Monday, February 17, 2014

.kenangan di Madinah, umrah 2014.

Assalamualaikum :)

selamat sudah sampai Malaysia jam 2.50pm Sabtu yang lepas. bila berada di Negara orang, mestilah rindu balik Negara sendiri. lagi-lagi makanan di sini. sebab kat sana memang tak lalu makan. tsk.

niat di hati nak mengabdikan coretan pengalaman pertama di kota suci Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah. tapi la ni kita cerita pasai Madinah dulu na. sebab panjang sangat ceritanya. haha :D


dalam flight Emirates. masa nak ke Dubai ni best. Aaris dapat speaker kecil, dapat selimut dan dapat mainan lukis-lukis tu.

kami bertolak lebih kurang jam 7.30pm (waktu Malaysia) pada 29 Januari lalu. naik Emirates, transit di Dubai selama 2 jam. lebih kurang 6 jam dalam flight untuk sampai Dubai. sampai je Dubai solat jamak Maghrib dan Isya'. rehat kejap dah kena boarding. agak rushing sebenarnya sebab transit hanya 2 jam. then naik flight lagi lebih kurang 2 jam atau lebih sikit untuk sampai airport Jeddah. bila dah sampai Jeddah rasa lega sangat. tapi kan, aku lupa aku tertinggal sweater Aaris dekat dalam airplane. sedih gila rasa. aku cuba cakap dengan driver bas nak g balik kat airplane, dia kata cakap dengan staff airport. cakap dengan staff airport pula dia kata staff airplane tengah cari nanti dia report balik. tunggu punya tunggu last-last dia kata nanti collect dekat pejabat Emirates lepas keluar imegresen ni. aku bukan apa, sweater tu baru beli tak pernah pakai pun lagi. try masa nak beli tu je pastu simpan dalam bag. dekat airport Dubai keluarkan ingatkan sejuk dalam flight, tapi takla sejuk sangat so tak payah pakai. terkilan sungguh masa tu sebab dah tengok seat semua sebelum turun tapi yelah dah takde rezeki. sedihnyaaaa :'(

satu lagi hal menduga perasaan bila nak tunggu orang pejabat imegresen di Jeddah. orang dah beratur panjang setiap pelusuk kaunter ni. ada yang siap pakai ihram (mujur kami pergi Madinah dulu) tapi kaunter yang buka hanya satu atau dua kaunter. yang lain tak tau pergi mana. kalau ada yang buka pun, bila kawan ajak hisap rokok dia boleh tutup kaunter dan pergi hisap rokok. boleh? anak aku dah melalak-lalak dah lepas 2 jam stuck kt lane. baba dah naik lenguh dukung Aaris. aku pun dah tak larat nak diri dengan bawa perut. alahaiiiiiiii. dekat 3 jam or more tersadai dekat lane, bayangkan? tu pun nasib baik ada makcik baik hati bagi kami potong line dia suruh kami bertiga lepas dulu. moga Allah balas jasa makcik. lepas dah lepas semua ahli keluarga. kami solat je kat mana-mana ruang kosong dekat dalam airport tu sebab dah nak habis waktu solat subuh.

lepas solat subuh kami pun tunggu ahli-ahli Marli Travel yang lain yang belum lepas. tapi aku keluar dulu ingat nak g Pejabat Emirates. sekali lagi hampa sebab dorang kata takde pun sampai apa-apa barang yang hilang. sedih sekejap. then jumpa pula dengan ejen dari Madinah yang handle dengan orang Marli. nama dia Muhammad Fattani. dia tanya mana yang lain? so kami pun cerita yang kami keluar dulu sebab nak cari sweater, masa tu dia kata dia nak tolong follow up. tapi macam tak follow up je. sebab mungkin banyak benda dia nak kena fikir. aku cari sweater ni sampai nak balik Malaysia pun still pergi tanya Pejabat Emirates. kebetulan dapat staff yang sangat helpful tapi memang takde rezeki Aaris dengan sweater tu. cari juga dalam karung plastik orang tinggal barang, tapi sweater Aaris takde. mungkin dah ada orang ambil. wallahualam. redha je la :/

lepas semua selamat keluar kami pun menuju ke bas yang disediakan untuk travel pulak ke Madinah. mengharungi lagi lebih kurang 5-6jam perjalanan untuk ke Madinah.  cramp buntut aku asik duduk je. mencabar. haha. driver bus pulak bawak kemain laju (perli). dalam bas nasib baik ada sediakan shawarma (macam kebab) dan air untuk alas perut. dan kami selamat sampai Madinah di Hotel Al-Ansar New Palace lepas Asar dah nak ke Maghrib tak silap. mujur tak tunggu di lobi lama sangat. dapat kunci tak lama lepas tu terus boleh check in. ada jemaah lain siap tidur di lobi. ada satu hari tu dengar cerita pihak hotel suruh kami keluar hotel sebab orang turki nak masuk. nasib baik ustaz Johan (mutawif) bergaduh sebab taknak keluar. orang Arab ni memang puji Malaysia bagus, tapi dia mesti pentingkan kaum dia juga. sama la juga bila masuk Raudhah, taman syurga Rasulullah. nanti aku cerita pengalaman masuk Raudhah pula. oh kebetulan kami dapat tukar dengan orang untuk yang lelaki dapat bilik sebelah-sebelah, Alhamdulillah :')


ni dari hp Imran malam pertama sampai di Madinah. sebab tu gambar tak berapa nak cantik. ahahaha.

malam tu aku tak pergi pun Masjid Nabawi sebab letih teramat satu, mak pun suruh rehat. takut memudaratkan. baby pun nak kena jaga sebab mengandung pun dapat pahala katanya. Aaris pun dah tidur keletihan. malam tu tak makan pun. makan sikit je petang tu, mak beli Nasi Arab. tapi podeh sebab banyak sangat rempah ratus, tak lalu den. makanan yang pihak agency sediakan pun tak makan sebab dah tak sedor apa. konon nak tidur sekejap je :p


tak sedor apa. tapi malam-malam menangis tak tau pasai pa. tempat baru so tak berapa biasa kot. katil single tu aku share je dengan Aaris. dengan boyot-boyotnya. nasib baik muat, kurus lagi mama ni ye? haha. Aaris memang dapat satu bed pun untuk dia (satu bilik dengan yang lelaki) tapi dop payoh la tidur asing dengan aku, payoh nanti.

Subuh tu aku pulak ke Masjid, Imran kata biar dia pulak jaga Aaris. selalunya kami pergi masjid at least sejam awal sebab nak chop tempat. kalau lambat memang susah nak cari tempat sebab semua pun nak rebut pahala solat di Masjid Nabawi kan. nampak je masjid rasa sebak sangat tengok keindahan (masa ni payung dah terbuka. dia buka payung ni masa azan pertama. azan pertama waktu subuh adalah untuk kejutkan orang bangun untuk solat) Masjid Nabawi. tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. macam mimpi pun ada dapat juga sampai sini. selalu dengar mak cerita je. sekarang bila tengok azan, boleh bayangkan macam mana cantiknya tengok live dari tengok dalam tv. melangkah je kaki ke dalam pagar Masjid, aku pun beri salam kepada Rasulullah s.a.w. moga Rasulullah mendengarnya :')



masa lepas solat Subuh :)


ni tengah tunggu ayah.


selalunya aku gilir-gilir dengan wawa bila nak ke masjid sebab dia pun jenis ngelat kan. bila solat Maghrib aku nak try bawa Aaris ke masjid konon nak stay sampai Isya'. datang pun dah lewat (sebab sibuk shopping la, haha) so kami solat diperkarangan masjid je. mula-mula dia okay je duduk diam. sekali ada budak menangis, tetiba dia pun ikut nangis sekali. dah semua tak khusyuk solat. haha. last-last aku balik lepas solat jenazah. solat jenazah pun solat duduk. setiap waktu di Masjid Nabawi dan Al-Haram ada solat jenazah. dan barang siapa yang solat jenazah di kedua buah masjid ini akan dikurniakan ganjaran sebesar Jabal Uhud, masyaAllah. bukan susah pun solat jenazah, empat takbir je pun.


ni masa nak balik sebab melalak. mak dengan wawa stay sementara tunggu solat Isya'. dia ni melalak nak tidur pun ye. so moh la kita balik ye nak.

biasanya lawatan akan diadakan selang sehari. so hari pertama free and easy. hari kedua selepas subuh ada lawatan keMajid Quba, Ladang Kurma, Jabal Uhud, dan Pasar Kurma. masa kat Jabal Uhud aku tak mendaki pun. aku duduk jaga Aaris dekat bawah dengan mak and ayah. tumpang kerusi orang jual-jual tepi-tepi tu. hehe. masa dekat Ladang Kurma kita boleh makan kurma yang disediakan, dan kalau nak beli dekat sini mahal sikit sebab harga dia dah mark up. dekat Ladang Kurma ni juga kita boleh minum teh untuk basahkan tekak. siap ada kerusi untuk lepak-lepak gitu. kat situ bersepah orang jual akar fatimah la, buah zuriat la. aku ingat nak beli akar fatimah tu tapi mak kata tak payah sebab mak pun tak pernah minum. tawakal je la nak bersalin nanti katanya. 


ni masa solat Subuh hari kedua rasanya. sebelum pergi ziarah.



kami nak g ziarah :)


Masjid Quba. masa ni aku main capture je. sebab silau sangat, dop nampok. Masjid ni besar gila. dan ramai orang masa kami pergi ni. nak masuk dia, macam nak masuk Raudhah. kat situ orang nak keluar dan masuk. dah la aku dukung Aaris masa ni. tau macam ni aku suruh baba dia je yang bawa masuk. haih.


bergambar buat kenangan. bior dop nampok pun masjidnya. haha. nasib baik pandai ustaz ni amik gambor :p


ni di Ladang Kurma.


dema pun nak jugok? :p ayah mana tah, g toilet kot.


lepak minum teh sekejap.

kami balik sebelum tengah hari sebab nak kejar solat di Masjid Nabawi so tak sempat ke Pasar Kurma. kebetulan ada ustaz yang iring kami ada sediakan perkhidmatan menjual kurma dan kekacang sambil menderma siap hantar ke bilik. so order je dengan ustaz tu, senang kerja.

Madinah seronok bab shopping. paling seronok lepas solat Subuh. hoi keluar je pintu masjid bersepah orang jual-jual tolak guna kereta sorong tu. yang perempuan berniqab. ada orang negro, ada orang arab sendiri. lelaki pun begitu. jam bersepah, 10riyal sahaja. gila sekejap. tapi ayah kata takut tak tahan lama. kedai-kedai bawah hotel pun banyak, tak usah risau. haha. lagi satu orang Madinah ni baik-baik. nampak je kita lalu, "lihat dulu, murah murah" katanya. soal bahasa tak payah risau. dia pandai cakap Melayu. kalau kita tanya "kam riyal?" nanti dia jawab bahasa melayu dengan kita ewah. hehe. ada satu kedai ni aku lalu je dia panggil aku Angelina Jolie. panggil adik aku Shakira, mari lihat katanya. yang si Imran panggil Justin Bieber (sah buta, haha) aku beli juga jubah dekat kedai dia. tau dia teka umur aku berapa? 22 tahun. muda sangat kan iolls? hahaha. mati-mati dia tak caya umur aku 28 tahun. anak nak masuk dua dah diknon tak kan baru 22 tahun :p dia ni berniaga dengan bapak dia je. banyak la kedai fave kitorang kat sana. balik-balik muka ni je pergi kedai yang sama. lagi satu orang Madinah ni akan layan kita daripada taknak beli jadi nak beli sebab dorang pandai tackle. bak kata ayah, "Nabi pun dah kata orang Madinah ni mesra tak macam orang Mekah".

ada satu kedai jubah lelaki, perempuan, sejadah dan macam-macam lagi la kan bawah hotel kami. seronok betul pergi kedai tu, hari-hari singgah sebab dapat harga murah. aku yang taknak beli jubah pun dia suruh beli sebab padan katanya. padahal nak beli selai je. nego-nego dapat 70riyal dua helai. harga sebenar 60riyal sehelai. gila tak? haha. kalau kita pandai nego, kita akan dapat best price. tu yang buat lagi seronok :D yang tak seronok crocs Aaris hilang sebelah. hmmm. memang niat nak belikan yang baru sebab yang tu dah ketat sikit. tapi tak sangka la pulak boleh hilang masa tu. nasib baik aku bawak selipar, kasut dia banyak. cicir sebelah masa baba dukung dia sebab lasak sangat asik lari-lari je keje dia kan. bila patah balik cari takde. takut orang sapu-sapu tepi jalan je sapu dan buang kan. 2, 3 kali gak la pusing cari sebab tak la jauh mana pun kitorang jalan. takde rezeki lagi. sedih T.T

oh asik cerita shopping je lupa nak cerita pasal Raudhah. malam kedua kami di Madinah memang plan nak ke Raudhah. ayah semua suruh kami pergi dulu sebab masa masuk Raudhah untuk perempuan limited. tak macam kaum lelaki. kalau nak di ikutkan, kaum wanita punya space pun di ambil dari kaum lelaki. kami pergi berkumpulan, ada mutawiffah yang guide. ya Allah punya la lama menunggu. bangun duduk, bangun duduk. dari jam 10pm (waktu sana) kami masuk perkarangan masjid tu sampai jam 1am baru dapat masuk. masuk dalam tu bukan boleh terus solat. berasak-asak macam ada jualan runtuh. punya padat, punya sesak orang dalam tu. tempat limited, orang nak berdoa di dalam tu ramai. yelah, tempat mustajab doa kan. barangsiapa berdoa dalam tu doanya akan terus sampai tanpa halangan. siapa tak berebut untuk duduk solat dan berdoa dalam tu kan? masa masuk tu kita kena ke bahagian kiri, sebab kalau ke kanan untuk jalan keluar. sebelum masuk dalam Raudhah, mutawiffah tu dah beritahu semua karpet dalam Masjid Nabawi berwarna merah kecuali di Raudhah karpetnya berwarna hijau (mutawiffah ni orang indon, dah 13 menetap di Arab Saudi) masa berpusu-pusu masuk Raudhah tu aku sempat jeling ke bawah dan nampak karpet warna hijau. hati terus rasa sebak dan menangis kat situ juga sambil cakap "mak, karpet hijau" then mak angguk tapi "tak boleh solat dekat sini, solat kat depan"; mak kata. bila ke dalam sikit ada satu space sebelah tiang. so mak suruh aku solat dekat situ. tapi baru nak angkat takbir ada orang tolak, nasib bella ada dekat dengan aku. then aku cakap, tak boleh solat sini. orang tolak-tolak. so kami ke depan lagi sampai jumpa emak. last-last dapat solat betul-betul depan tirai yang halang tempat lelaki dengan perempuan. aku solat dalam tangisan sebab terharu sangat dapat masuk Raudhah. walaupun keadaan sangat haru biru, semua dah jadi insane sebab teruja sangat nak berdoa. ada yang usap-usap tirai sambil menangis-nangis. so susah orang lain nak solat. masa aku tengah solat, nasib baik tak jatuh sebab ada orang tolak. sampai bella kata "janganlah tolak, orang tengah solat!" haha. memang kenangan sangat masuk Raudhah. bila masuk dengan mak dan adik-adik so kita tak dapat nak doa lama takut diorang tunggu kan. so lepas habis je solat dan doa aku pun keluar. tunggu dorang di luar. rupanya dorang tunggu masing-masing habis solat dan doa dalam Raudhah tu juga. nasib baik jumpa kat luar :p

balik tu kitorang cerita dengan ayah macam mana payahnya nak masuk Raudhah. sebab orang lelaki lagi lewat malam lagi mudah nak masuk. imran, ajeem semua dapat solat di mimbar Rasulullah. untung kan? dapat rekod, ambil gambar semua. ya Allah rindunya pada Rasulullah. dulu mak cerita takla sebegini payah nak masuk Raudhah. terus tunggu di pintu sebelum yang berebut-rebut tu. so hari last day di Madinah lepas sarapan pagi, bella dengan mak masuk lagi ke Raudhah. takla kena tunggu bertingkek-tingkek tu. cuma kena berebut macam biasa tu je. kadang-kadang segalanya dah ditentukan, dan ianya adalah rezeki masing-masing. macam haritu, sementara tunggu azan kedua solat Subuh hari ketiga kot, aku tiba-tiba kata rindunya nak makan nasi lemak for breakfast. sekali lepas solat naik nak makan dorang prepare nasi lemak. walaupun tak la sedap macam dekat Malaysia, tapi aku makan 2 pinggan. haha. bella tak lalu, aku haritu kemain berselera.

dah aku malas nak drag ikut hari. meh layan gambar :)


cantik kan? cantik sangat-sangat. rindunya T.T


ni konon-konon nak masuk Raudhah, tapi tutup pula. so bergambar depan pintu je la :)




ni pun masa solat Subuh kot? selfie sikit :p semua pakai telekung Siti Khadijah :')


masa ni nak ke Mekah. Aaris bila suruh pakai jubah melalak-lalak macam hape je. tapi bila dah pakai okay je ha kan? siap senyum-senyum simpul. ni tengah tunggu lift nak turun masa ni.


masih belum bertolak. so Makdeq dengan Acu layan Aaris tengok bird. Aaris pun dah tukar baju. sebab masa ni dia dah start cherry berry. padahal makan taknak. apa tah sebab dia asik berak-berak sampai ke nak balik Malaysia. stress aku. masa nak balik dari Dubai ke Malaysia tu kena cuci dalam toilet airplane. singki dah la kecik, air macam suam-suam dia taknak cuci kau tau? dia kata "anas". adoiiii. haha. kelakar pun ada bila ingat balik.




hotel kami :)


masa ni dalam bas nak menuju ke Mekah. aku zoom masa ni, so tak berapa nak clear. ramai gila kan? dah azan dah masa ni.


masa ni dah mandi sunat ihram semua. cuma nanti solat sunat ihram di Bir Ali untuk miqat sekali. aku dua-dua kali dalam ihram, dua-dua kali bayar dam. sebab siat kulit bibir, geram. dah soyat baru teringat eh dalam ihram rupanya. haha. sebab kat sana kulit aku memang kering. Aaris sampai merah kulit pipi dia, pastu menggelupas. bila letak vaseline baru okay.

okay tu je cerita sepanjang di Madinah. nanti kita sambung cerita di Mekah pula :)

4 comments:

eray ayang said...

ya rabb, bestnya! teringin nak pergi.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/02/kesan-makan-banyak-vitamin-bahaya.html

UKUR BANGUNAN (BUILDING SURVEY) said...

Layari: http://www.abkhgc.com/

Menawarkan ground pakej umrah bagi keselesaan jemaah untuk beribadah...

Muhammad Zeeshan said...

Wonderful Post ! I really appriciate for this post above you shared for all of us. But performing Hajj is very costly today. Because Hajj packages and Ummrah packages are costly now a days. But I have seen that Eiman Travels are provided cheapest rate for hajj and ummrah. It will be faithful journey for all of you. I had done my journey of Ummrah recently. Then i will suggest you this travel agency. Please visit this page http://www.eimantravels.co.uk

Legasi Teguh said...

Assalamualaikum, alhamdullillah kerana telah selamat dan selesai mengerjakan ibadah umrah. kami ingin berkongsi kehadiran buku Panduan Ringkas Haji dan Umrah. Untuk gambaran selanjutnya sila layari pautan berikut: www.panduanringkashajiumrah.wordpress.com

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio