Thursday, August 19, 2010

.ayah accident.

perkara yang paling, paling, paling aku takut. pagi tadi sedang aku leka menaip, tiba-tiba dapat call dari ayah, ayah beritahu yang dia accident. dan 2x dia pesan supaya jangan beritahu emak dahulu. aku menurut sahaja.
aku sempat bertanya, "ayah nak kak long jemput ke?"
lepas tu aku rasa, macam tanya soalan bodoh je. mungkin tengah terkejut dan blur.
dan ayah kata, "takpe, takpe".
tapi suara ayah sangat lemah. bila dah letak telefon, aku jadi tak keruan. lalu, aku telefon imran yang kebetulan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah (sebab dia kerja malam tadi). aku beritahu yang ayah accident dan ada di pusat kesihatan ukm, so dia datang office aku dan kami pergi bersama. bila sampai, kami ke unit kecemasan. bila tengok ayah terbaring dengan luka di lutut, bibir, aku rasa sayu sangat. dan lagi sayu melihat tasbih tidak lekang dari dirinya. biarpun luka itu hanya luka-luka kecil. mujur ayah tak teruk sangat, tapi bagi aku teruk juga ni. dan ayah tak perlu ditahan di ward, maka aku bawa ayah pulang. bila dah sampai rumah, adik bongsu ku juga terkejut melihat ayah dengan mata bengkaknya. dia memang rapat dengan ayah aku, sampai sekarang pun masih tidur dengan ayah. haih. then, imran pun called emak beritahu yang ayah accident. tak lama lepas tu, emak called rumah tanya ayah macam mana dan kemudian kawan-kawan ayah pun sampai dengan bawa motor dan ubat. terima kasih banyak-banyak. jasamu akan dikenang sampai bila-bila uncle sekalian.

dan aku duduk disitu sehingga kawan serta pakcik yang juga kerja di ukm pulang. bila emak sampai, aku pun bergerak ke office semula. sekian. eheh. macam novel tak? ;p

ni ayah nak tengok mata dia. tadi masa kat hospital, tak bengakak sangat. tapi makin lama makin besar. dan bila tengok, ayah terus sebut "subhanallah". :(

5 comments:

~pErawan Jingga~ said...

zira-turut bersimpati hope ayh zira cepat sembuh...

zeera said...

mekasih farah. :)

SI GADIS MERAH said...

Salam, Moga pakcik cepat sembuh.
Insya-Allah

Ali Imran Sarmin said...

malam ni jage ayah ye.. :D

zeera said...

bie: thanks bie.

imran: huhuh. ayah tidur je. x payah jaga. ;p

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio