkan aku pening kepala.
hidup tak selalunya indah bukan?

Thursday, October 28, 2010

.surat cintaku.

Kehadapan cinta ilahi, ALLAH S.W.T;

mungkin aku terlalu rindu padaMu,
maka dengan itu Kau turunkan ujianMu kepadaku, Ya Allah.
Kau selalu berikan kegembiraan kepadaku,
hingga terkadang aku alpa kepadaMu.
hanya Kau yang tahu isi hatiku.
ingin ku menjerit meluahkan segalanya,
tetapi suara ini bagai disekat.
bagai ada sesuatu terlekat dikerongkongku.
tetapi aku tahu,
Kau mengerti segalanya.

dan aku juga tahu setiap yang berlaku pasti akan ada alasan serta hikmah,
yang engkau mahu aku mengerti dengan sendiri.
tetapi, hati ini tidak cukup tabah,
setabah bonda tercinta,

Ya Allah,
tabahkanlah hatiku.
Kuatkanlah imanku Ya Allah.
dan Engkau berikanlah kekuatan kepadaku.
Amin.

.kenapa?.

kenapa? kenapa? kenapa tak boleh?
haih.
BENCI.

apa? apa? apa yang tak boleh?
aku nak download bb desktop di pc office. tapi tak boleh.
macam ade some text missing.
tak tahu apa dia.
nak uninstall pun tak reti.
memang aku tak reti apa-apa, maka itu yang buat aku bertambah tekanan.

aku manja?
memang manja.
jangan salahkan aku, salahkan mereka yang memanjakan ku.
HAHA. *gedik*

bosan update belog without a picture kan?
haha.
haih, benci dan terus membenci.

-.-

p/s: bila ali nak balik ni. haih. tapi nanti entah boleh entah tidak. haih. sedih!

Wednesday, October 27, 2010

.perasaan hari ini.

perasaan hari ini:

bangun pagi dengan tiada perasaan.
tapi dengan tiba-tiba rasa nak marah sebab nampak sesuatu.
pergi kerja, orang layan aku baik, aku pun layan orang baik.
bila orang layan aku macam H, aku rasa meluat.
tak kesah la orang nak meluat dengan aku.
sebab kita binasa kalau fikir apa orang fikir atau kata tentang kita.
lepas satu kejadian, hati terus gundah gulana.
tak sedap hati dan bila hati nak sedap ni?
tak sabar untuk dimakan. HAHA.
nak meluahkan. tapi,
then trus call someone, bila sudah meluahkan.
hati jadi sedih.
mungkin sebab rindu?
oh, aku tidak tahu.
dan aku sendiri buntu.

mungkin semua ini kerana bulan akan melabuhkan dirinya tidak lama lagi.
hormon tidak stabil.
mahu makan pasta.
please!
:(

Monday, October 25, 2010

.duit macam air.

semalam keluar duit rm 500.

then, isi minyak RM70 - full tank.
bagi im RM150 untuk bayar something.

hari ini:
bayar duit feri RM 72.
bayar hotel RM50.
duit kutu RM100
item dua di atas untuk ke langkawi bulan hadapan.

then apa yang tinggal?
sangat macam air duit sekarang ni kan?

hari ini gaji, tapi masih banyak benda yang perlu dibayar.
bill telefon.
duit kereta.
duit joli pergi langkawi lagi.

kenapa tak dapat bonus banyak sedikit?
jangan asyik nak kayakan orang yang kaya sahaja.
duit rakyat kalian ambil untuk buat menara pula?
haih.

p/s: dah zeera, kau jangan mengeluh. haruslah duit macam air. sebab? kau beli bb baru kan? so diam!
 
Blog Template by Delicious Design Studio