Monday, April 11, 2011

.cerita saya & emak.

korang, korang. eh ada ke orang nak jawab? ;p

aku ni kategori yang malas gila bangun pagi, so kebarangkalian untuk aku ikut mak pergi pasar basah sangat tipis la kan. haha. maka, bila dah ada rumah sendiri ni kena la pergi pasar beli barang dapur segala. maka aku pun ajak la mak aku ke pasar. and mak tanya awak nak beli apa? nak beli udang and ikan sikit, jawab aku. and masa mak hantar bella balik shah alam, mak singgah pasar borong dan mak dah siap beli ikan siakap untuk aku sekor, eh bak kata mak dah siap siang and basuh tinggal masak je. teehee. baik kan mak saya? :') dari dulu memang mak tak pernah ajar aku siang ikan. so bila kena siang ikan aku buat-buat tahu. eh segalanya pun macam tu kot? macam pakai tudung pun mak tak suruh, aku yang pandai sendiri. tapi bila sekarang tak pakai memang nak kena kapak la kan? HAHA.

and semalam aku tengah pilih sayur, mak tanya awak nak udang kan? aku pun jawab aah then mak pun pilih kan. then aku tanya, ikan sardin ni elok tak? mak kata nampak macam elok. nak ke? nak la, dalam enam ekor jawab aku lagi. then mak pilihkan lagi. teehee. then balik rumah aku terus masuk freezer, tapi mak kata eh keluarkan la boleh di siang. then aku cakap, okay mak siang ikan je la. udang nanti kak long siang. tapi mak saya sangat baik hati terus siang semuanya siap masuk dalam bekas and nanti sampai rumah terus masuk dalam fridge. oh bahagia hidup kan? and segala benda yang dia beli macam sayur ke, nak bagi juga kat aku. ambil la sikit. mak makan sorang kat sini. sebab adik-adik dan ayah tak makan sayur kan.
oh, sesungguhnya saya sayang mak saya!



ini feberet saya!

ikang, ikang.

ini lauk pilihan hati dan sentiasa di kalbu. :)

kailan ikan masin.

sambal udang + petai :)

tomyam. lagi banyak udang, lagi best! :))


sesungguhnya saya suka hati ada banyak lauk dalam freezer. cukup la untuk kami berdua. tinggal nak beli ayam. if needed. mak saya suka ayam HPA. dan courage saya beli ayam HPA sekali. tapi siapa nak siang? :p

GEDIK!

2 comments:

shidot said...

uit..siang ayam paling senang kot! hahah..meh cni ak tlg siangkan.. heeee

Ali Imran Sarmin said...

siang ayam ke?
ayam pn kene siang ke?

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio